Tuesday, March 29, 2011

Lee Kuan Yew menuduh banyak ketidakadilan berlaku di Malaysia

SATURDAY, SEPTEMBER 18, 2010


New York Times keluaran 1 September lalu melaporkan Lee melemparkan tuduhan kepada Malaysia dengan mendakwa terlalu banyak ketidakadilan berlaku di negara ini dengan bukan Melayu diketepikan, selain warga Malaysia dipisahkan oleh sistem persekolahan, kawasan perumahan dan tidak bercampur gaul.

Senario itu, katanya, berbeza dengan orang Melayu Singapura yang mendapat pendidikan Inggeris dan lebih ‘moden’ berbanding Melayu di Malaysia.

Malah, Lee mendakwa penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah menyebabkan bukan Melayu terpaksa menempatkan anak mereka di sekolah bukan milik kerajaan. Lee turut membayangkan Malaysia mungkin lebih baik jika tidak terpisah dengan Singapura kerana republik itu kini telah mencapai tahap yang membanggakan dalam hubungan kaum.

Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata Malaysia tidak perlukan nasihat Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew kerana mempunyai cara tersendiri dalam mentadbir negara yang penduduknya terdiri daripada pelbagai kaum.

Beliau berkata kepelbagaian dan komposisi kaum serta adat resam masyarakat di Malaysia jauh berbeza dengan Singapura.

"Kita jauh berbeza dengan Singapura dan kenyataan Lee yang mengkritik sistem diamalkan di negara ini tidak boleh diterima kerana Malaysia menggunakan langkah dan kaedah yang berlainan dalam menguruskan hal berkaitan budaya serta perbezaan agama pelbagai kaum," katanya.

Persoalan yang timbul adalah kenapakah Lee masih mempedulikan tentang hal dalaman Malaysia? Adakah Lee menjadi jurucakap kepada Cina di Malaysia yang memperjuangkan ideologi PAP iaitu Malaysian Malaysia? Adakah perjuangan ideologi tersebut sudah tidak mendapat sambutan oleh rakyat Malaysia walaupun ianya diperjuangkan bersungguh-sungguh oleh suku sakat Lee iaitu DAP?

Hubungan kaum yang baik bagi pandangan Lee adalah apabila Cina menguasai segala-galanya dari segi ekonomi, kuasa politik, kekayaan negara, pentadbiran kerajaan, ketenteraan dan sebagainya. Lihatlah apa yang berlaku kepada orang-orang Melayu di Singapura? Adakah mereka diberi keadilan yang sebenar? Masih adakah suara orang Melayu di Singapura? Mereka ditekan secara halus sehinggakan menjadi semakin lemah tidak bermaya.

Strategi menekan cara halus turut dilakukan oleh DAP dan Cina di Pulau Pinang apabila tanah-tanah orang Melayu di sebelah pulau dibeli dengan harga yang tinggi untuk menggalakkan orang Melayu menjual tanah-tanah mereka. Kemudian didirikan hartanah yang dijual pula dengan harga yang tinggi sehinggakan orang Melayu tidak mampu membelinya. Sebaliknya hartanah di tanah besar seperti di Kulim dijual dengan harga jauh lebih rendah menyebabkan orang-orang Melayu Pulau Pinang berpindah ke Kedah menyebabkan jumlah orang Melayu di Pulau Pinang semakin berkurangan dan bilangan orang Cina pula yang bertambah. Apakah ini merupakan strategi menjadikan Pulau Pinang sebagai Singapura Kedua?

Apapun alasan Lee, biarlah Malaysia bergerak dengan cara kita, mana-mana yang baik yang boleh dijadikan panduan kita akan ambil. Saya secara peribadi bersetuju dengan Lee dalam sistem persekolahan di Malaysia. Kita sepatutnya hanya mempunya sekolah kebangsaan dan sekolah-sekolah Cina dan Tamil sepatutnya dihapuskan. Tetapi bila berkaitan dengan ideologi, eloklah Lee simpan saja kerana itulah menyebabkan Singapura ditendang keluar dari Malaysia dahulu. Kita bercerai tanpa ada anak pinak yang perlu dijaga bersama, anak-anak yang kita ada sekarang adalah bukan anak Lee. Tahulah kita menjaganya.

No comments:

Post a Comment