Wednesday, February 23, 2011

SENDUK OH SENDUK

NEKAD SELAMATKAN SUAMI: Cik Han menunjukkan cara beliau menggunakan senduk untuk memukul harimau yang menerkam suaminya pada awal bulan ini. -- Foto BHM

23 Feb 2011
Senduk inilah senjata lawan harimau

IPOH: Siapa sangka senduk besi berharga RM5 ($2) yang digunakan ketika menyediakan juadah tengah hari bagi keluarga rupa-rupanya menjadi senjata penyelamat nyawa si suami daripada dibaham harimau.

'Saya ingatkan benda yang dipegang di tangan parang, rupa-rupanya senduk kuah. Ketika itu, saya tidak memikirkan apa-apa, saya nekad untuk menyelamatkan suami daripada dibaham harimau.

'Selepas mendengar jeritan kuat suami saya terus bergegas keluar ke belakang rumah. Ketika itu, saya melihat belakang badan suami ditarik harimau belang sebesar anak lembu,' kata Cik Han Besau, 66 tahun, isteri Encik Tambun Gediu, mangsa serangan harimau ketika berburu di belakang rumahnya di Kampung Sungai Tiang, kira-kira 200 kilometer, dari sini, 12 Februari lalu.

Kejadian itu kali pertama disiarkan di akhbar setempat apabila wartawan menemu ramah Encik Tambun yang mengalami kecederaan akibat digigit di belakang tengkuk dan kesan gigitan itu turut menembusi bahagian bawah tengkuk mangsa, selain kecederaan muka serta kepala.

Cik Han ketika berkongsi detik mencemaskan itu berkata perasaan takutnya hilang selepas melihat percikan darah dan rontaan kuat daripada suami yang cuba melepaskan diri daripada cengkaman harimau.

'Saya seolah-olah dirasuk keberanian luar biasa, semata-mata untuk menyelamatkan nyawa suami. Tanpa mengira keselamatan diri, saya bertubi-tubi memukul kepala harimau itu menggunakan senduk di tangan dengan diiringi jeritan kuat.

'Mungkin terkejut dengan tindakan dan jeritan saya, harimau itu terus melonggarkan cengkaman dan melarikan diri ke hutan.

'Suami rebah di pangkuan saya dan pada ketika itu baru saya meminta pertolongan orang kampung. Suami pengsan dua kali sebelum dia dibawa ke hospital,' katanya.

Beliau yang bertubuh kecil berkata sepanjang lebih lima tahun tinggal di kampung itu, beliau dan keluarga tidak pernah terserempak dengan harimau yang sememangnya sukar kelihatan, apatah lagi bertindak menyerang manusia.

'Entah bagaimana, hari itu suami saya tidak bernasib baik kerana terserempak dengan binatang itu. Mungkin disebabkan suami saya membelakangi binatang itu menyebabkan haiwan itu menganggap suami saya adalah makanannya,' katanya, lapor akhbar Berita Harian Malaysia semalam.

Ikan haruan dimasak pindang

Ikan keli bergoreng bawang

Dihidang bersama gulai semilang

Senduk ditangan disangka parang

Selamatkan suami dimamah Pak belang

Kerana cinta kasih dan sayang

No comments:

Post a Comment