Monday, March 14, 2011

PUISI BENCANA

gempa bumi dan tsunami
yang melanda
di Aceh, di Sri Lanka, di Thailand
di Christchurch, di China di Jepun,
meragut mencantas
banyak yang tewas
banyak yang tumpas
adakah kerana alam sudah bosan
untuk bersahabat dengan kita
atau pun Tuhan mulai marah
dengan dosa-dosa kita.

kutanyakan semua ini
kepada bulan
kepada bintang
kepada matahari
kepada e-lalang
kepada rumput yang bergoyang
dan kepada sekelian
tangan dan kaki.

selagi ada ramai insan
yang memakmurkan rumah Allah
membersih dan meramaikan jemaahnya
selagi ada ramai insan
yang menjaga ikatan persaudaraan
bersahabat kerana Allah
selagi ada ramai insan
yang beristighfar setiap masa
kerana takut kepada Allah
insha Allah
bumi didaerah itu
akan selamat.


No comments:

Post a Comment