Monday, February 7, 2011

BANTAH INTERLOK DIPINDA

MPM bantah Interlok dipinda

KUALA LUMPUR 6 Feb. – Majlis Perundingan Melayu (MPM) terdiri daripada gabungan 136 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu seluruh negara tampil mempertahankan Interlok dan mendesak kerajaan tidak membuat sebarang pindaan ke atas novel tersebut.

Presiden MPM, Datuk Dr. Kamaruddin Kachar (gambar) berkata, novel karya Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain itu digunakan sejak 40 tahun lalu dan dijadikan asas pengajaran perpaduan kaum di negara ini.

Novel itu juga, katanya, sebelum dicetak telah diluluskan oleh panel penyunting yang dilantik oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

“Sebarang pengubahsuaian terhadap Interlok ibarat satu penghinaan kepada Abdullah selaku Sasterawan Negara dan juga penulis novel itu. Ia juga akan menggugat kredibiliti panel penyunting, DBP dan maruah orang Melayu.

“Oleh itu, MPM berharap kerajaan tidak melayan sebarang ugutan atau desakan bersifat perkauman kerana tuntutan pihak tertentu mengenai Interlok merupakan tindakan simbolik mereka untuk menguji ketegasan kerajaan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. ((UM)

No comments:

Post a Comment