Sunday, December 12, 2010

Top Singapore officials trash the neighbours


Philip Dorling and Nick McKenzie

December 12, 2010

MALAYSIA'S ''dangerous'' decline is fuelled by incompetent politicians, Thailand is dogged by corruption and a ''very erratic'' crown prince, Japan is a ''big fat loser'' and India is ''stupid''.

So say some of Singapore's highest-ranking officials, according to leaked US State Department cables that are likely to spark intense political controversy in the region.

The cables, leaked exclusively to The Sunday Age by WikiLeaks, detail the content of separate meetings between senior US officials and Singapore's foreign affairs chiefs Peter Ho, Bilahari Kausikan andTommy Koh.

The trio, who at the time of the 2008 and 2009 cables occupied some of the most senior positions in Singapore's Foreign Affairs Ministry, all give US officials damning assessments of Malaysia.

According to one cable detailing a meeting in September 2008, Mr Kausikan told US Deputy Secretary of Defence for East Asia David Sedney that ''the situation in neighbouring Malaysia is confused and dangerous'', fuelled by a ''distinct possibility of racial conflict'' that could see ethnic Chinese ''flee'' Malaysia and ''overwhelm'' Singapore.

''A lack of competent leadership is a real problem for Malaysia,'' Mr Kausikan said, citing the need for Najib Razak - now Malaysia's Prime Minister - to ''prevail politically in order to avoid prosecution'' in connection with a 2006 murder investigation linked to one of Mr Razak's aides.

''Najib Razak has his neck on the line in connection with a high-profile murder case,'' Mr Kausikan said.

Mr Ho's March 2008 assessment of Malaysia, given to another US official, is also unflattering, and includes claims that former prime minister Mahathir Mohamad has been ''throwing stones'' at his replacement, Abdullah Badawi.

''The political knives will be out for Abdullah's son-in-law, United Malays National Organisation politician Khairy Jamaluddin, whom nobody likes because he got where he is through family ties,'' the cable records Mr Ho saying. ''As for … Najib Razak, he is an opportunist. Although he has not been critical of Singapore, he will not hesitate to go in that direction if it is expedient for him to do so. Najib's political fortunes continue to be haunted by the … murder scandal.''

In his September 2008 meeting with Mr Sedney, Mr Kausikan savages Thailand's political elite, labelling Thaksin Shinawatra as ''corrupt'' along with ''everyone else, including the opposition''.

Mr Kausikan is also critical of Thaksin's relationship with the Thai crown prince, stating that Thaksin ''made a mistake in pursuing a relationship with the crown prince by paying off the crown prince's gambling debts''.

''Kausikan said the crown prince was 'very erratic, and easily subject to influence','' the cable states, while also saying that Mr Kausikan warned of continued instability in Thailand.

In a September 2009 meeting with US officials, senior Singaporean foreign affairs official Tommy Koh savages Japan and India in relation to the impact on both countries of China's increasing regional might.

''Koh described Japan as 'the big fat loser' in the context of improving ties between China and ASEAN. He attributed the relative decline of Japan's stature in the region to Japan's 'stupidity, bad leadership, and lack of vision','' the cable says.

''He was equally merciless towards India, describing his 'stupid Indian friends' as 'half in, half out' of ASEAN.''

Other notable comments about regional affairs made by Mr Kausikan in September 2008 include his reported claims that:

Burma's neighbours, including China and India, are ''more concerned with stability than justice'' and they feared the Burmese junta's demise could produce ''an Asian reprise of the breakup of Yugoslavia''.

He would be ''more comfortable with a nuclear-capable North Korea, than a nuclear-capable Iran''.

Russia's economy is ''Third World'', its health system a shambles and its demographic challenges almost insurmountable.

Mr Koh is recorded praising China's ''investment and intelligent diplomacy in the region''.

''I don't fear China. I don't fear being assimilated by China,'' the cable states that Mr Koh said, while he pointed to China's decision to invest in Africa ''without lecturing them about human rights and democracy as the West does''. - Sydney Morning Herald

Thursday, December 9, 2010

KALINDAR ISLAM DIPERKENALKAN

Kalindar Islam diperkenalkan pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab. Beliau dan sahabat memutuskan untuk meletakkan tarikh permulaan kalendar Islam pada tahun Nabi Muhammad SAW dan sahabat berpindah dari Makkah ke Madinah.

Ia dipilih kerana menjadi titik mula kejayaan dakwah Islam sehingga tersebar ke seluruh dunia itu diingati serta dirai umat Islam setiap tiba 1 Muharam. Namun, ada yang melihatnya sebagai sambutan tahun baru umat Islam. Oleh itu, ramai gagal menghayati semangat hijrah yang pada hakikatnya memberi kesan besar terhadap umat Islam.

Hijrah tidak tamat selepas berpindah Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Madinah seperti ditegaskan oleh sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Hijrah tidak akan terputus sampai taubat terputus dan taubat tidak akan terputus sehingga matahari terbit dari barat.” (Hadis riwayat Abu Dawud)

Hijrah mempunyai banyak maksud antaranya berpindah dari negeri syirik ke negeri Islam seperti dilakukan Nabi Muhammad SAW dan sahabat. Oleh itu, umat Islam yang bermastautin di negara orang kafir dan tidak berupaya mengamalkan agamanya malah ditindas, wajib berpindah ke negara Islam jika memiliki kemampuan.

Dalil mewajibkan hijrah sebegini adalah firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya orang yang diambil nyawanya oleh malaikat ketika mereka menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas kaum kafir musyrik), mereka ditanya malaikat: Apakah yang kamu lakukan mengenai agama kamu? Mereka menjawab: Kami dulu ialah orang yang tertindas di bumi. Malaikat bertanya lagi: Tidakkah bumi Allah itu luas yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya? Maka orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah neraka jahanam dan neraka jahanam itu seburuk-buruk tempat kembali.” (Surah al-Nisaa’, ayat 97)

Tetapi hijrah seperti tidak diwajibkan bagi mereka yang tidak memiliki kekuatan fizikal mahupun ekonomi. Firman Allah bermaksud: “Kecuali orang yang lemah (lagi uzur) daripada lelaki dan perempuan serta kanak-kanak, yang tidak berdaya mencari helah (untuk melepaskan diri) dan tidak pula mengetahui sesuatu jalan (untuk berhijrah). Maka mereka, mudah-mudahan Allah maafkan mereka. Dan (ingatlah), Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.” (Surah al-Nisaa’, ayat 98-99)
Hijrah juga bermaksud meninggalkan apa yang dilarang Allah menuju kepada perintah-Nya. Sabda Nabi SAW bermaksud: “Muslim ialah seseorang yang kaum Muslimin selamat daripada gangguan lisan dan tangannya dan seorang muhajir (orang berhijrah) ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang Allah.” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

Hijrah dalam pengertian ini menuntut kita mengikhlaskan segala amal ibadat hanya kepada Allah dan membela kalimah tauhid. Hendaklah meninggalkan amalan syirik dan menyemai benih tauhid kepada seluruh umat Islam.

Kita mesti mempertingkat usaha membersihkan umat Islam daripada perkara mencemari akidah. Segala khurafat, tahyul dan syirik harus dibanteras sehingga ke akar umbi.

Bagi yang menerima dan memelihara kalimah tauhid, Allah akan memberikan keselamatan dan bagi mereka yang menentangnya, Allah akan memberi balasan yang pedih.

Setiap kali muncul Maal Hijrah, marilah kita berusaha menerapkan konsep hijrah yang sebenar supaya ia memberi manfaat besar dalam hidup setiap umat Islam. Muncul tarikh 1 Muharam menunjukkan berpisah kita dengan tahun lalu. Seharusnya kita bermuhasabah.

Jika ada kekurangan maka segeralah perbaikinya. Jika ada dosa hendaklah segera bertaubat. Jika kita sudah mengerjakan amalan soleh, maka berazam meneruskannya bahkan mempertingkatkan amalan pada tahun baru ini.


- BERITA HARIAN

Rasulullah SAW di mata Para Sahabat

( Utusan Malaysia 23 Mac 2010)

PADA minggu sebelum ini, kami membicarakan serba ringkas mengenai tuntutan memuliakan Rasulullah SAW dan perbezaan di antara maksud menyembah dan membesarkan Rasulullah SAW.

Menyambung tajuk tersebut, pada kali ini kami tidak berhasrat untuk mengemukakan dalil-dalil selanjutnya. Melihat kepada ruangan yang agak terhad kami ingin mengajak pembaca melihat bagaimana kuat dan tingginya kecenderungan para sahabat memuliakan dan mengagungkan Rasulullah SAW.

Ini adalah jalan yang paling mudah untuk kita melihat dan mengetahui cara yang sepatutnya kita menyanjung Rasulullah SAW dan bagaimana seharusnya kita meletakkan pandangan dan ikatan hati kita terhadap Baginda SAW.

Kelebihan para sahabat

Al-Quran dan hadis telah mencatatkan para sahabat ialah insan-insan agung dan jaguh-jaguh yang menjuarai keseluruhan gelaran terhebat dalam segenap aspek kehidupan duniawi dan ukhrawi.

Mereka adalah para penghulu yang mempunyai pencapaian tertinggi dalam ibadah dan pendekatan diri kepada Allah. Mereka juga adalah sahabat-sahabat yang menjuarai gelaran tertinggi dalam persahabatan dan menjaga etika persahabatan dengan Rasulullah SAW.

Sehingga mereka merangkul gelaran pejuang terhandal dan terkuat mempertahankan Rasulullah SAW dan agama yang dibawa oleh Baginda SAW.

Apa yang jelas, sehebat mana pun manusia yang datang selepas para sahabat, tiada seorang pun yang dapat menandingi ketinggian dan ganjaran pahala yang dikurniakan kepada mereka.

Rasulullah SAW bersabda: "Sekiranya seseorang kamu membelanjakan emas setinggi gunung Uhud pun, nescaya tidak akan mencapai satu gantang seseorang daripada mereka, apatah lagi setengah daripadanya".

Keghairahan para sahabat memuji Nabi SAW

Mereka juga adalah insan yang paling kuat memuji dan mengagungkan Rasulullah SAW sehinggakan dilihat Nabi SAW sentiasa menjadi keutamaan mereka yang lebih utama daripada diri dan nyawa mereka sendiri.

Nama Rasulullah SAW sentiasa meniti di bibir mereka, wajah Nabi SAW sentiasa bertakhta di hati mereka dan keindahan Rasulullah SAW sentiasa menambat hati mereka.

Tidak ada dalam Islam tegahan daripada memuji baginda SAW. Yang ada hanya tegahan menyamatarafkan baginda SAW dengan manusia yang lain dan tegahan daripada menyamatarafkan baginda SAW dengan Allah atau menyatakan baginda SAW adalah anak tuhan seperti yang dipercayai oleh penganut ajaran Kristian.

Sirah para sahabat dipenuhi dengan kata-kata pujian dan sanjungan mereka terhadap Rasulullah SAW. Bagaimana mungkin seorang insan yang dimuliakan oleh Allah dengan sifat-sifat keistimewaan dan dinobatkan dengan ketinggian kesempurnaannya tidak menarik hati manusia untuk menyayangi dan melantunkan kata-kata pujian memujinya.

Jika Heraclius seorang raja dari bangsa Eropah yang duduk di singgahsana yang indah dan memiliki kedudukan di sisi rakyatnya terlontar di lidahnya kata pujian terhadap baginda SAW apabila mengetahui sifat-sifat Nabi SAW, bagaimana pula hati seorang Muslim yang disuluhi cahaya kebenaran dan keimanan?

Abu Sufyan pernah mengaku secara jujur rasa kagumnya melihat kecintaan para sahabat terhadap Nabi SAW dengan berkata: "Aku tidak pernah melihat dari kalangan manusia seseorang yang mencintai seseorang seperti kecintaan sahabat-sahabat Muhammad terhadap Muhammad".

Amru ibn al 'As r.a pernah berkata: Tidak ada seorang pun yang lebih aku cintai daripada Rasulullah SAW. Tidak ada seorang pun yang lebih agung pada pandanganku daripadanya. Aku tidak mampu memenuhi pandangan mataku dengan sifat-sifatnya, kerana terlalu mengagungkannya. Seandainya aku diminta untuk menggambarkan peribadi Baginda SAW, pasti aku tidak akan mampu kerana aku tidak mampu memenuhi pandangan mataku dengan kehebatannya. (riwayat Muslim)

Mereka terlalu mengagungkan Rasulullah SAW dan menjaga peradaban dan tingkah laku terhadap baginda SAW sama ada ketika Rasulullah berada di hadapan mereka atau tidak.

Imam Tirmizi r.a meriwayatkan hadis daripada Anas r.a: Bahawa Rasulullah SAW pernah menemui para sahabatnya daripada golongan Ansar dan Muhajirin ketika mereka sedang duduk. Di antara mereka terdapat Abu Bakar dan Umar ibn al Khattab. Tidak seorang pun di antara mereka yang mengangkat pandangan kepada Rasulullah SAW kecuali Abu Bakar dan Umar al Khattab. Kedua-duanya memandang baginda SAW dan Nabi SAW memandang mereka berdua. Mereka berdua tersenyum kepada baginda SAW, dan baginda juga tersenyum kepada mereka berdua".

Usamah ibn Syarik r.a berkata: "Aku mendatangi Rasulullah SAW ketika para sahabat berada di sekeliling baginda SAW. Aku lihat seakan-akan terdapat burung di atas kepala mereka".

Apabila Nabi Muhammad SAW berbicara, maka mereka yang duduk bersamanya akan menundukkan kepala mereka, seakan-akan terdapat burung di atas kepala mereka.

'Urwah ibn Mas'ud pernah menyaksikan betapa besar penghormatan dan pengagungan para sahabat r.a terhadap Rasulullah SAW ketika dia diutuskan oleh kaum Quraisy kepada Rasulullah SAW pada Tahun Perjanjian Hudaibiah.

Menurut Urwah, jika Nabi SAW berwuduk, air wuduknya menjadi rebutan para sahabat hingga mereka hampir berbunuh-bunuhan kerananya. Tidaklah baginda SAW berludah dan berkahak, melainkan mereka menadahnya dengan telapak tangan mereka, lalu menggosok-gosokkannya ke muka dan badan mereka.

Tiada sehelai rambut baginda SAW yang jatuh ke tanah, kecuali mereka berebut-rebut mengambilnya. Apabila baginda mengeluarkan suatu perintah, mereka segera melakukannya.

Apabila baginda berbicara, mereka merendahkan suara di hadapannya. Mereka tidak menajamkan pandangan mereka kepada baginda SAW kerana membesarkannya.

Ketika kembali kepada kaum Quraisy yang mengutusnya, 'Urwah ibn Mas'ud berkata: "Wahai bangsa Quraisy! Sesungguhnya aku pernah menemui Kisra (Raja Farsi) dalam kerajaannya dan aku juga pernah menemui Qaisar (Raja Rom) di dalam kerajaannya. Aku juga pernah melihat Najasyi (Raja Habsyah) di dalam kerajaannya. Demi Allah! Sesungguhnya aku tidak pernah melihat seorang raja pada suatu kaum seperti Muhammad SAW dengan para sahabatnya".

Dalam riwayat yang lain, dia berkata: "Tidak pernah sekali pun aku melihat seorang raja yang diagungkan oleh rakyatnya, sebagaimana Nabi Muhammad SAW diagungkan oleh para sahabatnya. Sesungguhnya, aku telah melihat suatu kaum yang tidak akan menyerahkannya (Muhammad SAW) kepada musuh-musuhnya untuk selama-lamanya".

Lihatlah bagaimana para sahabat begitu mengagungkan Nabi Muhammad SAW dengan pelbagai kebesaran. Mereka tidak pernah dikatakan musyrik atau kafir kerana menyanjung baginda SAW. Mereka telah menjaga hak ketuhanan dan kerasulan dengan sempurna.

Bagaimana pula dengan kita? Adakah sirah para sahabat yang menjadi ikutan atau amalan jahiliah yang kita amalkan?

Menyempitkan perbicaraan mengenai perkara yang luas ini hanya akan menjauhkan umat manusia daripada Nabi SAW dan dari menghayati keindahan Islam itu sendiri.

Ini secara tidak langsung akan menjauhkan umat Islam dari roh Islam yang sebenar kerana Rasulullah SAW adalah lambang dan simbol kepada roh Islam yang sejati.

Ketandusan roh Islam dalam jiwa umat Islam akan melahirkan umat Islam yang lemah, lesu dan mudah diperkotak-katikkan oleh agenda musuh-musuh Islam.

*********

Thursday, December 2, 2010

TANDA-TANDA PENYAKIT MISTRI



  • Malas melakukan rutin dan amalan harian seperti berkerja, belajar, solat, zikir, tilawah Quran dan sebagainya
  • Gangguan ketika melakukan ibadah harian seperti lupa ayat-ayat Al Quran yang selalu dibaca dalam,doa yang dihafaz dan was-was.
  • Kehilangan minat atau semangat secara tiba-tiba terhadap aktiviti harian termasuk seks.
  • Mimpi buruk seperti mimpi ngeri, jatuh dari tempat tinggi atau mimpi bersetubuh.
  • Kerap bermimpi haiwan seperti tikus,anjing hitam,kucing hitam,ular,kala jengking atau binatang berbisa.
  • Berdebar-debar terutama menjelang malam.
  • Gangguan semasa tidur seperti sukar tidur, terkejut berulang kali, lewat bangun, cemas, terasa ditindih hingga sukar bernafas dan bersuara.
  • Sering mengantuk tidak mengira masa.
  • Hilang selera makan dan berat badan.
  • Suka menyendiri, kerap termenung, rasa gelisah, sedih dan kekosongan.
  • Kerap migrain, pening kepala, selesema yang berpanjangan, gastrik atau sakit kronik tetapi tidak dapat di atasi dengan rawatan doktor.
  • Letih luar biasa.
  • Daya tumpuan merosot.
  • Rasa sakit tetapi diSAHkan sihat oleh doktor.
  • Rasa bersalah, hampa, kecewa, tidak berguna dan terasa ingin mati.
  • Kesan lebam di tubuh seperti di peha, betis atau lengan.
  • Cepat marah dan benci tanpa sebab dan secara tiba-tiba.
  • Hilang kawalan diri pada waktu-waktu tertentu seperti pengsan, histeria atau tidak sedarkan diri.
  • Terasa sesuatu bergerak-gerak dalam badan atau perut.
  • Ternampak bayangan, lintasan atau sesuatu yang pelik.
  • Terdengar suara, bisikan atau bunyi yang menakutkan.
  • Terasa seperti diperhatikan atau diintai.
  • Badan merasa tidak selesa seperti takut atau seram sejuk semasa dalam rumah.
  • Melihat haiwan berbisa seperti lipan, kala jengking atau ular di dalam rumah.
  • Kerap terhidu bau busuk seperti darah, kemenyan, bangkai dalam rumah. Kadangkala bau wangi atau pertukaran antara bau busuk dan wangi.
  • Haiwan peliharaan seperti arnab, kucing dan ikan mati dengan kadar cepat atau akan sakit selalu.
  • Anjing pula akan menyalak tidak tentu hala seperti gelisah atau ternampak sesuatu.

    **********

Wednesday, December 1, 2010

MERASAI DAN MENCARI



Bila sampai disitu
Hulurkanlah kedua kakimu yang terdedah
Sejuk dan jernihnya
Menjalar sampai kedalam
Jauh dilubuk hati
Kau akan merasai
Nikmat air sungai yg sering diukir-ukir
Oleh mereka yang ketandusan
Mencari-cari rasa dingin dan nyaman
Kelegaan yang membuang jauh
Setiap titik-titik bahang hari yang membungkus
Dalam nikmat yang kau tandusi selama ini
Mari singkap jua
Dimana dia Sang Pencipta
Ingin ku bentangkan
Tulisan dari tinta hati
Dengan bait-bait pengucapan
Kepuasan dan salam kasih
Setinggi merapi
Seluas laut merentang
Biar pun Sang Pencipta tidak menagihkannya
Balasan atau ungkapan.

*******