Wednesday, February 2, 2011

apabila engkau sudah menjadi raja,
jangan lupa,
jadilah orang yang berhati suci.
jadilah orang yang tidak mencari kepentingan apa pun
kecuali Tuhanmu,
kerana,
engkau diciptakan oleh Al Quddus Yang Mahasuci.
engkau lahir ke dunia ini, engkau begitu suci,
kerana
kesucian ruh ciptaan Al Quddus ditiupkan ke dalam jasadmu.
kerana itu
sucikan selalu hatimu,
kemudian pancarkan kesucian itu melalui pendengaranmu,
pengelihatanmu, pertuturanmu dan perbuatanmu,
kerana,
semua itu akan diminta bertanggungjawab kelak.
kerana itu,
dengarkanlah selalu bisikan Al Quddus Yang Mahasuci dihatimu
agar engkau dapat menyucikan
hati, fikiran dan perbuatanmu.

No comments:

Post a Comment