Saturday, October 17, 2009

IBADAT HAJI 1430 HIJRAH




Tahun ini seramai 26,000 jemaah haji Malaysia akan berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadat haji. Demikian Buletin Utama TV3 melaporkan jam 8.00 malam ini. Rombongan pertama akan berlepas pada 20 Oktober ini.

Pada pandangan saya daripada sejumlah 26,000 itu, tahap kesihatan mereka boleh dibahagi kepada 3 kategori seperti berikut: (i) sehat sejahtera, (ii) tidak berapa sihat dan (iii) tidak sihat.

Begitulah resam manusia. Hidup yang tak pernah terlepas dari menjadi sasaran penyakit. Kencing manis, darah tinggi, kolestrol tinggi, resdong, buasir, gout, athrytis dan berbagai lagi. Berbagai-bagai jenis ubat telah di ambil. Samaada dapat percuma dari klinik pemerintah atau pun di beli dari kaunter pharmacy. Banyak wang ringgit telah dibelanjakan.

Sehubungan dengan ini, saya ingin mencadangkan kepada semua jemaah haji sekiranya dapat mengambil susu
kolostrum Alpha Lipid Lifeline sebagai supplementary. Kesannya dan khasiatnya telah pun terbukti. Ianya dapat membantu memulihkan kesulitan masaalah sakit lutut, duduk dan bangun semasa solat, gatal-gatal di kulit dan jari-jari, resdung dan bersin yang tak henti-henti, batuk di tengah malam yang mengganggu keenakan tidur, sakit kaki dan berbagai lagi.

Oleh kerana semasa di tanah suci banyak memerlukan pergerakan tenaga , umpamanya berulang alik dari hotel ke masjid-masjid samaada Masjid Nabawi ataupun Masjidil Haram. Atau pun mengikuti rombongan ziarah ke Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Tapak Perang Uhud dan Makam Shuhadak, Ladang Korma, Pasar Korma dan Hudaibiyah, banyak berlaku naik-turun bas. Juga anda tentu mahu berjalan-jalan disekitar Kota Mekah atau Kota Madinah. Melawat kilang mencetak Quran, kilang menjahit kain kiswah kelambu Ka'abah. atau melawat Muzeum Mekah atau ladang unta untuk merasai keenakan susu unta yang segar.

Begitu juga semasa di Arafah, Mudzdalifah dan Mina khususnya berjalan kaki dari khemah-khemah menuju ke Jumrah yang tiga itu secara aberulang-alik. Banyak tenaga di perlukan. Memanjat bukit-bukit kecil disekitar Mina untuk memungut anak-anak batu tambahan buat melontar jumrah. Batu-batu yang di pungut di Muzdalifah hanya cukup untuk lontaran kali pertama sahaja. Di Kota Madinah dan Mekah juga banyak tempat tumpuan beli-belah yang menjadi tarikan. Jelas betapa kesihatan dan tenaga sangat diperlukan.

Elok rasanya anda siapkan diri dengan mengambil vitamin atau pun supplementari yang lain seperti Alpha Lipid Lifeline sebagai pilihan. Anda boleh memilih samaada produk yang berbentuk susu serbuk atau produk kapsul.

Masaalah gangguan kesihatan yang menjadi bualan setiap jemaah ialah BATUK. Serangan batuk ini kalau tidak di bendung dari awal, akan menjadi kronik dan tidak berhenti-henti sehingga sampai masa nak balik ke tanah air belum lagi sembuh. Apabila kita berdepan sesuatu musibah, segeralah berdoa mohon kasih sayang dan redha Allah supaya diberi kemudahan bagi sepanjang tempoh ibadat haji dan juga selepasnya. Buangkanlah sikap bebal, pemarah, menunjuk pandai dan cakap besar. Itu semuanya sifat Allah belaka. allah nak menguji kita , menyukat setakat mana keimanan kita dan ketaqwaan kepada Allah.

Walau bagaimana pun saya memanjatkan doa kepada Allah s.w.t., semoga memberi kesihatan yang baik kepada semua Jemaah Malaysia dan juga jemaah dari negara-negara lain.


SELAMAT MENUNAIKAN IBADAT HAJI.
SEMOGA ALLAH MENGURNIAKAN HAJI MABRUR KEPADA ANDA SEMUA.


***********************

No comments:

Post a Comment