Thursday, March 10, 2011

SEDEKAH AKAN MENCEGAH BENCANA

BANTUAN ITU SAMA BESAR DENGA KESULITAN

Dan didalam segala sesuatu bagiNya tanda yang menunjukkan bahawa DIA MAHA ESA.

Bersedekah adalah pintu besar yang boleh melapangkan dada dan terbukanya fikiran. Sesungguhnya sesiapa yang memberikan kebaikan akan dibalas oleh Allah didunia ini dengan melapangkan dadanya, menanamkan kepadanya kesenangan dan sukacita, cahaya dan keluasan pandangan, sentosa dalam hidupnya.

Bersedekahlah walaupun hanya sedikit, janganlah menghinakan sesuatu yang telah engkau sedekahkan, baik sebiji buah kurma, sesuap makanan, seteguk air atau pun setitis susu. Hadiahkanlah kepada orang miskin dan berikanlah kepada orang yag sengsara. Berilah makan kepada orang yang kelaparan , lawatilah orang yang sedang sakit, maka pada saat itulah kamu akan mendapatkan bahawa Allah meringankan bagimu kebimbangan dan kebingungan dan kesedihanmu.

Maka sedekah adalah ubat yang hanya boleh diperolehi dalam apothecary Islam.

Seorang lelaki mengadu kepada Abdullah bin Al Mubarrak dan berkata padanya " Wahai Abu Abdur Rahman, aku terkena luka pada lututku sejak tujuh tahun yang silam, dan aku telah bertanya pada para tabib, telah diubati dengan berbagai ubatan, namun tidak memberikan manfaat apa pun".

Al Mubarrak berkata:" Pergilah dan carilah tempat yang diperlukan oleh manusia adanya air pada tempat tersebut, lalu galilah sebuah telaga pada tempat tersebut, aku berharapa agar ada pada tempat tersebut mata air yang memancar dan dengannya darah darahmu akan terhenti dari mengalir".

Lelaki itu pun melakukan apa yang disebut oleh Al Mubarrak, dan akhirnya dia pun sembuh.

Hal ini bukanlah sesuatu yang anih! ...

sesungguhya Rasullullah s.a.w. telah bersabda: " Ubatilah orang yang yang sakit diantara kamu dengan bersedekah".

Rasullullah s.a.w. bersabda lagi: " Sesungguhnya sedekah itu akan memadamkan amarah Tuhanmu dan menolak kematian yang tidak baik".

Petikan dari Buku Wanita Yang Paling Bahagia Di Dunia.

No comments:

Post a Comment