Saturday, September 10, 2011

JEREBU DI KL.

Jerebu menyerang. Panas berpeluh dan berjerebu. Bangun pagi pandangaN tiada lain hanya jerebu. Rasa bertuah juga dapat tinggal di Taman Ehsan yang berkejiranan dengan Kepong Botanic Garden. Jajaran hutannya menjadi penapis mengurangkan tekanan jerebu. Walau pun hujan mencurah menderu, namun tidak mampu menghilangkan jerebu.

Biasanya jerebu hanya akan membakar kedinginan pagi dan suria senja. Tetapi kini ia terus berkekalan sepanjang hari.

Selain dari menghalang keindahan sudut paandangan mata , jerebu ini menjadi masaalah bagi mereka yg tertekan dengan masaalah alahan hidung dan mata. Masaalah sinus hidung akan tersumbat sepanjang malam. Walau pun selama ini menjadi kebiasaan dengan alahan hidung ini, tetapi kebelakangan ini ramai yang tambah tertekan dengannya. Dan ada yang tiada masaalah sinus hidung sebelum ini, tetapi tiba-tiba mereka mengidapnya sekarang. Juga ramai yang bersungut rasa keletihan yang berlebihan berbanding dengan kesihatan sebelum ini.

Hanya Allah jua yang tahu bahan kimia kandungan yang terdapat didalam jerebu itu. Dengan asakan beratus kenderaan bermotor dijalanraya, tanpa sebarang alat anti pencemaran, bayangkanlah apa yang disedut semasa setiap kali kita menarik pernafasan. Ada orang mengatakan jerebu ini berpunca dari gelombang pembakaran hutan berleluasa di Indonesia. Saya tidaklah tahu status kebenaran kata-kata ini. Hujan yang sering turun tidak juga berjaya membantu untuk membasuhnya. Bahkan nampak lebih teruk lagi. Berjalan didalam hujan lebat pun tidak ada rasa kesejukannya malah masih terdapat bahang panas.

Saya hanya berdoa semoga hujan akan menyimbah beberapa hari seterusnya untuk membasuh kejerebuan ini dan semogga kedinginan cuaca akan kembali seperti sediakala seperti sebelum ini. Walau pun begitu saya akan terus bernafas jua.

No comments:

Post a Comment