Wednesday, January 19, 2011

SAYANGKAN FANDI AHMAD

12 Jan 2011 - FORUM

Jika sayang Fandi, tolonglah taja

SAYA ingin mengulas pandangan Sharifah Norjannah Al-Qudsy, Fandi lebih bertuah daripada P. Ramlee (BH, 5 Januari).

Kita akui Fandi Ahmad memang hebat dan pernah menjadi satu-satunya anak Melayu yang berjaya dalam sukan bola sepak dan digelar jutawan suatu ketika dulu. Tetapi Fandi menghadapi masalahnya sendiri.

Namun, Fandi tekun tentang kerjayanya dan masa depan anak-anaknya yang menunjukkan potensi dalam bola sepak dan saya fikir Fandi patut mendedahkan anak-anaknya di Eropah demi memberi yang terbaik untuk mereka.

Memang di sini ada sekolah sukan tetapi belum setaraf dengan sekolah sukan luar negara yang melahirkan pemain bola sepak bermutu yang menerima bayaran tinggi mencecah jutaan dolar.

Fandi sungguh bernasib baik mendapat tajaan seorang bangsa bukan Melayu untuk menaja beliau dan anak-anaknya ke Eropah.

Kita tidak boleh mengaitkan nasib Fandi dengan masalah masyarakat kita yang masih terkial- kial mengumpul dana untuk anak mereka kerana si penaja bukan Melayu.

Malah, kita harus sokong si penaja kerana walaupun bukan berbangsa Melayu, beliau sanggup menaja Fandi dan keluarga.

Apakah ada anggota masyarakat kita yang berwang hendak menaja Fandi?

Akhir sekali, memang masyarakat yang berjaya adalah masyarakat berilmu. Tetapi pemain bola sepak yang baik dan berkebolehan juga akan berjaya, malah dalam masa yang lebih singkat, kerana pendapatan mereka yang lumayan membolehkan mereka bersara sebelum menjangkau umur 40 tahun – tidak seperti kebanyakan kita yang hanya boleh bersara pada umur 62 tahun atau lebih.

Norazhar Hussin

No comments:

Post a Comment