Wednesday, February 3, 2010

AL QURAN KALAM ALLAH

Al-Quran adalah kalam Allah s.w.t. yg diturunkan kpd Nabi Muhammad s.a.w. menerusi perantaraan Malaikat Jibril a.s.. Nabi Muhammad s.a.w. merupakan seorang yang ummi iaitu tidak tahu membaca dan menulis. Surah yang pertama iaitu Surah Al Alaq diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. pd 15 Ramadhan ketika Nabi berumur 40 tahun.

Al-Quran diturunkan secara beransur-ansur selama 22 tahun , 2 bulan dan 22 hari berdasarkan kepada keperluan pada masa itu . Ia dibahagikan kepada 114 surah dan mengandungi 86,430 perkataan dan 323,760 huruf2 Arab. Jumlah ayat di dalam Al-Quran ialah sebanyak 6,236. Untuk memudahkan pembacaan Al Quran , ia dibahagikan kepada 30 bahagian.

*********

No comments:

Post a Comment