Thursday, September 1, 2011

LAGENDA MAT INDERA @ AHMAD BIN INDERA

Kalau korang pernah dengar tentang serangan balai polis Bukit Kepong tahun 1950 an dulu tentu korang tahu yang menyerang Bukit Kepong tu adalah komunis, yang mana serangan tu telah mengorbankan banyak jiwa para polis Melayu. Tapi tahukah kalian nama yang dikaitkan dengan peristiwa serangan Bukit Kepong itu kononnya diketuai oleh seorang anggota komunis Melayu bernama Mat Indera..?

Siapa Mat Indera..?

Nama penuh Mat Indera ialah Ahmad Bin Indera seorang berdarah pahlawan daripada keturunan datuk bentara Husin Lela pahlawan siak seri Inderapura yang menjadi panglima kanan Sultan Sharif di Siak. Mat Indera ni bukan calang2 pemuda kerana dia hafaz Quran iaitu seorang Hafiz yang juga merupakan murid kepada seorang guru agama iaitu Kiai Haji Fadzil Bentan. Dilahirkan pada tahun 1920 di Kampung Gombak, Batu Pahat, Johor Darul Takzim.

Beliau telah masuk ke hutan pada tahun 1948 dan berjuang secara gerila pada tahun 1948 bersama komunis demi menumbangkan kerajaan British di Tanah Melayu. Disebabkan itulah pihak British menimbulkan propaganda mengatakan Mat Indera seorang yang ganas serta Melayu yang tidak beragama. Mat Indera juga menjadi ketua komunis Melayu di daerah Batu Pahat, Muar dan Melaka.

Pelbagai usaha yang telah dijalankan oleh pihak British untuk menangkap Mat Indera tetapi usaha mereka sia2 kerana ilmu ghaib dan ilmu kebal Mat Indera yang sangat tinggi. Akhirnya pada malam 14 oktober 1952, Mat Indera diajak ke sebuah perjumpaan di kampung seri Medan, dan dihidangkan tempe goreng dan air kopi yang bercampur dgn kecubung, menyebabkannya rasa mengantuk dan mabuk, maka segala tangkal dicabut dan beliau ditewaskan. Tangan diikat dgn lalang dan dibawa ke balai polis seri medan. dipercayai kehilangan tangkal dan ikatan lalang menggugurkan semua kekuatan ilmu kebal.

Mat Indera dipenjarakan di beberapa tempat, dari Batu Pahat ke Johor Bahru, Pulau Pinang, Pudu dan Taiping. Di dalam penjara mat Indera didera.Akhirnya Mat Indera menjalani hukuman gantung sampai mati pada jam 11 malam 30 Januari 1953 di Penjara Taiping.Jenazahnya dikebumikan di Kampung Jambu Air, Taiping.

Mengenai serangan di Bukit Kepong, dipercayai dia yang mengetuai serangan ke atas Bukit Kepong, namun dia sendiri tidak menyangka ahli2 komunis berbangsa asing ( ca ya nun alip ba alip ba ya bi..haha ) di bawah arahannya akan bertindak sezalim itu dengan membakar mayat mangsa2 korban di Bukit Kepong. Dikatakan jika bukan kerana dia yang memberi arahan untuk menghentikan serangan ke atas Bukit Kepong pasti kekejaman yang dilakukan oleh komunis akan bertambah teruk lagi.

Dulu aku pernah dengar cerita dari atok aku, seorang polis bersara yang pernah bertugas di Bukit Kepong yang Mat Indera pernah mengacukan senapang pada seorang komunis supaya berhenti bertindak dengan lebih kejam ke atas mayat mangsa kebakaran di Balai Polis Bukit Kepong. Wallahualam.

Hero atau pengkhianatkah dia..?

Mat Indra

Text by along anaz.

3 comments:

  1. Mat Indera yang dikatakan seorang yang 'alim dan hafiz al quran dan mendalam ilmu agama Islamnya. Bagaimana dalam masa yang sama ada tangkal pada tubuh badannya. Bagaimana orang yang mendalam ilmu agamanya dan hafiz pula mempercayai tangkal. Bagi seorang yang mempunyai akidah yang mantap sudah pasti kuat kebergantungannya pada Tuhan amat mantap.

    Cerita tersebut nampak ada kecelaruan dan tidak seiring. Seorang yang kuat agama, mantap ilmunya, berkawan dengan komunis dalam hutan dan dalam masa yang sama mempercayai tangkal. Saya confuseddd!

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Saya ingin berkongsi sedikit pengetahuan saya Tabuan Mas.
    Menurut Allahyarham ayah saya, Mat Indera sememangnya seorang pejuang yang tidak suka dengan British. Beliau bukannya seorang Komunis seperti yang didakwa. Beliau bertindak memerangi British secara gerila tapi malangnya tidak ramai orang Melayu yang sanggup mengikuti beliau. Berjuang bersama Komunis bukan bererti bahawa beliau mengikuti ideologi itu.
    Saya amat percaya kepada cerita arwah ayah saya kerana hubungan antara arwah ayah dan Mat Indera. Malah, mereka pernah bersama-sama masuk ke hutan dan arwah ayah menceritakan detik2 cemasnya bertemu Bintang 3!

    Mengenai tangkal dan azimat seperti komen Tabuan Mas, insyaAllah saya pasti itu hanya exaggeration. Banyak cerita2 mengenai beliau, seperti bagaimana isteri Mat Indera dikatakan meraung-raung di mahkamah apabila hukuman dijatuhkan sedangkan beliau tidak pernah bernikah!

    Wallahualam.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih Anony atas penjelasan itu....ulasannya saya itu hanya berdasar kepada bacaan sahaja...dengan penjelasan tuan ini
    dapat menseimbangkan pengetahuan saya mengenai allahyarham Mat Indera...salam.

    ReplyDelete