Friday, February 4, 2011

REBUTLAH PELUANG KEBAIKAN YANG ADA PADA HARI JUMAAT.




Bismillahirrahmanirrahim!

Assalamualaikum pembaca semua.

Hari ini hari jumaat 4 Februari 2011 bersamaan dengan 1 Rabiul Awal 1432 Hijrah.

Seeloknya pada hari ini kita bersedia lebih awal untuk ke masjid menunaikan solat Jumaat. Bangun pagi sepatutnya lebih awal dari biasa untuk menunaikan solat subuh. Disunatkan juga supaya berniat sewaktu mandi dengan berkata "sahaja aku mandi sunat hari Jumaat kerana Allah".

Kenakanlah diri anda dengan pakaian yang bersih untuk ke masjid. Percikkan sedikit wangian ke tubuh anda. Sebolehnya jangan gunakan baju atau pakaian yang berbunga-bunga atau pun bertulisan ayat-ayat iklan di baju anda. Ini menjadi gangguan kepada para jemaah di sekekeliling anda yang sudah pastinya akan tertarik membaca atau melihatnya yang akan menjejaskan khusyuk mereka.

Masuk ke masjid dengan mendahulukan kaki yang kanan dengan memberi salam serta membaca doa masuk masjid. Seterusnya dirikanlah solat sunat tahiyatul masjid 2 rakaat sebagai menghurmati masjid yang menjadi Rumah Allah.

Terdapat beberapa catitan khuusus yng berkaitan dengan kebaikan-kebaikan hari Jumaat, diantaranya ialah:

1. Hari Jumaat ialah penghulu segala hari.

2. Hari Kiamat dikatakan akan berlaku pada hari Jumaat.

3. Pada hari Jumaat Allah menciptakan Nabi Adam alaihissalam dan pada hari Jumaat juga baginda diturunkan dari syurga ke alam dunia.

4. Hari Jumaat ialah hari yang terbaik untuk kita membersihkan diri seperti memotong kuku, memotong rambut atau pun mencucur bulu ari-ari dan bulu ketiak.

5. Setiap insan yang meninggal dunia pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, maka ianya akan terlepas dari fitnah alam kubur. Berdoalah kepada Allah sekiranya dapat waktu ajal kita berlaku pada hari atau pun malam Jumaat, sebelum waktu subuh atau pun pada waktu subuh.

6. Pada hari Jumaat, terdapat suatu ketika yang amat berharga dimana doa menjadi sangat mujarrab, iaitu ketika Khatib sedang duduk diantara dua khutbah. Sehubungan dengan ini, gunakan kesempatan itu dengan berdoa kepada Allah, seperti memohon supaya diampuni dosa ibu dan ayah, dosa diri sendiri, minta Allah kurniakan hidayah kepada diri kita, isteri dan anak2 kita.

Rebutlah peluang yang disediakan oleh Allah pada hari Jumaat. Banyakkan bersalawat keatas Rasulullah s.a.w. . Banyakkan berzikir memuji Allah dan menyebutkan nama-namanya. Banyakkan ucapan "astaghfirullah hal 'azim".... Rasulullah s.a.w. pernah berpesan iaitu barang siapa banyak beristighfar kepada Allah pada hari Jumaat, maka Allah akan memberinya jalan keluar bagi apa jua masaalah yang dihadapinya.

Marilah kita berubah menjadi Muslim yang lebih baik pada hari ini berbanding semalam. Rebutlah peluang yang disediakan pada hari Jumaat ini. Semoga anda semua beroleh kejayaan di hari Jumaat yang mulia ini. Amin!

Banyak hari perkara hari
Mana nak sama hari Jumaat
Banyak nabi perkara nabi
Mana nak sama Nabi Muhammad s.a.w.

*******

No comments:

Post a Comment