Sunday, August 16, 2009

PESAN IMAM AL GHAZALI (1)

ADAB-ADAB MANDI


Apabila engkau junub, samaada kerana engkau bermimpi atau engkau jimak maka bawalah sebekas air ke bilik mandi dan mulakan dengan membasuh kedua-dua tanganmu tiga kali dan tanggalkan segala kotoran dari badanmu kemudian hendaklah engkau berwudhuk seperti wudhuk yang engkau buat untuk solat berserta dengan segala doa-doanya dan kemudiankan membasuh kedua kakimu supaya air tidak jadi sia-sia.

Apabila engkau sudah selesai daripada berwudhuk maka tuangkanlah air keatas kepalamu tiga kali dan engkau berniat mengangkatkan ( menghilangkan ) hadas junub kemudian tuangkanlah air kesebelah badanmu yang kanan dan ikutilah dengan sebelah kiri dan gosokkan bahagian hadapan dan belakang daripada badanmu dan selat-selati rambut di kepala dan juga janggutmu dan sampaikan air ke tempat-tempat yang berlipat-lipat daripada badanmu dan tempat tumbuh rambut baik yang tipis mahupun yang tebal dan jangan sekali-kali engkau sentuh kemaluanmu selepas berwudhuk tadi maka apabila tersentuh tanganmu dengannya maka ulangi wudhukmu sekali lagi.

Dan perkara-perkara yang wajib dalam mandi ini ialah:
1. Niat
2.Menghilangkan najis ( jika ada)
3.Meratakan air keseluruh anggota badan

Dan perkara-perkara yang wajib dalam wudhuk pula ialah:

1. Niat
2.Membasuh muka sekali
3. Membasuh kedua tangan sampai kedua siku juga sekali
4. Menyapu sebahagian daripada kepala sekali
5. Membasuh kedua kaki sampai ke buku lali sekali
6. Tertib.

Dan yang lain daripada itu hukumnya adalah sunat muakkad dan kelebihannya sangatlah banyak, pahalanya sangat besar dan orang yang tidak mengambil berat dengan yang sunat ini adalah rugi bahkan boleh membawakan yang wajib dalam bahaya, kerana perkara-perkara yang sunat merupakan penampung kepada kekurangan yang ada pada yang wajib.

**********

No comments:

Post a Comment