Wednesday, August 19, 2009

Ela Beach, Port Moresby, Papua New Guinea






















Saya sekeluarga pernah tinggal disini selama 3 tahun. Pada tahun 1986 saya dihantar bertugas di Suruhanjaya Tinggi Malaysia, Port Moresby, Papua New Guinea. Pejabat kedutaan di tempatkan di Tingkat 2, Pacific View Apartment, Korobosea.

Rumah kediaman saya sekeluarga di tingkat 1 , manakala kediaman rasmi Duta Besar berada di tingkat 12. Pantai Ela Beach yang cantik biru terbentang itu dapat di lihat dari tingkap apartment kami. Disinilah pejabat saya yang tercantik berbanding dengan pejabat-pejabat saya yang lain.

Duta Besar ketika itu ialah TYT B. Rajaram. Pegawai-pegawai lain ialah Encik James Gan Eng Lock, saya dan Encik Nor Habibullah sebagai Pembantu Khas kepada TYT.

Lain-lain kedutaan yang juga berada dibangunan yang sama, ialah Germany, Perancis, Korea Selatan dan juga Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Banyak cerita-cerita menarik yang saya alami semasa disana.

**********

No comments:

Post a Comment