Friday, July 3, 2009

TAMAT SATU PERJALANAN

Hausssnya! Jemput minum.. air Bandung AlphaLipid

Hausssnya! Jemput minum.. air Bandung AlphaLipid

24 Jun, Rabu - Balik KL dgn Air Asia ( now everyone can fly ) . Marmee yg hantar ke LTA Kuching. Perjalanan tertunda 1 jam dari jadual asal 2.05pm.

25 Jun, Khamis - Bawa Proton Iswara ke woksyop untuk baiki sistem-hon yang kaput dan cuci & vacuum sekali. Beli durian sebiji di Aman Puri.

26 Jun - Hari Jumaat, ada tetamu iaitu Pak Wan Yahya dan Sdr. Wan Shahril. Kami makan tengahari di Restoren Odin, Taman Ehsan, Kepong. Kunjungan dua tetamu itu di iringi oleh hujan pagi Jumaat. Tunai solat Jumaat di Masjid Desa Jaya Kepong. Khutbahnya di bacakan oleh Ustaz Badrul Amin dengan topik perjuangan Umat Islam untuk menebus kembali Kota Suci Baitul Maqdis.

27 Jun- Sabtu pagi berkunjung ke rumah teman rapat iaitu Encik Pabir & Puan Hendon di Bandar Sri Putra Bangi. Perbualan berkisar kepada beberapa perkara, termasuklah pertanyaan apa peluang perniagaan selepas bersara. Aku syurkan perniagaan Susu Kolostrum Alpha Lipid. Mereka berdua bersetuju dan aku bekalkan borang penyertaan kepada Encik Pabir.

Kemudiannya kami kerumah Encik Razali Md. Jadi di Bandar Baru Bangi. Perbualan kami menjadi bertambah rancak dengan kehadiran Encik Yazid dan Puan Siti Hawa dari USJ. Dalam pertemuan ini, aku juga menjelaskan mengenai penglibatan aku dengan Alpha Lipid Lifeline dan kebaikan susu kolostrum ini.

Sebelah petangnya pula aku ke Majlis Persandingan anak perempuan Encik Baharum Husin dan Puan Rozi yang berlangsung di Dewan Banquet MATRADE. Selepas itu aku ke rumah Dato' Zamzamin, sahabat lama di Taman Selaseh. Kedatangan aku disambut juga oleh Datin Dani. Encik Pabir & Puan Hendon serta Encik Yazid & Puan Siti Hawa pun ada sama. Nampak banyak kulit durian yang masih baru. Rupanya mereka baru selesai menikmatinya. Masih ada beberapa ulas untuk aku. Al Hamdulillah!

28 Jun , Ahad - seperti yang telah dijanjikan, kami berkumpul makan tengahari di rumah kami di Taman Ehsan. Anak perempuan aku Rohayati yang mengaturnya. Beliau bersama suami Haziman dan puteri mereka Nur Imani dan anak lelaki aku Ariff dan Aswadi. Cik Man & Cik Ani dan rakan mereka sekeluarga dari Mengkuang Dam , Bukit Mertajam pun ada. Kedatangan mereka ialah untuk mengambil Proton Iswara yang kami jualkan kepada mereka. Perbualan ini juga tidak terlepas melengkongi kebaikan susu Alpha Lipid Lifeline.

29 Jun, Isnin - Hari terakhir pembelian susu kolostrum Alpha Lipid Lifeline untuk bulan Jun. Aku ke pejabat New Image yang baru, di Tingkat 20, Tower A, North Point, Mid Valley. Ikut bersama ialah Encik Pabir & Puan Hendon. Disini aku bertemu dengan Encik Nik Hafiz bersama isteri dan anak perempuan mereka ketika nak masuk lift. Di tingkat 20 pula, aku berjumpa dengan Encik Wan Hamidi ketika kami mengisi order form dekat pintu utama. Tak lupa aku perkenalkan Encik Pabir & Puan Hendon kepada Encik Nik dan Encik Wan. Kami masuk ke kaunter pejabat apabila nombor giliran dipanggil. Aku menempah sebanyakk 16 tin Alpha Lipid Lifeline. 10 tin untuk Encik Othman Mat dari Sri Kundang, 3 tin untuk Encik Pabir dan 3 tin untuk Encik Abdul Rashid dari Cheras Baru.

30 Jun, Selasa - Sekali lagi aku ke North Point untuk membeli Starter Kit yang dipesan oleh Tuan Haji Bujang Hamid dari Kuching dan 5 botol Alpha Lipid Lifeline Capsules. 1 botol untuk Puan Hajjah Che' Jam dari Sri Kundang buat di bawa ke Kota Suci Mekah semasa Umrah di awal Ramadhan nanti. Kawan baik aku Encik Rohani Walat dari Taman Mega Jaya, Cheras juga membeli sebotol. Baki sebanyak 3 botol lagi akan aku bawa balik ke Kuching.

1 Julai, Rabu - Makan tengahari di gerai Taman Sri Bringin, Selayang. Kemudiannnya aku ke rumah Tuan Hj. Ishak Ibrahim, bapa saudara aku ( adik allahyarhamah bonda aku ) di Taman Mesra, Kajang. Ya! Mereka sekeluarga juga merupakan pengguna Alpha Lipid Lifeline.

Dari sana aku ke rumah adik aku Sharifah di Taman Kota Cheras. Aku diberitahu, mereka telah membeli 2 tin lagi Alpha Lipid Lifeline sebagai tambahan apabila stok pertama habis.

Aku kemudiannya ke Cheras Baru sekali lagi untuk menyerahkan salinan Sijil Halal dan beberapa flyers Alpha Lipid Lifeline kepada anak saudara aku Encik Rashid.

2 Julai, Khamis - Aku berlepas balik ke Kuching. Semasa di LCCC untuk penerbangan Air Asia, aku terima SMS dari Sdr. Wan Alim minta belikan Alpha Lipid Lifeline flyers dan car stickers untuk rakan-rakan di Sibu. Tapi dah terlambat. Tahniah Wan Alim yang akan menerima royalty pada hujung bulan ini.

Sampai di Kuching jam 3.00 petang. Sebelum masuk ke terminal, semua penumpang sebok mengisi borang laporan kesihatan berkaitan H1N1 di laluan over bridge dengan bantuan petugas-petugas kesihatan.

Aku ucapkan terima kasih kepada Encik Lawrence Fong dari Yu Lee Hong Motors yang mengambil aku di airport.

Tamat satu perjalanan.

No comments:

Post a Comment