Saturday, March 26, 2011

Serupa dan seiras itu biasa - jadi jangan terburu-buru buat kesimpulan

Selagi pengesahan secara saintifik dilakukan terhadap video yang di katakan melibatkan Anwar dalam skandal seks yang dipaparkan oleh Dato Trio baru-baru ini tidak siapa yang boleh membuat pengesahan secara sendirian. Tuduhan ini merupakan tuduhan yang serius dan perkara ini merupakan perkara yang boleh memecah belahkan negara.

Di akhir zaman ini tidak boleh sesiapa menganggapkan apa yang kita nampak benar itu betul dan apa yang kita nampak salah itu fitnah dan tidak betul. Bayangkan jika kita hidup di zaman Nuh alaihissalam dahulu mungkin kita akan percaya yang nuh adalah seorang yang gila kerana semua manusia di zaman itu percaya persepsi semua dalam masyarakat nuh itu seorang yang gila kerana membina kapal yang begitu besar di padang pasir yang berbukit-bukit. Akhirnya apabila bah besar tiba barulah terbukti bahawa orang yang di katakan gila itu adalah manusia yang mempunyai mukjizat yang besar.

Tidak ada siapa yang percaya kepada Nuh kecuali beberapa orang yang telah dibuka hijabnya oleh Allah, tuhan semesta alam. Junjungan besar Muhammad saw sendiri dikatakan oleh setengah orang Islam di Kota Mekah sebagai berbohong dan kembali murtad. Ramai kembali murtad apabila Muhammad saw memberitahu yang baginda telah di israkkan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dan seterusnya dimikrajkan dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha bersama Jibril. Muhammad saw telah menghadap Allah bersendirian di Arash dan kembali ke Mekah dalam masa setengah malam sahaja.

Tetapi kepada siapa yang telah diangkat hijab mereka terutamanya di kalangan Yahudi semasa itu terus sahaja bermusyahadah dan berkeyakinan yang inilah sebenarnya Muhammad yang mereka di beritahu akan tiba suatu masa nanti. Mereka terus tanpa berlengah-lengah lagi dan bermusyahadah dan menjadi penganut Islam yang benar-benar mukmin.

Dalam isu video yang di katakan sebagai video seks Anwar ini, kita perlu berhati-hati membuat tuduhan yang sangat serius ini. ‘Pelakon’ yang di katakan itu mempunyai iras-iras Anwar dan ini sangat merbahaya untuk dibuat kesimpulan yang muktamad terutamanya kepada kita yang belum menyaksikan video ini.

Kita semua tahu ramai manusia yang seiras dengan manusia yang lain. Contohnya kalau kita kenal dengan Shuhaimi Ibrahim kita akan lihat yang beliau adalah seiras dengan Anwar Ibrahim. Percakapan dan suara beliau sekali pun serupa dengan Anwar Ibrahim. Eskay sendiri ada iras-iras Anwar. Kalau kita tengok gambar Ahmad Said, MB Terengganu, beliau ada iras Pol Pot dari Kamboja dahulu. Rais Yatim kalau kita tengok betul-betul ada rupa Dato Aziz Sattar, pelakon veteran era P Ramlee dahulu. Saya selalu keliru apabila melihat gambar Aziz Sattar dan Rais Yatim.

Oleh yang demikian elok kita tunggu sahaja penyiasatan secara saintifik dilakukan oleh pihak yang berwajib. Jangan terburu-buru dengan sentiment politik semata-mata kerana ianya mungkin membawa mudharat kepada politik, terutamanya kepada pihak yang berkuasa.

Oleh yang demikian fokuskan lah kepada isu-isu lain yang banyak boleh diperkatakan. ( Blog Aspan Alias)

No comments:

Post a Comment