Friday, June 17, 2011

Majikan Durjana Busukkan Nama Malaysia

Thursday, June 16, 2011

A Kadir Jasin

TERIMA kasih dan teruskan berbincang mengeai isu kepemimpinan Pas. Saya rasa ramai mendapatinya hangat dan bermanfaat. Tetapi saya rasa saya perlu segera menyentuh mengenai kes penderaan, penyeksaan dan pembunuhan pembantu rumah Indonesia oleh majikan Malaysia.

Untuk itu, saya mulakan dengan memohon maaf dan meminta izin untuk meluahkan sesuatu yang terbuku di hati saya mengenai kesesueaian orang Cina khasnya dan orang bukan Islam amnya mengambil pembantu rumah Muslim dari Indonesia.

Saya mohon kepada para pembahas supaya berhati-hati agar tidak membuat fitnah dan menghasut, tidak rasis dan tidak berbahasa kasar.

Setelah melihat dan mengulas dalam blog ini mengenai kes pembunuhan dan penyeksaan pembantu rumah Indonesia oleh majikan Cina, saya rasa sudah sampai masanya kita berhenti daripada sikap hipokrasi dan ketidakpedulian kita.

Hari ini, akhbar percuma The New Straits Times dan The Sun memukadepankan berita dan gambar sepasang suami-isteri Cina Malaysia yang dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh pembantu Indonesia mereka.

Terima kasih dan tahniah kepada NST dan The Sun. Tidak sebuah pun akhbar Melayu menyiarkan berita itu di muka depan, melainkan sebagai "blurb".

Fong Kong Meng, 55 tahun dan bininya, Teoh Ching Yen, 33 dituduh membunuh Isti Komariyah di rumah mereka di Sea Park, 5 Jun lalu. Pasangan Cina ini dituduh menyeksa Isti, menyebabkan luka di dahi dan tangannya. Dia mati di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 5 Jun.

Nama Kita Busuk

Baca laporan BBC (British Broadcasting Corporation) berikut: “A former Malaysian flight attendant who repeatedly scalded her Indonesian maid has been jailed by a court in the capital Kuala Lumpur for 18 years.

The court convicted Yim Pek Ha, 40, of three attacks on Nirmala Bonat using boiling water and a hot iron.”

The Associated Press, pula melaporkan: “A Malaysian court has charged a woman and her son with killing their Indonesian maid, a judge said Thursday, in the country's latest case of alleged abuse against foreign workers.

”Canteen operator K. Letchmy, 55, and university student K. Kannan, 26, did not enter pleas when they were charged with murder Wednesday in a magistrate court in southern Malacca state, Judge Muhamad Faizal Ismail said. If found guilty, they could face death by hanging.

”Nurul Aida M. Nur, 31, died at their home on Jan. 21. The Star newspaper reported that an autopsy showed she died of injuries caused by a blunt object.”

WWW.smc.org/ph pula melaporkan: “Ng Boon Tee, 26, a Malaysian national, was sentenced to 14 years in jail after pleading guilty to killing Indonesian domestic worker, Sumiyati Muniri, 25, on 17 April 1999. Ng, who worked for a factory owned by Muniri’s employer, had allegedly grabbed the domestic worker’s hand and attacked her following a sexual encounter at their employer’s home.”

Itu contoh sahaja. Hakikatnya mungkin banyak lagi peristiwa dan kejadian seperti itu yang dunia tahu. Malunya kita.

Sebelum lebih banyak orang Cina Malaysia atau sesiapa saja dihadapkan ke mahkamah kerana dituduh melakukan pelbagai perbuatan jenayah ke atas pembantu Indonesia mereka dan membusuk nama baik negara serta menegangkan perhubungan persaudaraan dengan Indonesia, eloklah sesuatu dilakukan.

Jangan diserah kepada mahkamah sahaja kerana bila sampai ke mahkamah, sudah terlambat.

Saya rasa, masanya sudah lama berlalu bagi kita memikir dan melaksanakan peraturan undang-undang dan moral bagi memperjelaskan pengambilan pembantu rumah Indonesia, khasnya yang beragama Islam, oleh orang bukan Islam, tak kira Cina atau bangsa-bangsa lain.

Timbang Kesesuaian Majikan

Kita perlu pertimbangkan sekali dan untuk selamanya kesesuaian orang Cina atau sesiapapun yang tidak beragama Islam mengambil pembantu rumah Indonesia yang beragama Islam.

Saya tahu orang miskin Indonesia, lelaki perempuan, perlukan pekerjaan. Mereka sanggup menjadi pembantu dan kuli di negara kita. Tetapi janganlah kita, khasnya orang Melayu dan Muslim (yang mengaku berkuasa dan beriman), bersikap tidak peduli dan lepas tangan terhadap kebajikan saudara serumpun bangsa dan seagama.

Saya tahu ramai mengalami peristiwa buruk dengan pembantu rumah dan pekerja Indonesia mereka. Saya pun tidak terkecuali. Tetapi janganlah keburukan segelintir mereka kita balas dengan sikap tidak berperikemanusiaan. Apatah lagi menyeksa dan membunuh.

Mungkin juga ramai orang Malaysia tidak layak dan tidak berhati perut untuk menjaga orang lain. Tetapi kerana mereka kaya, berduit dan berkuasa, mereka mengambil kuli dan pembantu rumah, kemudian melayan mereka macam haiwan. Mereka lebih sayang kepada anjing dan ikan kelisa mereka daripada peduli kepada pembantu dan kuli mereka.

Yang amat saya takuti, dan saya harap saya silap, adalah kemungkinan wujudnya sentimen kaum dan agama di kalangan orang bukan Melayu dan bukan Islam yang mengambil pembantu rumah Indonesia yang beragama Islam.

Melihatkan kekejaman sesetengah orang Malaysia terhadap pembantu rumah dan pekerja asing mereka, perasaan simpati dan peduli saya semakin luntur apabila membaca berita majikan tempatan diserang atau dibunuh oleh pekerja mereka.

Akhirnya, nama negara menjadi busuk dan jelik. Kerana beberapa ekor kerbau yang membawa lumpur busuk, kita semua terpalit, kotor dan jijik.

Kementerian (Keselamatan) Dalam Negeri, polis dan pihak-pihak lain yang bersangkutan mungkin tidak mahu mengaku, malah menafikan dengan sekeras-kerasnya jolokan negara kita sebagai “the murder capital of the world”. Tetapi kalau kita baca akhbar, itulah gambarannya. Wallahualam.
23 comments

No comments:

Post a Comment