Thursday, June 25, 2009

VIRUS YANG DISEBABKAN OLEH BABI

Senarai virus yang menimpa babi begitu panjang sekali. Sebahagiannya menimpa kepada manusia. Sebahagiannya cukup bahaya dan sesetengahnya pula memberi kesan yang sederhana. Apabila virus berpindah kepada babi ianya akan membiak dalam sel-sel babi dengan jumlah yg begitu besar. Dari sini ia berpindah kepada manusia tanpa mengubah struktur kejadiannya sedikit pun. Dalam setengah keadaan virus membiak dalam sel-sel babi dan bercampur pula dgn virus-virus dari babi yg lain yg mempunyai sifat pewaris yg sama. Hasilnya muncullah virus yg baru yg membawa sifat2 yg sama antara virus manusia dg virus babi seperti yg berlaku pada virus-virus Influenza jenis A dan virus Rotavirus.

Babi dikira sumber yg paling bahaya pada kesihatan manusia.Babi menjadi sumber kepada virus2 Reservoir. Kebanyakan virus menimpa kpd individu2 yg terlibat langsung dengannya seperti penternak2, pekerja2, penyembelih dan juga Veteriner yg merawat babi. Kadang2 jangkitan timbul secara lebih menyeluruh melalui perantaraan daging, lemak dan bhg2 yg lain dari babi, yg biasa diambil oleh orang ramai dari kebanyakan benua.

Kadang2 jangkitan berlaku melalui perburuan keatas babi hutan, cemaran air minuman dan makanan bukan babi, kumbahan babi dan perantaraan beberapa jenis serangga yg membawa virus dari babi ke badan manusia ( Arthropod Vektors).

A. Japanese Encephalitis ( J-E): JE merupakan satu jenis penyakit berjangkit yg disebabkan oleh virus yang disebarkan oleh nyamuk Culex. Virus ini membiak dlm tubuh babi yang menjadi perumah. Apabila nyamuk betina Culex menghisap darah babi, ia membawa bersama virus JE ini.

Virus ini kemudiannya masuk melalui saluran di otak mangsa dimana akan berlaku keradangan pada bahagian otak ( Encephalitis ) yang bermaksud inflamasi ( keradangan ) pd otak. Apabila virus tsbt masuk kedalam saluran darah, ia akan masuk kedalam otak yg akan menyebabkan inflamasi kpd sel-sel otak dan membren disekelilingnya.

Sel-sel darah putih yg mempertahankan tisu2 otak akan melawan jangkitan tsbt. Tetapi serangan ini menyebabkan tisu-tisu otak membengkak dan boleh memusnahkan sel2 saraf , menyebabkan pendarahan dlm otak dan akhirnya otak musnah. Nyamuk Culex membiak ditempat takungan air semulajadi seperti kolam, lopak air, parit dan sawah. Biasanya nyamuk ini menggigit pd waktu senja hingga awal pagi. ( Maghrib hingga Subuh ) : antara jam 6.30 ptg hingga 6.30 pg.

Hampir 500,000 kes J-E berlaku di Asia dimana 10,000 darinya menyebabkan kematian dikalangan kanak2.

B. WEST NILE ENCIPHALATIS (WNE) - Terdapat hubungan yg akrab antara J-E dgn WNE. Virus ini disebabkan oleh nyamuk Culex dan tersebar di Afrika, Timur Tengah dan Selatan Perancis. Virus ini menyebabkan demam denggi yg membuatkan limpa menjadi bengkak dan dalam kebanyakan hal meningtis turut membengkak. Dikalangan orang tua secara khusus penyakit ini akan menyebabkan keradangan otak dan boleh membawa maut. Tetapi belum diketahui secara jelas sehingga sekarang , apakah babi memain peranan menyebarkan penyakit ini.

C. VESICULAR STOMATIS.: - Penyakit ini disebabkan oleh nyamuk Rhabdiviridae. Biasanya menimpa lembu, kuda dan babi. Terdapat virus lain yg juga berkait rapat dg virus ini iaitu dari jenis Indiana Strain dan Newjersey Strain. Agen-agen pertahanan badan yg menentang virus ini tidak dpt mengawal badan . Virus ini berpindah kpd manusia dan boleh menyebabkan beberapa jenis penyakit seperti demam dan keluar bintik-bintik disekitar mulut. Adalah diyakini nyamuk dan lalat2 pasir (Phlebotomus, Sandfly) pembawa virus ini kpd manusia.

D. FOOT AND MOUTH DESEASE:- Disebarkan oleh virus yang bersaiz kecil dikenali sebagai Picornaviridae. Banyak menimpa kuda dan babi dan tersebar secara meluas didunia. Mengeluarkan bintik-bintik disekitar mulut dan kaki dan mengganggu proses berjalan dan makan serta melemahkan mangsa. Berjangkit dgn begitu cepat sekali kpd babi dan menyebabkan kematian kpd babi muda tetapi tidak kpd babi tua, tetapi ia boleh melemahkannya.

Penyakit ini akan menimpa manusia yg ada hubungan dgn babi dan lembu2 yg terkena penyakit dan susu yg tercemar. Ia juga berpindah kpd manusia melalui pemakanan daging binatang yg menjadi mangsa penyakit atau melalui aktiviti penyembelihan dam pemerosesan binatang yg menjadi mangsa penyakit.

E. RADANG OTAK DAN HATI - ( ENCEPHALOMYOCARDITIS E.M.C. )

Penyakit ini disebabkan oleh virus Picornaviridae . Menimpa babi dlm bentuk penyakit berjangkit . Kematian mencapai 100% kpd babi muda . Virus ini juga terdapat pada tikus dan tikus mondok. Penyakit ini tersebar antara babi-babi yg memakan makanan yg tercemar dgn najis tikus mondok atau makanan yg dimakan oleh tikus tsbt.

Penyakit ini menimpa manusia hasil hubungan mereka dgn babi atau produknya atau ketika proses penyembelihan . Ia boleh menyebabkan demam yg berat dan penurunan tekanan jantung. Limpa membengkak dan lain-lain organ yg boleh menyebabkan kematian .

Disana masih banyak terdapat virus2 dan cacing2 yg merbahaya kpd manusia yg berpunca dari babi. Oleh itu tidak menjadi hairan mengapa Allah swt memperkenalkan undang-undang mengharamkan manusia memakan daging dan apa jua bahan dari BABI...bukan semua yang disediakan oleh Allah swt itu boleh dimakan.

Petikan dari buku:
BUKTI SAINTIFIK PENGHARAMANKHINZIR OLEH BASRI IBRAHIM

No comments:

Post a Comment