Wednesday, July 8, 2009

Buasir atau Piles Boleh Di Rawat



Buasir:

Buasir Berdarah, Buasir Biasa

Buasir adalah bengkak di pembuluh darah – iaitu pembuluh darah yang menjadi bengkak di kawasan rectal. Buasir adalah sebesar daripada saiz kismis sehingga sebesar anggur. Ia boleh hanya gatal-gatal atau sakit dan kadang-kadang menyebabkan pendarahan pada rectal terutama ketika pembuangan najis. Kadang-kadang pembengkakan ini sehingga ke anus. Jika ini berlaku anda akan merasa di kawasan berhampiran rectum anda lembut dan bengkak.


Buasir adalah biasa ketika semasa dan selepas mengandung. Sesetengah wanita mengalaminya kali pertama ketika mengandung. Jika anda pernah mengalaminya ketika belum mengandung anda berkemungkinan mendapatnya ketika mengandung. Dan biasanya ia akan hilang sendiri selepas bersalin.


Terdapat beberapa sebab mengapa anda mendapatnya (seperti juga pembengkakan urat pada kaki dan kadang kala di vulva). Pembesaran rahim akan memberi tekanan kepada urat pelvik dan vena cava dalaman, urat besar yang terletak pada bahagian kanan badan yang menerima darah dari bahagian bawah anggota badan. Ini akan melambatkan pengaliran darah di bahagian separuh bawah badan, meningkatkan tekanan urat pada bawah rahim anda dan menyebabkan ia semakin besar atau bengkak.


Najis keras atau sembelit, perkara yang biasa berlaku ketika mengandung, boleh menyebabkan buasir atau menyebabkan ia menjadi lebih buruk. Ini kerana meneran boleh menyebabkan buasir, dan anda cenderung untuk meneran ketika pembuangan najis yang keras. Tambahan pula, peningkatan hormon progesteron ketika mengandung menyebabkan dinding-dinding urat berehat, menjadikan ia mudah membengkak dan menyumbang kepada sembelit dengan memperlahankan proses yang terjadi di dalam kawasan usus. Anda juga boleh mengalami buasir ketika proses meneran dalam peringkat kedua bersalin.

Alpha Lipid Lifeline Dapat Membantu Mengatasi Masaalah Pembuangan Najis keras dan Sembelit.

Alpha Lipid Lifeline CADANGkAN RAWATAN DENGAN MEMINUM SUSU KOLOSTRUM INI. INSHA ALLAH BOLEH SEMBUH. TESTOMINI DAH ADA,,

No comments:

Post a Comment