Wednesday, January 26, 2011

KOMEN TERHADAP TEGURAN DR. MAHATHIR

23 Jan 2011

FORUM

Mencemuh bukan amalan Islam

SETELAH membaca beberapa reaksi pembaca tentang komen Tun Dr Mahathir Mohamad tentang orang Melayu Singapura, teringat saya akan ayat dalam surat al-Hujurat.

Antara lain ia bermakna agar kita usah mudah mencemuh dan merendah-rendahkan puak lain, sama ada lelaki atau perempuan, kerana pihak yang dicemuhkan itu mungkin lebih baik daripada mereka.

Ayat itu juga menegah kita daripada menyatakan keaiban sesetengah pihak lain di samping memanggil pihak lain dengan gelaran buruk.

Singapura memang sebuah negara kecil namun sejauh ini ia dapat menunjukkan betapa ia boleh berjaya dengan sistem meritokrasinya. Banyak negara yang mahu mempelajari cara sistem pemerintahan Singapura.

Sistem yang mengamalkan keistimewaan pada sesuatu kaum adalah tidak produktif dan akan hanya membawa kemudaratan dan yang paling penting, bercanggah dengan prinsip Islam yang berteraskan keadilan kepada umat manusia tidak kira bangsa.

Rumusnya, untuk berjaya, kita mesti terus mendalami ilmu selain sentiasa berpegang pada kitab Al-Quran dan sunah nabi agar berjaya di dunia dan akhirat dan usahlah kita berdendam dan iri hati kerana ini semua membawa kepada penyakit hati.

Siti Noor Aniza Latif ( BH S'pore)

No comments:

Post a Comment