Saturday, December 26, 2009

AIDAN GENAP SATU TAHUN

Saya mempunyai dua orang cucu. Yang pertama Nur Imani lahir pada 20 Mei 2008. Yang kedua Aidan Sulaiman Hong Wu. Anak Satu Malaysia. Bapa dia orang Melayu dan emak dia keturunan China berasal dari Kuching. Aidan lahir pada 25 Disember 2008.

Sehubungan dengan itu, semalam, ketika semua oran bercuti sempena Hari Krismas, Aidan menyambut hari jadinya yang pertama. Ada kek besar disediakan oleh Kongkong untuk beliau. Tetapi belum sempat ianya dipotong dgn pisau, dia terlebeh mencucuknya dgn jarinya yang sangat pantas.

Rasa sangat terhibur dengan telatah Aidan. Senyumannya meleret panjang tak habis-habis.

Sebelahnya malamnya pula kami berkumpul di Topspot, medan selera makanan laut yang terkenal di Kuching. Kongkong denan Pohpoh, saya dan Ayang dan Aidan bersama bapanya Akmal dan emaknya Syafikah. Banyak juga lauk yang ditempah,seperi ikan pari bakar sambal belacan, Talapia sweet and sour, Udang sambal dan Ketam blackpepper. Sayur pula ialah terung sambal dan Pucukpaku belacan. Sedap hidangannya.

Aidan diletakkan dikerusi kanak-kanak. Dia bermain-main disitu, sambil makan apa yang sesuai disuap oleh emaknya.

Seperti biasa beberapa pengambilan gambar-gambar dilakukan dari camera digital yang kami bawa.

Demikian secoret kisah semalam.


********

No comments:

Post a Comment