Wednesday, January 27, 2010

Khasiat SUSU

Setiap 100 gram susu mengandungi pembakaran sebanyak 70.5 kilokalori, protein sebanyak 3.4 gram, lemak 3.7 gram, mengandungi kalsium sebesar 125 miligram, sementara prosentase penyerapan dalam tubuh sebesar 98% - 100%.

Didalam susu terkandung vitamin B2 dan vitamin A, selain protin juga terdapat macam-macam asid amino yang penting untuk pertumbuhan tubuh. Sekarang, susu lembu disenaraikan sebagai bahan makanan dengan kandungan vitamin lengkap, juga sebagai “darah putih” yang membantu kesihatan tubuh manusia.

Orang yang mengamalkan minum segelas susu setiap hari sekurang-kurangnya mendapat 11 macam manfaat :

1. Susu mengandungi potassium, yang dapat menggerakan dinding pembuluh darah pada saat tekanan darah tinggi untuk menjaganya agar tetap stabil, juga dapat mencegah penyakit darah tinggi dan penyakit jantung.

2. Dapat menaturalais racun seperti logam, timah dan cadmium dari bahan makanan lain yang diserap oleh tubuh.

3. Kandungan lemak di dalamnya dapat memperkuat daya tahan fungsi saraf, mencegah pertumbuhan tumor pada sel tubuh.

4. Kandungan tyrosine dalam susu dapat mendorong hormon kegembiraan—unsur serum dalam darah tumbuh dalam skala besar.

5. Kandungan sodium, zinc dan lecitin dapat meningkatkan secara drastis kecekapan kerja otak utama.

6. Zat besi, tembaga dan vitamin A dalam susu mempunyai fungsi terhadap kecantikan iaitu dapat mempertahankan kulit agar tetap bersinar.

7. Kalsium susu dapat menambah kekuatan tulang, mencegah tulang menyusut dan patah tulang.

8. Kandungan magnesium dalam susu dapat membuat jantung dan sistem saraf tahan terhadap keletihan.

9. Kandungan zinc pada susu lembu dapat menyembuhkan luka dengan cepat.

10. Kandungan vitamin B2 di dalam susu lembu dapat meningkatkan ketajaman penglihatan.

11. Minum susu sebelum tidur dapat membantu tidur.


*********

No comments:

Post a Comment