Monday, December 28, 2009

MISTERI SOLAT SUBUH

WAKTU YANG MENJADI SAKSI.

Allah Ta'ala mengagungkan Waktu Subuh di dalam al Quran. Dia tidak pernah bersumpah di dalam kitabNya dengan waktu solat kecuali Solat Subuh dan Solat Asar. Allah Ta'alah berfirman yang bermaksud: " Demi waktu fajar. Dan malam yang sepuluh ( yg mempunyai kelebihan disisi Allah )".
( Surah Al-Fajr, ayat 1-2)

Waktu ini adalah yang menjadi saksi. Waktu yang disaksikan hamba Allah yang mulia. iaitu para Malaikat! Semua Malaikat yang ada di langit turun ke bumi untuk menyaksikan solat Subuh!

Diriwayatkan dari Abu Huraiah r.a, bahawa dia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: " Solat berjemaah lebih utama dari solat bersendirian dengan 25 kali ganda. Malaikat penjaga malam dan siang berkumpul pada waktu Subuh."

Mengapa Allah meninggikan darjat solat ini dan menjadikannya sebagai waktu pertemuan para Malaikat penjaga malam dan siang?

Pada hadith riwayat Abu Hurairah r.a. disebutkan bahawa bahawa Rasulullah s.a.w. menjelaskan tentang Malaikat penjaga malam. Para Malaikat terus naik ke langit setelah menyaksikan solat Subuh.

" Kemudian naiklah para malaikat yang menyertai kamu pada malam itu, lalu Tuhan bertanya kepada mereka ( padahal Dia lebih mengetahui keadaan mereka) . " bagaimana hamba-hamba ku ketika kamu meninggalkan mereka?". Maka Malaikat menjawab: " Kami tinggalkan mereka dalam keadaan bersolat dan kami temui mereka dalam keadaan solat juga". ( HR al-Bukhari).

Renungkan sejenak, ada perbezaan yang besar, ketika mengatakan kepada Allah: ' Kami menemui si fulan sedang melaksanakan solat Subuh berjemah. Sementara si fulan kami temui sedang lelap dalam tidurnya, solat Subuh bukan menjadi keutamaannya dan kurang prihatin dengan waktu solat.

Perbezaan yang sangat jauh! Diantara dua golongan diatas, mana yang kamu inginkan? silalah buat pilihan.


*********

No comments:

Post a Comment