Sunday, December 27, 2009

SELAMAT TAHUN BARU 2010


Selamat menyambut Tahun baru 2010.

Oleh kerana saya dilahirkan pada tahun 1950, maka tahun 2010 membawa saya ke era 60an. Apa yang perlu saya lakukan ialah banyakkan ibadat kepada Allah, jaga kesihatan diri, aktif beriadah setakat yang mampu. Saya juga berhasrat untuk melancung, dalam dan luar negara, samaada jauh atau pun dekat. Ibadat Haji saya tunaikan pada Nov 2008. Umrah pula telah sempat lakukan pada April 2008 dan September 2009 di bulan Ramadhan yang lalu. Semoga Allah meredhainya.

Sepanjang hayat yang dikurniakan Allah, saya berkesempatan sampai di New Zealand, Australia, Sumatra, Papua New Guinea, Vanuatu, Sri Lanka, Maldives, USA, Canada, China, Thailand dan Singapura, dalam rangka tugas dan melancung.

Pada tahun 2010, saya berhasrat untuk sampai di Benua Eropah, Insha Allah.

Bukan tujuan saya untuk berbangga diri, saya khushuk kpd Allah jua yg memberikan peluang kepada saya untuk sujud menyentuh dahi ini di setiap bumi yang saya lawati. Alhamdulillah. Anda yang berkemampuan dan peluang, lawatilah kemana-mana bumi Allah untuk melihat kekuasaan dan kekayaanNya. Apabila anda berada dinegara lain, akan timbul rasa insaf dan bangga kerana lahir sebagai Anak Malaysia dan menyedut udara di bumi bertuah ini.

Sehubungan dengan ini saya ingin mengajak anda pembaca semua untuk mengambil peluang bermuhasabah, meninjau perjalanan sepanjang tahun 2009. Tahap pencapaian kita, samada ibadat kita, sedekah jariah, kesihatan, ilmu dan pergaulan sesama insan. Ukuran itu boleh menjadi panduan untuk perjalanan ke tahun 2010.

Sebagai insan yang terlibat dengan penjualan Susu Kolostrum Alpha Lipid Lifeline, saya berhasrat untuk melihat lebih ramai orang yang sihat. Sekurang-kurangnya pelanggan saya memberitahu beliau telah sembuh dari sesuatu penyakit, selepas amalkan minum produk ini. Kegembiraan saya lebih memuncak dengan berita sebegini.Semoga Allah memberi ilham kepada anda semua membuka peluang kepada diri sendiri untuk mengamalkan minum produk ini demi kesihatan anda.

Saya ucapkan terima kasih kepada semua downline saya dan juga pelanggan-pelanggan yang telah memberi kepercayaan kepada Alpha Lipid Lifeline susu kolostrum yang terbaik di dunia.

SELAMAT TAHUN BARU.


***********

No comments:

Post a Comment