Saturday, September 10, 2011

WISMA GEYLANG SERAI

Thursday, September 8, 2011

Projek ikon masyarakat Melayu, Singapura


Kampong Melayu Geylang Serai, Singapura

Singapura : SEKITAR separuh daripada 66 penyewa di Kampung Melayu Geylang Serai telah mengosongkan kedai masing-masing menjelang tirainya dilabuhkan 26 September ini.

Baki penyewa dijangka berbuat demikian sebelum 15 September ini - tarikh terakhir mereka diberi notis mengosongkan kedai di perkampungan yang bakal dirobohkan bagi memberi jalan kepada projek ikon masyarakat Melayu - Wisma Geylang Serai.

Mengesahkan hal itu, Encik Joseph Chan, Pengurus Hartanah Malay Village Pte Ltd, syarikat pengelola perkampungan tersebut, menyatakan para penyewa memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak pengurusan dalam mengosongkan kedai masing-masing.

'Baki penyewa yang masih belum berbuat demikian hanya ada sehingga 15 September ini. Mereka perlu sedikit masa kerana baru selesai berniaga di Bazar Hari Raya,' tambahnya.

No comments:

Post a Comment