Saturday, November 21, 2009

MISTERI SOLAT SUBUH -SOLAT SUBUH SUATU UJIAN

Memang mudah lidah mengatakan kalimat ISLAM, namun begitu amat susah untuk menanamkan IMAN di dalam hati.

Al Quran Surah Al Hujuraat ayat 14: “ Orang2 Arab berkata ; “ Kami telah beriman” . Katakanlah wahai Muhammad: ‘ Kamu belum beriman, ( jangan berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu, berkatalah sahaja : KAMI TELAH ISLAM.” Dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah dan Rasulnya ( zahir dan batin ), Allah tidak akan mengurangkan sedikit pun dari pahala amal2 kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasehani.”

Kebanyakan ungkapan tidak selari dengan keyakinan hati. Begitu juga, beribu-ribu ungkapan lisan tidak sesuai dengan amalan. Mungkin yang benar dan jujur adalah mereka yang sama antara perkataan dengan perbuatannya. Perkataannya seiringan dengan apa yang ada di dalam hati.

Sedangkan orang munafik , secara zahir kelihatan baik, dan bersih. Namun hatinya keras bagaikan batu ( atau pun lebih keras lagi).

Allah mengetahui setiap sesuatu yang ada didalam hati. Mengetahui mata yang tidak jujur dan segala yang tersembunyi di dalam dada. Mengetahui orang yang munafik dari yang Mukmin, serta mengetahui pendusta dari yang jujur.

Namun, terserah pada kehendakNya ( Allah) untuk memberikan ujian2 tertentu , demi mengetahui rasa hati yang tersembunyi, serta menunjukkan siapa yang hanya pandai berbicara tetapi tidak pernah melakukan atau meyakini sesuatu, namun tidak merealisasikannya.

Tujuan ditampakkan rahsia hati itu kerana Allah SwT ingin menegakkan hujjah (alasan) atas manusia, agar dihari kiamat kelak tidak seorang pun merasa dizalimi dan teraniaya. Mereka diberi ujian . Akan tetapi sebahagian besar dari nya , mereka gagal dalam ujian tersebut.

Selain dari itu, Allah SwT ingin membersihkan orang Mukmin dari orang munafik dengan ujian, sebagai rahmat dariNya (Allah) bagi orang Mukmin, kerana percampuran antara orang Mukmin dengan golongan munafik akan melemahkan barisan, mengujudkan kacau-bilau yang akhinya membawa kepada kekalahan serta kehancuran.

Allah SwT berfirman perihal orang2 munafik di dalam Surah At-Taubah Ayat 47:-

“ Kalaulah mereka keluar bersama kamu, tidaklah mereka menambahkan kamu melainkan kerosakan dan tentulah mereka menjalankan hasutan diantara kamu, ( dengan tujuan ) hendak menimbulkan fitnah ( kekacauan) dalam kalangan kamu, sedang diantara kamu ada orang yang suka mendengar hasutan mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan orang2 yang zalim”.

Jadi, rahmat Allah SwT kepada orang Mukmin diiringi ujian. Ujian ini akan membezakan antara Mukminin dan munafik, jujur dan dusta.

Ia merupakan sunnah Tuhan. Allah Swt menjadikannya sebagai kayu ukuran, semenjakNabi Adam a.s. hingga hari kiamat. Allah berfirman dalam kitabNya Al Quran Surah Al-‘Ankabut ayat 1 -3:

“ Aliff, Laam, Miim! Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan berkata; ‘ Kami BERIMAN”, sedangkan mereka tidak di uji ( dengan sesuatu cubaan)? . Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengujiorang2 yang terdahulu daripada mereka, maka ( dengan uijian yang demikian ) , nyata apa yang diketahui Allah tentang orang2 yang sebenar-benarya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang2 yang berdusta.”

A. BENTUK UJIAN: Ujian memiliki ciri-ciri khusus;

Pertama: Ujian mstilah susah. Sebab, jika ia senangdan mudah, maka semua akan lulus, baik Mukmin mahupun munafik. Akhirnya, ia tidak dapat membezakan diantaraMukmin dan munafik.

Kedua: Ujian itu bukanlah sesuatu yang mustahil. Sebab, kalau ia sesuatu yang mustahil, maka kedua2nya akan gagal, baik Mukmin mahupun munafik.

Ketiga: Ujian ini mestilah seimbang. Ertinya , orang munafik sukar melepasinya. Namun , bukan bererti ia mustahil dilakukan sehingga terbuka kesempatan bagi Mukmin untuk lulus dalam ujian tersebut.

Ujuan Allah SwT untuk hambaNya bukan sedikit, bahkan ia berterusan sejak manusia mula mukallaf sehingga datangnya KEMATIAN.

Jihad dijalan Allah merupakan ujian. Bahkan jihad merupakan ujian yang berat, namun bukan mustahil dilakukan. Sebab, orang2 Mukmin boleh lulus dalam ujian ini. Sedang orang munafik tidak akan dapat melepasinya.

Infak dijalan Allah adalah ujian. Ujian ini sukar, bukan sesuatu yang mustahil. Orang Mukmin mampu melaksanakannya sedang orang munafik tidak akan mampu.

Begitu juga berbuat baik sesama manusia, menahan amarah, redha dengan hukuman Allah dan berbuat baik kepada orang tua juga merupakan sebahagian daripada ujian. Demikian seterusnya, hingga seluruh aspek kehidupan ( menurut pandangan ini ) adalah ujian. Allah berfirman di dalam Al Quran ,Surah Mulk Ayat 2: “ Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup ( kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu , siapakah diantara kamu yang lebih baik amalnya dan Dia Maha Kuasa ( membalas amal kamu ), lagi Maha Pengampun, (bagi orang2 yang bertaubat).”

Ujian ada pelbagai peringkat kesusahan. Seorang Mukmin mesti lulus dalam semua ujian untuk membuktikan kebenaran imannya dan untuk menyelaraskan antara lisan dan hatinya.

B. UJIAN YANG BERAT:

Sesungguhnya inilah ujian. Ujian yang sukar, namun bukan sesuatu yang mustahil. Nilai tertinggi dalam ujian ini ( bagi seorang lelaki) ialah solat Subuh secara rutin berjemaah di masjid.

Bagi perempuan pula, solat Subuh lebih tepat pada waktunya di rumah. Manusia dianggap gagal dalam ujian penting ini apabila mereka solat tidak tepat pada waktu yang telah ditetapkan oleh Allah Swt.

Ada berbagai cara manusia menunaikan solat fardhu. Ada yang mengerjakan sebahagian solat di Masjid, namun mninggalkan sebahagian yang lain. Ada yang mengerjakan solat sebelum habis waktunya tetapi dilakukan dirumah. Dan ada yang mengerjakan solat setelah waktunya habis.

Yang terbaik diantara mereka ialah yang mengrjakan solat wajib secara berjemaah di Masjid di awal waktu. Rasullullah SAW telah membuat pengukuran yang membezakan orang Mukmin dengan orang yang munafik.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA, dia berkata bahawa Rasullullah SAW bersabda yang bermaksud:

“ Sesungguhnya solat yang paling berat bagi seorang munafik ialah solat Isha dan solat Subuh. Sekiranya mereka ketahui apa yang terkandung di dalamnya, nescaya mereka akan mendatangi keduanya sekali pun merangkak. Sesungguhnya aku ingin menyuruh melaksanakan solat lalu ia dirikan, kemudian aku perintahkan orang lain untuk bersolat bersama dengan orang ramai. Kemudian beberapa lelaki berangkat bersama aku dengan membaw kayu , pergi ke suatu kaum yang tidak menghadhiri solat berjemaah sehingga aku berazam mahu membakar rumah mereka.” (HR Al-Bukhari dan Muslim).

Cuba kita bayangkan, betapa besar masaalah ini dan betapa besar bala yang akan menimpa , sehingga Rasullullah SAW (pemimpin yang dikenali dengan sifat kasih sayang dan kelembutan ) berazam mahu membakar rumah mereka.

Namun, penulis melihat pancaran kasih sayang dan kelembutan dalan kalimah tersebut. Dengan ungkapan lain, , Rasullullah sebenarnya ingin menyelamatkan umat dari api akhirat dan menakutkan mereka dengan api dunia. Meskipun antara api akhirat dan api dunia amat jauh perbezaannya.

Apabila Rasullullah meragui keimanan seseorang , Baginda akan memerhatikan solat subuhnya. Apabila didapati orang tadi tidak melakukan solat Subuh, maka benarlah apa yang Baginda ragui itu.

Ubai bin Ka’ab RA berkata: “ Rasullullah pernah solat Subuh, kemudian bersabda “ apakah kamu menyaksikan si fulan bersolat?’ Mereka menjawab “ tidak” . Baginda bersabda lagi: “ si fulan?” “ Mereka menjawab: “ Tidak”, maka banginda pun bersabda yang bermaksud: “ Sesungguhnya dua solat ini ( Subuh dan Isya ) adalah solat yang berat bagi orang munafik. Sesungguhnya jika mereka mengetahui apa yang ada dalam solat Subuh dan Isya , maka mereka akan mendatanginya sekali pun dengan merangkak”. (HR Ahmad dan an-Nasa’i).

Orang munafik tidak mengetahui kebaikan solat Subuh berjemaah dimasjid. Sekiranya mereka tahu, nescaya mereka akan pergi ke masjid , walau pun dalam apa jua keadaan , sebagaimana sabda Rasullullah: “ Mereka akan mendatanginya, sekalipun dengan merangkak”.

Alangkah baiknya kalau ada seorang lelaki yang tidak mampu berjalan dan tiada orang yang membantunya bergerak, namun dia tetap berkeras mahu pergi ke masjid. . Dia merangkak dan merayap di atas tanah untuk mendapatkan kebaikan solat subuh berjemaah.

Sekiranya kita mengetahui betap besarnya nilai Solat ini, kemudian kita saksikan ada orang yang meninggalkan solat Subuh di masjid, maka kita akan mengetahui betapa besarnya musibah yang telah menimpa mereka.

Ini bukan menuduh mereka yang tidak mendirikan solat Subuh berjemaah di masjid sebagai munafik. Penulis bukan berkuasa menghukum orang lain . Allah Maha Tahu setiap keadaan setiap Muslim. Namun penulis mengutarakan perkara ini agar kita dapat memperbaiki diri sendiri, orang yang kita cintai, anak2 kita serta sahabat kita.

Kalau seorang meninggalkan solat ini dengan sengaja, maka kesengajaan tersebut adalah bukti nyata dari sifat kemunafikannya. Barang siapa yang ada pada dirinya sifat ini, hendaklah dia segera bermuhasabah untuk mengelak hayat hidup diakhiri dengan su’ul khatimah ( kesudahan yang keji). Oleh itu, marilah kita mohon kepada Allah agar mengurniakan kepada kita semua kaum Muslimin, kesihatan , keselamatan dan husnul khatimah (kesudahan yang baik).

Dr. Raghib as-Sirjani.

No comments:

Post a Comment