Sunday, October 23, 2011

(TRIPOLI, Libya) — An autopsy confirmed that Libyan dictator Muammar Gaddafi died from a gunshot to the head, the country's chief pathologist said Sunday, just hours before Libya's new leaders were to declare liberation and a formal end to an eight-month civil war to topple the longtime ruler's regime.


The declaration starts the clock on a transition to democracy that is fraught with uncertainty and could take up to two years.
However, international concern about the circumstances of Gaddafi's death and indecision over what to do with his remains overshadowed what was to be a joyful day. Gaddafi's body has been on public display in a commercial freezer in a shopping center in the port city of Misratah, which suffered from a bloody siege by regime forces during the spring. (See pictures of Gaddafi's 40 years in power.)


The 69-year-old was captured wounded, but alive Thursday in his hometown of Sirt as it became the last city to fall to revolutionary forces. Bloody images of Gaddafi being taunted and beaten by his captors have raised questions about whether he was killed in crossfire as suggested by government officials or deliberately executed.
An autopsy completed Sunday in Misratah showed that Gaddafi was killed by a shot to the head, said Libya's chief pathologist, Dr. Othman al-Zintani. He would not disclose further details or elaborate on Gaddafi's final moments, saying he would first deliver a full report to the attorney general.
Most Libyans weren't concerned about the circumstances of the hated leader's death, but rather were relieved the country's ruler of 42 years was gone, clearing the way for a new beginning. "If he (Gaddafi) was taken to court, this would create more chaos, and would encourage his supporters," said Salah Zlitni, 31, who owns a pizza parlor in downtown Tripoli. "Now it's over."
Libya's interim leaders are to formally declare later Sunday that the country has been liberated. The ceremony is to take place in the eastern city of Benghazi, the revolution's birthplace. (See pictures of the fight for Gaddafi's hometown.)


The long-awaited declaration starts the clock on Libya's transition to democracy. The transitional leadership has said it would declare a new interim government within a month of liberation and elections for a constitutional assembly within eight months, to be followed by votes for a parliament and president within a year.
The uprising against the Gaddafi regime erupted in February, as part of anti-government revolts spreading across the Middle East. Neighboring Tunisia, which set off the so-called Arab Spring with mass protests nearly a year ago, has taken the biggest step on the path to democracy, voting for a new assembly Sunday in its first truly free elections. Egypt, which has struggled with continued unrest, is next with parliamentary elections slated for November.
Libya's struggle has been the bloodiest so far in the region. Mass protests quickly turned into a civil war that killed thousands and paralyzed the country for the past eight months. Even after revolutionary forces captured the capital Tripoli in late August, a fugitive Gaddafi and his supporters fought back fiercely from three regime strongholds.
Gaddafi's hometown of Sirt was the last to fall last week, but Gaddafi's son and one-time heir apparent, Seif al-Islam, apparently escaped with some of his supporters. (See pictures of Gaddafi's bizarre clothes.)
Libya's acting prime minister, Mahmoud Jibril, who has said he plans to resign after liberation, said Libya's National Transitional Council must move quickly to disarm former Libyan rebels and make sure huge weapons caches are turned over in coming days. The interim government has not explained in detail how it would tackle the task.
Jibril told the British Broadcasting Corp. in comments to be broadcast Sunday that "at the personal level I wish (Gaddafi) was alive" so he could face questions from the Libyan people buckling under decades of his harsh rule.
Jibril said he would not oppose a full investigation under international supervision into Gaddafi's death.
See TIME's special report "The Middle East in Revolt."

***********
Sabtu 22 Oktober 2011, hampir semua jalan di WP dan Selangor sesak menggila....gara-gara ramai yang ingin menyertai rapat Sejuta Umat di Stadium Shah Alam. Aku hanya berlegar-legar untuk hadir dlm 2 majlis perkahwinan - di Taman Ehsan dan di Sungai Pencala. Al hamdulillah walau dalam kesesakan itu, aku masih mampu memenuhi jemputan dalam jangka waktu yang disusun.

Sebelah petangnya iaitu selepas solat Asar di Surau Al Ihsan, aku dan para jemaah di jemput kerumah Hajidan/Norlia yang mengadakan majlis teh petang sempena mereka menerima cucu sulung begitu.

Petang itu juga anak buah aku, Angah dan suaminya Faizal dan anak tunggal mereka berkunjung kerumah aku. Hajatnya menyampaikan kad jemputan kahwin pada 12 November di Pantai Remis.

Sebelah malamnya pula iaitu selepas solat Isha, kami ahli jemaah surau di jemput pula ke rumah Sdr Isamri di Jalan E2/6...baca Surah Yasin dan tahlil doa selamat.....hidangan makan malam dgn masak lemak ikan telapia memang enak dansedap sekali.....cucu kami semua outing ke Port Dickson..tinggal aku dan isteri saja di rumah malam tu....demikian lah!












Friday, October 21, 2011

Gadhafi Hidup Dan Mati Dengan Pedang


A Kadir Jasin
[KALAU mengulas menggunakan pengenalan  “anonymous”, tolong tuliskan nama Saudara/Saudari pada permulaan dan penghujung komen. Kalau boleh minta ringkas. Terima kasih.]
ADA sebuah ungkapan Inggeris yang berbunyi “he who lives by the sword, dies by the sword.” Dibahasa-Melayukan secara literal, ia bermaksud, sesiapa yang hidup dengan pedang akan mati kerana pedang.

Selama 42 tahun, selepas menjatuhkan Raja Idris dengan kekuatan “pedang” pada bulan September 1969, Kolonel Moammar Gadhafi aka Muammar Gaddafi aka “King of Kings” memerintah dengan kuasa “pedang”. Semalam, pada 20 Oktober, beliau mati di mata “pedang”.

Menurut laporan Associated Press, beliau ditarik keluar cedera daripada lubang persembunyiannya. Beliau merayu kepada penangkapnya: “Jangan bunuh aku anak-anakku.” Tetapi, sudah terlambat. Mereka bukan lagi anak-anak beliau. Mereka adalah anak-anak revolusi musim bunga Arab.

Mereka “meronyeh-ronyeh” dan mencabut rambutnya. Belum jelas sama ada beliau benar-benar mati kerana cedera atau mati dibunuh oleh penangkap-penangkapnya. Ada laporan mengatakan dia tertembak di kepala ketika pasukan yang setia kepadanya berbalas-balas tembak dengan tentera rakyat.

Tetapi apa yang berlaku selepas itu ialah, mayatnya diikat kepada bonet kereta dan diarak di jalan-jalan raya bandar kelahirannya, Sirte.

Selepas Presiden Zine El Abidine Ben Ali, Tunisia dan Presiden Hosni Mubarak, Mesir, Gadhafi adalah pemerintah kuku besi dunia Arab yang ketiga jatuh dalam masa tidak sampai setahun. Yang berbeza hanyalah darah yang mengalir di Libya. Revolusi jalanan Tunisia dan Mesir umumnya aman dan tidak mengorbankan banyak nyawa dan harta benda.

Soalnya sekarang ialah ke manakah Libya akan menghala selepas ini? Revolusi Tunisia dan Mesir sudah mula menampakkan kesan positif. Keamanan semakin pulih walaupun usaha mengubah kesan pemerintahan kuku besi yang berdekad-dekad lamanya bukanlah mudah dan tentunya memakan masa.

Ke Arah Mana Revolusi Arab?

Dan apa pula akan terjadi di Syria dan Yaman, di mana rakyat jelatanya juga bangun menuntut perubahan, dalam revolusi jalanan yang  berdarah?

Bagi memudahkan analisis, kita boleh menuduh kebangkitan musim bunga Arab itu sebagai satu lagi konspirasi Barat.

Tetapi kita juga perlu akui bahawa suasana politik, ekonomi dan hak asasi manusia di negara-negara yang terbabit adalah jauh daripada sempurna.

Libya kaya dengan minyak dan gas – nombor sembilan di dunia dengan rizab dianggarkan 40 bilion tong – dan antara negara Afrika paling maju. Paras kemiskinan mengikut Rancangan Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) adalah 7.6 peratus pada tahun 2009 dan pengangguran 10 peratus.

Tetapi rakyat Libya nampaknya mahu lebih daripada hak ekonomi. Mereka mahu hak asasi dan hak politik. Dan dunia, khasnya Barat, mahukan bekalan minyak negara itu.

Apa yang kita saksikan di kebanyakan negara Arab, sama ada yang sedang bergolak atau yang di permukaannya nampak tenang, adalah perubahan aspirasi massa.

Antara Tirani Kuku Besi Dan Anarki

Mereka tidak boleh lagi menerima tirani kuku besi, pemerintahan oleh kelas elit dan ketidakseimbangan sosial dan ekonomi.

Mereka mahu demokrasi dan ekonomi bebas, walaupun demokrasi dan kapitalisme pasaran sedang mengalami keruntuhan di Amerika Syarikat dan Eropah.

Serentak dengan kematian Gadhafi di Libya, beribu penunjuk perasaan bertempur dengan polis di Athens, Greece dan di New York, Amerika Syarikat.

Di Athens mereka menentang dasar jimat-cermat Kerajaan Greece yang muflis dan di New York mereka menentang tirani pasaran bebas.

Sedangkan di negara kita sendiri, pelbagai transformasi sedang dipromosikan oleh elit politik dan ekonomi atas nama pasaran bebas, globalisasi, meritokrasi dan pelbagai klise awang-awangan lagi.

Dunia tanpa sempadan dan komunikasi tanpa batasan kini menjadi wadah kepada anarki intelektual dan fizikal. Facebook dan Twitter menyebabkan London terbakar beberapa minggu lalu. Takut-takut, demokrasi yang dicari, anarki menjadi realiti. Barang dijauhkan Allah.

Wallahualam.

MURTAD DAN BANDAR OXFORD

MURTAD DAN BANDAR OXFORD Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Saya menganggap Bandar Oxford ini jauh lebih indah dari kebanyakan bandar lain di UK dan Eropah, termasuk London. Bahkan tiada bandar yang seumpamanya di dunia muslim kita. Ia sebuah bandar ilmu. Kebanyakan mereka yang sibuk berjalan pantas di jalan-jalan Oxford ini ialah pelajar, pengajar dan pengkaji. Lebih empat puluh kolej ilmu bersejarah lagi berprestij di bandar ini. Penuh sejarah, penuh sumbangan melahirkan tokoh-tokoh besar.



Bandar ini penuh dengan aktiviti ilmu di sana-sini setiap hari; seminar, diskusi, forum dan pelbagai. Dalam pelbagai perkara dan bidang, yang mungkin sebahagiannya terlarang dalam negara kita disebabkan unsur ke’jais’an kita. Amat rugi jika ada sesiapa yang datang ke sini tetapi tidak mengambil peduli tentang aktiviti ilmu yang pesat. Dari bangunan-bangunan bersejarah yang memenuhi bandar ini, kita dapat tahu bahawa di sini asalnya tempat pengajian Kristian. Sejak kurun ke-12, Oxford berkembang menjadi bandar ilmu. Ini terutama selepas tahun 1167 apabila Henry II melarang pelajar Inggeris melawat universiti di Paris. Pada kurun ke-13 bandar ini mula pesat dengan para penuntut ilmu. Antara tahun 1249 dan 1280 diasaskan universiti kolej yang tertua di sini; Merton dan Balliol. Ertinya bandar ini telah berkembang menjadi bandar ilmu sejak 800 tahun yang lalu. Dalam tempoh yang panjang itu, Oxford melalui pelbagai sejarah.


Agama Kristian yang menjadi teras pegangan dan pembinaan pusat pengajian di sini telah terbabit dalam pelbagai konflik politik dan agama. Permusuhan dan pembunuhan berlaku dengan dahsyat sepanjang tersebut. Sehingga amalan kristianiti pun luntur di sini. Dibakar Hidup-Hidup Latimer, Ridley and Foxe burning. Saya tinggal bersendirian di Broad Street. Di hadapan kediaman saya, di atas jalan ada tanda yang dibuat mengenang ‘shuhada’ Oxford atau Oxford Martyrs yang dibakar hidup-hidup. Tomas Cranmer, Nicholas Ridley dan Hugh Latimer. Mereka semua merupakan tiga orang paderi dan ilmuwan Kristian yang hebat pada kurun yang ke-16. Mereka telah mengkritik ajaran-ajaran Kristian yang dibawa oleh gereja Katholik yang dianggap tiada asas dalil yang sah dalam Bible.

Terpengaruh dengan Martin Luther pengasas Protestan, mereka juga telah menulis pelbagai buku mengkritik amalan dan penghayatan agama yang diamalkan oleh pihak gereja Katholik. Seperti Luther, mereka berusaha agar agama Kristian tiada menjadi agama eksklusif untuk para paderi sahaja. Mereka menulis dan membahaskan pelbagai isu dalam ajaran Katholik yang mereka anggap tidak berasas. Walaupun mereka berkelulusan tinggi dari pusat-pusat pengajian theology, diangkat memegang pelbagai kedudukan tinggi dalam ranking gereja seperti archbishop dan bishop, namun atas sikap anti-pembaharuan dan enggan mendengar pandangan lain yang berbeza, pihak mahkamah agama Katholik telah menghukum mereka sebagai heresy (murtad) dan derhaka (treason) kepada Queen. Mereka dibakar hidup-hidup di khalayak ramai di Oxford pada tahun 1555 dan 1556. Penulis di tempat bekas tokoh-tokoh pembaharuan Kristian dibakar hidup-hidup. Sebenarnya, dalam sejarah gereja Katholik, begitu ramai yang dibakar oleh pihak gereja atas tuduhan murtad dan derhaka. Pihak gereja akan menggunakan nama Tuhan dan istana atas tuduhan murtad dan derhaka untuk menghukum para penentang mereka.

Pihak Katholik juga ada privy council atau badan rahsia yang boleh menjadi kata putus. Pihak istana dalam usaha menjaga kepentingan dan kuasa mereka, maka akur atas segala tuduhan dan keputusan yang dibuat oleh pihak gereja terhadap musuh-musuh mereka. Golongan pembaharuan dalam Kristian terpaksa melalui pengorbanan yang terlalu hebat. Hukuman yang selalu mereka pakai kepada orang murtad ialah dibakar hidup-hidup cara pembakaran yang menyakitkan dan kejam.

Benarkah Murtad? Persoalannya, benarkah murtad, ataupun murtad itu hanya menurut ukuran mereka yang jumud dan mempunyai kepentingan sendiri?! Semua tokoh-tokoh yang dibakar hidup-hidup itu tetap memanggil Tuhan sehingga ke akhir hayat. Cumanya, mereka enggan mengakui beberapa kepercayaan dan amalan Katholik yang mereka anggap tidak bersumberkan Bible. Pihak penentang pembaharuan sering menggunakan nama Jesus dan istana. Padahal mereka bukan mempertahankan istana atau Jesus, mereka mempertahankan kedudukan istimewa mereka sebagai golongan agama. Mereka menentang usaha pembaharuan menterjemahkan Bible yang berbahasa Latin ke dalam bahasa Inggeris. Mereka bimbang orang lain dapat menilai dan menembusi maklumat agama yang akhir menyebabkan mereka dipersoalkan.


Dikenang Hari ini Oxford terus wujud. Namun, mereka yang dibakar dan dituduh murtad itu dikenang sebagai wira dan syahid oleh generasi kemudian. Demikianlah penilaian terhadap fakta sejarah selalu berubah dengan berubahnya cara fikir manusia. Wira boleh menjadi derhaka, derhaka pula boleh juga menjadi wira. Seseorang yang dihukum pada suatu masa, mungkin dihargai pada masa yang lain. Kemungkinan juga seseorang yang dihargai kini, akan dihukum pada masa yang akan datang. Sebab itu setiap kita hendaklah berpegang kepada asas-asas kebenaran yang disepakati oleh ad-din dan manusia sejagat. Bukan berpegang kepada sesuatu yang bersifat politik dan isu semata. Walaupun begitu dahsyat dan kejam pihak gereja Katholik berusaha mengekang pembaharuan, namun hari ini segala yang mereka takuti telah pun menjelma dalam rupa yang lebih ‘ganas’. Mereka cuba menentang kritikan terhadap amalan mereka, hari ini di Barat, bukan sekadar amalan mereka, bahkan Tuhan pun dinafikan kewujudannya. Pada era 1880, ahli falsafah Jerman Friedrich Nietzche telah mengistiharkan bahawa ‘God was dead’ (Tuhan telah mati). Walaupun 120 tahun kemudian agama terus hidup di dunia ini dan Tuhan terus dipuja, namun golongan atheist dan agnostic turut berkembang. Usaha menolak kewujudan Tuhan terus berjalan dan mendapat sambutan yang besar di seluruh dunia.

Richard Dawkins umpamanya, pada 2007 menerbitkan buku God Delusion atau Penipuan Tuhan, buku yang menggambarkan bahawa tiada siapa yang boleh memberikan gambaran lengkap tentang agama yang sebenar. Tulisannya ini menggalakkan golongan anti-agama dan bukunya mendapat sambutan yang hebat. Di Oxford yang dipenuhi dengan gereja dan segala kesan sejarah perkembangan Kristian, turut menjualnya. Tuduh Murtad Menjadi masalah besar apabila nama Tuhan sering digunakan untuk kepentingan kuasa dan diri sendiri.

Orang lain dihukum atas nama Tuhan, padahal Tuhan kesalahan itu tidak membabitkan ajaran Tuhan. Akhirnya, Tuhan disalah ertikan dan agama dibenci. Di Oxford, walaupun bangunan dan bayangan gereja mengelilinginya, amalan kehidupan agama sudah tipis. Pengajian dijalankan tanpa berkait lagi dengan nama Tuhan melainkan sedikit. Ataupun, Tuhan itu difahami dalam pelbagai versi yang tersendiri. Menuduh orang murtad sebenarnya memerlukan penelitian dan bukti yang kukuh tanpa kepentingan dan fanatik.

Menghalang orang lain memberikan pandangan dan pendapat atas nama Tuhan adalah perbuatan yang menjauhkan manusia dari agama. Itu bukan usaha menguatkan agama. Islam adalah agama dialog dan hujah. Ia bukan agama perhimpunan untuk membantah orang lain bersuara. Itu perbuatan gereja yang telah menghasilkan natijah yang buruk dan melahirkan sikap anti-agama. Menjerit di jalanan kerana kononnya ada orang murtad adalah tindakan yang tidak bijak. Padahal Allah telah memberikan panduan agar Islam ditegakkan atas hujah dan dialog.

Firman Allah (maksudnya): “Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah dan mauizah hasanah (nasihat yang baik), dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk (Surah al-Nahl: 125).

Menuduh orang lain murtad juga secara semberono hanya mengulangi apa yang dilakukan oleh gereja Katholik. Natijahnya, lenyap kekuatan istana yang dipergunakan dan lenyap juga keyakinan manusia kepada agama itu sendiri. Apakah kita ingin mengulanginya?

Sumber blog:: minda tajdid

Saturday, October 15, 2011

Kisah Peter Casey

Peter Casey - Kini namanya sangat dikenali di negara kelahirannya Amerika Syarikat, mahupun di mata dunia selepas pengakuannya dalam memilih agama Islam tersebar luas di alam maya.

Sejak tragedi 11 September, ramai penganut agama Islam takut akan keselamatan diri mereka, lebih-lebih lagi di negara Amerika. Sebaliknya Peter Casey tidak takut terhadap fobia Islam yang melanda negara Uncle Sam itu malah semakin rajin menunjukkan keyakinan barunya itu di depan khalayak awam.

Beliau sering ke masjid setiap hari dengan menaiki skateboardnya yang menunjukkan gaya anak muda AS kini. Beliau juga tidak berfikir dua kali untuk menunaikan ibadah solat di Starbuck, jika kebetulan beliau tengah minum di sana dan waktu solat telah tiba.
Lelaki bermata biru ini tidak sesekali menyembunyikan identiti keislamannya.

Sebaliknya, dia mengatakan sedang berusaha untuk “menentang stereotaip dan salah faham” orang lain di sekitarnya mengenai Islam. Sebagai seorang mualaf yang dibesarkan di pinggiran bandar dengan latar belakang Yahudi-Kristian, Casey berada dalam keadaan yang sewajarnya ‘mustahil’ untuk melakukannya (memeluk Islam). Namun itulah tekad Casey untuk membuatkan orang belajar menerima orang Islam, mulai dari cara dia berpakaian, bercakap, dan kelakuannya.

Tempat Casey dibesarkan

Casey dibesarkan di pinggiran Long Island oleh ibu yang beragama Yahudi dan ayahnya yang beragama Kristian Katolik. Di satu sudutnya, Kristian menekankan bahawa Jesus adalah sebagai anak Allah, Tuhan Bapa, dan Roh Kudus. Di sisi lain pula, Yahudi mengatakan bahawa Jesus adalah seorang nabi palsu.

“Saya merasakan ada dua perkara ekstrem di dalam agama Yahudi-Kristian, dan saya mempelajari kedua-duanya,” kata Casey. Pertentangan antara Yahudi dan Kristian memeningkan Casey

Selepas serangan 11 September 2001, pemahaman Casey terhadap agamanya mula berubah. Casey baru menjangkau umur 13 tahun ketika dua menara kembar WTC itu runtuh. Sejak dari kejadian itu, beliau rajin melayari dunia maya untuk mencari isi ajaran agama Islam yang dikatakan punca di sebalik serangan itu.

Di internet, Casey menemui ajaran yang lebih masuk akal tentang Jesus. Al-Quran mengatakan Jesus adalah seorang nabi, seorang lelaki yang menyampaikan firman Allah. Tidak lebih dan tidak kurang dari itu.

“Ketika saya mula belajar mengenai Islam, saya seperti…. Inilah dia. Ini adalah agama itu (agama yang dicarinya selama ini), “katanya. Dua tahun kemudian, pada usia 15 tahun, beliau memeluk Islam. Sejak itu, lelaki yang baru menjadi guru sejarah di sebuah sekolah Islam di Brooklyn, telah berupaya untuk mengubah sedikit sebanyak kecurigaan dan kebencian masyarakat awam AS terhadap Islam.

Casey tidak hanya berdakwah melalui perbuatan seperti bersolat di tempat awam tetapi beliau juga aktif berdakwah melalui blognya,Dawah Addict. Persoalan dan topik seperti ‘Muhammad dalam Kitab Injil’ dan ‘Bagaimana Menjadi Seorang Muslim’ diulasnya dengan berkesan.

“Ketika baru-baru menjadi Muslim, masih terngiang-ngiang sehingga ke hari ini, ramai orang berkata, ‘Mengapa tidak ada ramai orang Islam yang mengatakan keganasan adalah perkara yang buruk? Mengapa tidak ada orang Islam di luar sana yang memberitahu mengenai Islam yang sebenarnya?’,” Kata casey. “Dan saya mula berfikir, saya akan melakukannya jika tidak ada orang lain yang akan melakukannya.”

Saluran Casey di YouTube mempunyai lebih daripada 5,000 pelanggan dan hampir setengah juta pengunjung. Pengunjung saluran You Tube beliau terus bertambah dari masa ke semasa. Terdapat juga komen-komen negatif di salurannya. Namun, dia tidak menoleh ke belakang. Alasannya “Saya merasa seperti saya mempunyai tanggung jawab kepada orang-orang di Amerika,” katanya, “Kerana ini adalah tempat saya membesar dan ini adalah rumah saya, dan saya ingin berkongsi apa yang membuatkan saya berasa sangat bahagia dan telah memberikan perubahan yang begitu banyak kepada saya. “