Thursday, March 10, 2011

Kisah Cemas Rakyat Malaysia Di Libya

THURSDAY, MARCH 10, 2011

Kisah dibawah ini dihantar oleh seorang pembaca kepada saya melalui e mel.

Penghantar e mel berkenaan bernama Shobry Shahid, seorang pengurus projek yang bekerja dengan Ranhill Bersekutu Sdn Bhd di Libya.

Seganas-ganas askar Libya yang memukul orang-orang lain boleh kecuali En Shobry dari dipukulnya hanya kerana ayat keramat dia dari Malaysia. Begitulah hebatnya penangan nama Malaysia.

Terima kasih diucapkan kepada Shobry kerana sudi berkongsi kisah cemasnya.

Ikuti kisahnya di bawah yang saya siarkan tanpa sebarang suntingan.

Bro RBF,

pertama sekali , terima kasih tak terhingga saya sekeluarga ucapkan diatas bantuan saudara yg telah menyiarkan rayuan saya di laman web anda pd 22 feb 2011. Baru saja sekejap tadi saya melayari web saudara kerana kami baru saja selamat sampai bersama kumpulan pertama rakyat msia pada 1hb mac.

penat, letih, cemas, bimbang, takut adalah diantara ayat2 yg mampu saya tulis disini...tiada ayat yg dapat mengambarkan keadaan disana melainkan kesyukuran kpd Allah Ta'ala yg telah menerima rayuan dan doa kami disana. keadaan masa tu begitu cemas, saya tak boleh siarkan nama masa posting sebab takut di pintas oleh pihak tertentu dan akan memudaratkan kami disana

Hari2 terakhir semasa bersama kesemua rakyat msia ke tripoli airport adalah detik yg begitu mencemaskan...kami terpaksa berdiri menunggu hampir 10 jam di luar kawasan airport pada suhu 10 darjah celcius ditemani ribut pasir yg mula mengganas pada sehari sebelum berlepas pulang.

Keadaan agak kelam kabut kerana ramai org terutama rakyat mesir berpusu-pusu unt keluar...keadaan diluar terminal seperti yg anda dilihat di medan perang...tiba-tiba kami diarah oleh pihak kedutaan unt lari keluar dr menhampiri terminal kerna rempuhan rakyat mesir telah membuat pengawal-pengawal disitu melepaskan tembakan...

tiada ayat bro...tiada ayat nak kami gambarkan....pada jam 11 mlm setelah berdiri dari jam 3 ptg...saya terpisah dr isteri dan 2 anak perempuan...sebab pengawal mula membuat 2 laluan...bayangkan persaan saya....tinggal seorang anak lelaki bersama saya pd ketika itu...hanya doa yg mampu saya bacakan... kumpulan kami masih diluar terminal...cuaca makin sejuk dan saya hampir jatuh...rakan2 lain telah meminta dgn pengawal unt membenarkan saya masuk ke terminal....alhamdulillah saya dpt masuk seorang ke dalam..tapi anak saya masih di luar... keadaan didlm terminal..pengawal memukul org ramai sesuka hati....saya terpenagkap didalam...tiba-tiba dtg seorang pengawal berpakaian askar menjerit tanya saya...mana paspot...mana mau pergi...saya cuma mampu berkata " ana safara malaise " atau saya bersama kedutaan malaysia...alhamdulillah....mereka terus berlalu tanpa mengapa-apakan saya....cuma saya seorg saja yg berdiri disitu....lain org akan dipukul....

bro....bgtau KESEMUA RAKYAT MALAYSIA......ALLAH TA'ALA TELAH MEMBERI KEMULIAAN PADA SAYA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA PADA SAAT-SAAT SAYA HAMPIR DIPUKUL...HANYA DGN AYAT KERAMAT....SAYA DARI MALAYSIA....SAYA TIDAK DIAPA-APAKAN OLEH PENGAWAL YG MEMUKUL ORG DLM TERMINAL PADA KETIKA ITU....

banyak lagi cerita yg nak saya kongsikan bersama rakyat malaysia.....AJAIB.....NAMA MALAYSIA SGT AJAIB.....BERBANGGALAH SBG RAKYAT MALAYSIA....TOLONG CERITAKAN PD SEMUA RAKYAT MALAYSIA...KALAU TAK PERCAYA...SAYA BERSEDIA BAWA MANA-MANA ORG BAIK TUAN GURU NIK AZIZ SENDIRI UNT KE LIBYA.....DATANG DAN LIHAT SENDIRI....INI LIBYA BUKAN MESIR....SESIAPA YG KENAL MESIR BELUM KENAL LIBYA...BOHONG KALAU NAK SAMAKAN MESIR DAN LIBYA....SAYA SANGGUP BAWA ANDA SEMUA UNT MELIHAT DGN MATA KEPALA SENDIRI....

bro....terlalu byk yg nak saya sampaikan..insyallah saya akan menulis lagi....penat dan letih masih belum bersurai dari diri ini lagi...

terima kasih sekali lagi bro....semoga allah membalas jasa baik tuan semua..

Salam hormat dr saya sekeluarga

No comments:

Post a Comment