Monday, December 13, 2010

SEMBANG-SEMBANG DENGAN ANAK BUAH

  • Engkau PAKAILAH Dutsun 120Y lama engkau tu. Jalan-JALAN kekampung tu tak sesuai dengan Merce atau pun Lexus engkau tu.

  • Kalau berbaju t'shirt sesuai sekali. Di dewan orang RAMAI tak ada aircond. Jaket-jaket dan tali leher tak sesuai. Panas. Nanti engkau pitam. Tapi tak perlulah engkau tulis macam-macam ayat pulak dibelakang t-shirt engkau tu. Rimas dia orang membacanya.

  • Pesan dengan dia orang jangan sebuk nak sediakan kompang, hadrah atau bunga mangga nak menyambut engkau. Jangan engkau susahkan mereka yang memang dah susah.

  • Pesan dgn dia orang juga jangan buat hidangan besar-besaran, tak perlu hi-table. Buffet dah cukup pun dah syukur dah. Engkau beraturlah dan duduklah bersama mereka. Jangan pula asyik nak duduk dengan kelompok pegawai kanan kerajaan sahaja. Nasi tetap nasi samada dihidang dalam pinggan emas, pinggan pakai-buang atau daun pisang...samada dimakan atas kerusi atau atas tunggul kayu atau pun tikar mengkuang.

  • Engkau dengar baik-baik. Engkau teliti masalah dia orang. Sediakan buku tiga lima kat kocek baju engkau tu. Jangan pulak engkau minta dia orang dengar cakap engkau. Nanti dia orang terus balik cepat. Engkau yang terkantoi.

  • Sebelum pergi jumpa dia orang, engkau buat homework dulu, ingat janji lama yang belum langsai...apa statusnya. Dia orang tu dah celek.

  • Anggapkan bila engkau kesana jumpa dia orang, engkau adalah peminta, perayu, pemohon belas kasihan rakyat supaya dia orang undi engkau lagi. Sepenggal lagi pun cukup kerana umur engkau pun dah meninggi dan kesihatan engkau pun selalu keluar-masuk hospital.

INGAT PESAN AKU TU....!



No comments:

Post a Comment