Tuesday, April 5, 2011

SARAWAK LIFELINE

Asalnya blog ini diberi nama SARAWAK ALPHA LIPID LIFE LINE. Tujuan nya untuk mempromosi susu kolestrum produk dari New Zealand. Selepas beberapa lama terlibat dengan Alpha Lipid, saya beralih pula ke produk lain ialah BOSLAND produk susu mutiara keluaran Malaysia pula.

Dengan peralihan produk, saya ubah tajuk Blog ini kepada SARAWAK LIFELINE sahaja dengan menanggalkan Alpha Lipid. Tajuk blog ini mungkin akan berubah lagi selepas ini, kerana saya akan berpindah pula ke Kuala Lumpur pada bulan Mei hadapan. Sudah tentu nama Sarawak tidak lagi bersesuaian. Tapi belum jadi kata putus. Masih dalam pertimbangan.

Kandungan blog ini kebanyakan nya bukan penulisan tangan saya. Banyak yang "copy and paste" saja. Sebabnya: saya bukannya pandai menulis, tetapi berhasrat memiliki blog sendiri. Yang jelas pendirian saya ialah cuba menjauhi rencana=rencana provokasi politik tanahair. Bukan saya tak minat politik. Terang2 saya katakan saya ini penyokong kerajaan. Tapi saya ada prinsip iaitu mana yang betul, saya akan tetap katakan betul dan begitulah sebaliknya.

Alhamdulillah, setakat ini jumlah pelawat ke blog telah mencapai jumlah 4,000+ sejak pembukaannya 2 tahun yang lalu.

Okey! Setakat inilah dulu.....nanti bersambung lagi!


No comments:

Post a Comment