Wednesday, November 11, 2009

Halal Tour To Beijing





Alhamdulillah selamat sampai balik ke tanah air pada 9 Nov
.

Semasa pesawat Air Asia X AK5218 mendarat di KL , para penumpang bertepuk tangan kerana pendaratan yg baik sekali dilakukan oleh pilot tanpa gegaran yang selalu dialami.

Shukur kpd Allah kerana telah mengkabulkan hasrat penulis untuk menjejak kaki ke bumi China. Bila penulis merujuk kpd Ustaz Azmi tentang hadith Rasullullah yg menasihati supaya kita menuntut ilmu hingga ke negeri China, sebenarnya kata Ustaz, hadith tsbt adalah hadith yg lemah. Apa yg sebenarnya ialah " Tuntutlah ilmu hingga ke hujung dunia" Rasulullah tidak pernah sampai ke China. Yang sampai ialah seorang sahabat iaitu Saad bin Abi Waqas r.a.

Semasa dalam pesawat, penulis bertemu ramai rakyat Malaysia dari beberapa daerah seperti Kuala Kangsar, Sungai Petani, Ipoh, Johor Baru, dan Kuala Lumpur.

Sampai di Tianjin Bhai International Airport jam 7.25 pagi 4 Nov ( waktu di China sama saja dgn waktu di Malaysia).

Pemandu pelancung bagi rombongan kami ialah En. Johan, seorang pemuda bangsa China suku Han. Beliau yang berkacamata fasih berbahasa Melayu Indonesia. Sepanjang perjalanan beliau memberi penerangan berbagai maklumat. Beliau membertahu penduduk Kota Beijing berjumlah 13 juta manakala jumlah basikal pula ialah sebanyak 9 juta. Ada basikal yang manual dan juga yg menggunakan bateri. Setiap bateri boleh dicaj semula dan tempoh penggunaan setiap 10 jam perlu dicaj semula. Knderaan sepeda ( basikal sangat popular dan nejadi kegunaan utama bagi yang kurang mampu). Juga tidak terdesak didalam kesesakan jalanraya.

Jarak diantara Tianjin dgn Beijing sejauh 130km mengambil masa 2 jam bagi perjalanan dengan kereta dilebuhraya. Perajlanan dgn keretapi hanya 1/2 jam sahaja. Beliau juga menasihati supaya berhati-hati dgn pertukaran matawang Yuan China kertana banyak wang palsu yg diedar dipasaran. Beliau menunjukkan contoh wang Yuan palsu dan yg asli dengan penerangan mengenai tanda-tanda dan perbezaannya..

Johan juga menunjukkan kad prepaid untuk buat panggilan telefon ke Malaysia. Kami semua membelinya.

Suhu di Tianjin semasa sampai ialah 2 darjah C. Salji telah turun pada 1 Nov lepas. Sepanjang jalan masih kelihatan sisa salji yag masih bertompok-tompok dipinggiran jalan. Di Beijing suhu boleh mencecah dibawah paras -2C dan boleh meningkat ke paras +5C.

Sepanjang perjalanan kami dapat melihat rumah-rumah kediaman dan kebun sayor-sayoran. aku juga nampak sekumpulan burung murai sedang bermain-main ditepi jalan. Johan memberitahu tanah-tanah adalah milik kerajaan. Rumah yg dibeli adalah sebagai sewaan selama 70 tahun. Selepas tamat tempoh tsbt boleh dilanjut lagi dgn bayaran tambahan yang tertentu.

Sesampai di Beijing kami dibawa ke sebuah Muslim restoran untuk breakfast/lunch ( brunch). Kemudiannya kami di bawa ke Muslim supermarket dan juga kami melawat ke Masjid Tua Niujie lalu solat Zohor dan Asar jamak disitu.

Dari masjid Niujie kami berangkat melawat Tiannamen Square dan Forbidden City. Penulis kagum sekali dengan pemandangan sekitarannya yang cantik dan bersih. Ramai pelancung berkeliaran disitu dgn berbagai aksi. Berjalan dan berlari dgn kamera ditangan mengambil gambar itu dan ini. Tidak ada pun orang yang meludah kesana-sini.

Selepas meninjau dan bergambar di Tiannamen Square, kami melintas jalan melalui laluan bawah tanah menuju ke Forbidden City pula. Johan memberitahu bahawa istana Forbidden City mempunyai 9,999 bilik-bilik yang disediakan untuk gundik-gundik dan anak-anak perempuan. Anak lelaki apabila mencapai usia 11 tahun keatas akan disuruh tinggal di bilik yg disediakan diluar istana bersama-sama pekerja-pekerja yg lain. Dalam Forbidden City terdapa 5 buah istana semuanya. Selain dari tembok yag tinggi yg mengawalnya, ianya di lindungi oleh pengawal-pengawal dan sungai yang melengkonginya.

Selesai melawat Forbidden City, kami dibawa pula untuk menionton Acrobatic Performance. Para acrobatnya terdiri dari ana-anak dan pemuda-pemuada pada umur yg terlalu muda. Kata Johan , mereka berasal dari Provinsi Szechuan yg dulunya dilanda gempabumi. Mereka dilindungi dan dibawa ke Beijing untuk membena hidup baru. Persembahan mereka kami rakamkan melalui digital camera masing-masing. Selesai pertunjukan kami dibawa makan malam sebelum balik ke hotel.

Khamis 5 Nov,

Kami bergerak pula untuk lawatan ke Great Wall of China. Johan membacakan sebuah pepatah China yg berbunyi" Kalau anda bukan ditempat yang besar anda bukannya pahlawan" . Kesimpulannya kami akan menjadi pahlawan sebaik kami berjaya menawan Tembok Besar Negeri China.

Johan juga mengulang kembali kenyataan bahawa satu-satunya buatan manusia yg dpt dilihat melalui pandangan dari bulan ialah Tembok Besar China. Johan menasihatkan supaya jangan panjat terlalu tinggi da berhati-hati ketika mengambil hambar. Jangan sampai tergelincir. Pernah berlaku pelancung yg jatuh dan mati kerana gagal mengawal diri ketika bergambar.

Tembok ini pada peringkat dibena dari tanah dan lumpur. akibatnya sering runtuha apabila dilanda hujan lebat dan air yang deras. tetapi semasa pemerintahan Dinasti Ming , tembok ini mula menggunakan batubata yg lebih kukuh. Panjangnya 6,700km dan tinggnnya mencecah 880meter dari bawah keatas gunung Warak.

Tembok ini dibina oleh berbagai golongan rakyat dari rakyat biasa, tentera dan banduan-banduan penjara. Kanak-kanak berumur 18 tahun keatas akan dikerah dalam pembinaan tembok ini. Sekiranya ada kematian, mayat-mayat akan ditanam dibawah tembok tersebut.

Ada peristiwa sedih berlaku yg berkitan dgn binaan tembok besar ini. Seorang suri rumah yg baru 3 hari berkahwin, suaminya telah dipanggil untuk kerja pembinaan tembok. Walau pun baru 3 hari berkahwin. beliau telah mengandung anak sulungnya. Setelah penantian yg lama dan suaminya tidak juga balik, beliau nekad untuk pergi mencari suaminya. Dgn kesukaran yg amat sangat, tambahan lagi bentuk kaki perempuan China yang telah dibedung sejak kecil, beliau berjalan mencari suaminya. Beliau kemudiannya mendapat tahu suaminya telah mati.

Hal ini disampaikan kepada Maharaja dan Maharaja bersedia memenuhi permintaan perempuan itu untuk mengadakan upacara balasungkawa untuk suaminya . Perempuan itu yg memakai kalongan batu jade yg berharga dilehernya dari pemberian suaminya, berstuju dgn pelawaan Maharaja, dgn syarat ianya dibuat ditempat yg tertinggi sekali dan Maharaja hadir bersama dalam upacara tersebut. Apa yg berlaku pd hari upacara balasungkawa itu, ialah perempuan itu terjun bunuh diri dari tempat yg tinggi itu.

Kebanyakan anak perempuan akan dibendung kaki mereka sejak berumur 3 tahun. Tujuan pembedungan ini untuk menghalang mereka dari keluar rumah meningggalkan suami mereka.
Kami masuk ke Great Wall melalui pintu gerbang Badaling. Tembok besar yang mula dibena kini berusia 2,000 tahun dan yg terbaru berusia 700 tahun.

Selesai lawatan ke Great Wall kami melawat pula ke Beijing Bao shu Tong Sci-Tech Pharmacentical Co Ltd. yang mengeluarkan ubat salap, ubat gatal, terbakar dan ubat bawasir. Factory ini sudah beroperasi sejak 20 tahun yg lalu. Mereka mengeluarka produk batu PIAB yg kata nya sangat mujarrab untuk mengubati penyakit-penyakit. Cawan (mug) dan rantai tangan yg di jual disitu berkhasiat mengubat penyakit sekiaranya minum menggunakan mug tersbut. Rantai pula dipakai pada pergelangan tangan kiri, yg katanya mempunyai kaitan saraf tangan dan jantung manusia.

PR yg bertugas sangup memegang rantai besi yg dibakar panas dan jari beliau yang melecur lalu disapu dgn salap dan kemudian pulih semula dalam masa yg singkat saja. Penulis membeli ubat salap, minyak angin dan rantai tangan batu PIAB. Ada juga yg membeli mug.

6.11.2009 ( Jumaat )

Selepas sarapan pagi, kami berbelanja di sebuah shopping complex. Kami diberi masa 2 jam unutuk berbelanja. Selepas itu kami makan tengahari sebelum berangkat menunaikan Solat Jumaat.

Selesai solat Jumaat kami dibawa melawat Summer Palace ( Istana Musim Panas ). Maharaja dan Maharani menggunakan istana ini di musim panas sahaja diantara bulan April dan Oktober untuk bercuti dan menyambut harijadi mereka. Pemandangan sekitarnya sangat indah. Luasnya kawasannya ialah 290 hektar dan paling bsesar di Pusat Beijing. Pembenaan bentuk bangunan sama dengan Forbidden City. Untuk melawat keseluruhan kawasan memerlukan satu hari penuh. Tiga suku bahagian darinya ianya tasik buatan manusia dan tanah yg dikorek dijadikan bukit yang dikenali sebagai Bukit Dirgahayu. Istana Winter Palace pula kena bakar sehabisnya selama 3 bulan diserang oleh musuh-musuh dari bahagian utara. Kami memasuki istana ini melalui pintu timur dan keluar juga melalui pintu yang sama. Nampaknya kalau ahli rombongan tercicir dari kumpulan mereka, amatlah sukar untuk mengesan semula kedudukan mereka kerana pelawat terlalu ramai dan kawasan yang luas pula.

7.11.2009 Sabtu:

Hari ini kami dibawa melawatke tempat yang diberi nama DR. Tea. Kilang yang memproses chinese tea. Ada berbagai jenis teh yang di tunjukkan dengan di tunjukkan cara minumnya dan juga khasiatnya. Selepas itu kami melawat kilang Freesky yang memproses mutiara ( fresh water pearl). Dalam satu demonstrasi kami di tunjukkan jumlah mutiara mentah yg terdapat di dalam seekor shell iaitu sebanyak 20 butir mutiara semuanya. Lawatan selanjutnya ialah ke Pisat jualan kain sutera. Antara gambar-gambar yang di pamir disitu, terdapat juga gambar YAB Dr. Mahathir Mohamad bersama Presiden China. Disitu kita dapat melihat ulat-ulatsutera dan daun mulberry yang menjadi makanannya. Juga kami dapat melihat sutera mentah sebelum diproses menjadi kain.

Kami juga dibawa melawat ke Stadium Olimpik 2008 - Stadium srang Burung dan Kolam renang Blue Cube.

8.11.2009 Ahad
.

Hari ini kami berbelanja lagi. Sampai ada yg kehabisan wang Yuan China yg dibawa. habis membeli belah kami makan tengahari dan tunaikan solat Zohor dan Asar sekali secara jamak. Sebelah petangnya kami berlepas ke Tianjin. Kami bersiar-siar dibandar Tianjin sementara menanti makan malam. Selesai makan malam kami dibawa ke hotel untuk bermalam. Kmi diperlukan berada di lobi hotel esoknya Isnin 9 Nov jam 5.00 pagi untuk berangkat ke Tianjin Bhai International Airport.

9.11.2009 Isnin - Selamat Tinggal Beijing dan Tianjin.

Pesawat Air Asia X berlepas meninggalkan Lapangan terbang Tianjin pada jam 8.20 pagi.

Tak jauh seluang melaut. Akhirnya balik ke tepi juga. Itulah ibaratnya perjalanan ini. Bumi Malaysia ini tanah air kita. Tanah air datuk nenek kita dan tanah air anak cucu jenerasi kita yang akan datang. Jagalah sebaik-baiknya. Belajarlah hidup rukun dan damai, walau pun kita berbagai kaum dan berbagai budaya dan kepercayaan. Semuanya bergantung kepada pendekatan yg kita ambil. Buat baik berpada-pada. Buat jahat jangan sekali. Kalau asal benih yang baik. Jatuh ke laut menjadi pulau. Buatlah baik wahai kawan. Kedalam laut kamu campakkan. kalau tidak dikenal ikan. Tuhanmu tahu ia kah bukan?

********

No comments:

Post a Comment