Monday, April 11, 2011

SAH TIADA TELUR TIRUAN DI MALAYSIA

POSTED BY ADMIN ON APRIL 11TH, 2011

Jabatan Veterinar pada Isnin mengesahkan bahawa tiada telur ayam tiruan ditemui di negara ini sebagaimana yang dilaporkan oleh media massa sejak seminggu lalu. Penemuan ini berdasarkan kajian persampelan yang dibuat. Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris dalam kenyataan medianya minggu lalu mendedahkan bahawa telur ayam tiruan telah dijual secara berleluasa di negeri itu.

Pendedahan tersebut telah mencetuskan kegemparan di kalangan pengguna di negeri berkenaan dan juga di seluruh negara.

Ekoran daripada itu, Jabatan Veterinar telah mengambil daya usaha untuk mengenalpasti apakah dakwaan tersebut benar atau tidak.

Pada 5 April lepas, CAP telah menerima aduan daripada pengguna yang membeli 30 biji telur tiruan itu pada harga RM11 di pasar Pulau Tikus di Georgetown.

Mohamed Idris, berkata siasatan mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.

“Komponen bahan kimia ini boleh menjejaskan kesihatan pengguna seperti mengganggu metabolisme, otak, sel saraf serta menjejaskan fungsi hati,” katanya.

Selepas itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) meminta pengguna yang terbeli telur dipercayai tiruan supaya membuat aduan segera supaya siasatan terperinci dan tindakan boleh dilakukan, kata timbalan menterinya Datuk Tan Lian Hoe.

Katanya pihaknya sukar mengenal pasti sama ada telur ayam yang berada dalam pasaran itu palsu atau tulen dan mustahil bagi pihaknya merampas semua bekalan telur.

KL-Today.com

No comments:

Post a Comment