Tuesday, July 20, 2010

KHASIAT MADU LEBAH

Khasiat Madu Lebah Asli

  1. Madu digunakan dalam perubatan tradisional seluruh dunia sejak zaman dahulu lagi.
  2. Madu sesuai dijadikan sebagai makanan tambahan kerana khasiatnya yang tinggi dan mengandungi bahan mineral serta vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan manusia.
  3. Madu merupakan bahan peneutral yang bertindak menyingkirkan toksik, bahan kimia, racun, kolestrol serta memecahkan lebihan lemak dalam sistem tubuh.
  4. Madu boleh menghilangkan kepanasan badan, batuk, selsema, mencerdaskan otak, melancarkan darah, meredakan urat saraf, melawaskan sistem pembuangan,menstabilkan sistem pernafasan, menguatkan jantung, mengelakkan kencing manis, darah tinggi dan kanser .
  5. Madu juga meningkatkan keupayaan tenaga batin, melancarkan sistem pencernaan, baik untuk kecantikan, menjadikan kulit lebih licin dan halus, meningkatkan daya ketahanan badan.
  6. Madu juga baik oleh wanita mengandung (bulan ke-6 dan ke atas) serta selepas 20 hari bersalin.
*******

Monday, July 19, 2010

THE CANNON OF MEDICINE

Beijing telah menerbitkan versi Cina lengkap buku "The Canon of Medicine" yang ditulis oleh ulama asal Iran dan juga bapak pengobatan modern, Ibnu Sina.

Diterjemahkan oleh Zhu Ming Zhu dari Beijing Medical University, buku ini telah dirilis pada bulan Juni 2010 dan meliputi biografi Ibnu Sina dan gambar-gambar dari terjemahan buku berbahasa
Inggris dan Jerman.

Menurut Teheran Times, "The Canon of Medicine" sangat populer dikalangan dokter Cina dan beberapa bagian dari buku sebelumnya telah diterjemahkan dan digunakan.

Buku aslinya ditulis dalam bahasa Arab, buku ini adalah ensiklopedia medis sebanyak 14-volume, yang menyajikan ringkasan yang jelas dan terorganisir tentang pengetahuan medis sepanjang waktu.

Dianggap sebagai salah satu buku yang paling signifikan dalam sejarah kedokteran, "The Canon of Medicine" juga telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin, Ibrani, Jerman, Prancis dan Inggris.

Juga dikenal sebagai Syaikh Al-Ra'is (Master dan Kepala), Ibnu Sina menulis sekitar 450 karya, dan hanya 240 kitab yang terselamatkan. Sekitar 150 dari bukunya tentang filsafat dan 40 buku tentang obat-obatan termasuk magnum opus-nya, Kitab asy-Syifa (Buku Penyembuhan) yang merupakan karya ensiklopedis besar.

Para tokoh sastra dan ilmiah banyak dipengaruhi oleh Ibnu Sina, termasuk penyair terkenal Umar Khayyam dan ilmuwan abad ke-13 Khwaja Nasir al-Din at-Tusi.

Murid Ibnu Sina, Jorjani (Sorsanus) telah mendokumentasikan kisah kehidupan Ibnu Sina. (fq/prtv)

********

HOW TO GET RICH BY DONALD TRUMP


BE OPTIMISTIC BUT BE PREPARED FOR THE WORST

There are a lot of ups and downs, but you can ride them out if you're prepared for them.

Learning to expect problems saved me from a lot of wasted energy, and will save you from unexpected surprises. It's like our life. The ups and downs are inevitable, so simply prepared for them.

Sometime I ask myself why I want to take on some new, big challenge. A substantial losses always a possibility. Can I handle it if it doesn't go well? Will I be asking myself later " Why did I ever do that?" " What was I thinking?" . I am actually a very cautious person , which is different from being a pessimistic person.

Call it positive thinking with a lot of reality checks.

*******

Thursday, July 15, 2010

Mike Tyson menangis di Raudah
Agensi

MADINAH, 7 Julai: Bekas juara tinju heavyweight dunia, Mike Tyson, kelihatan menangis ketika berada Raudah semalam dan menganggap dirinya bertuah kerana berada di satu daripada taman syurga.

(Gambar:TYSON dengan pakaian ihram bersiap untuk ke Makkah bagi menunaikan umrah, dua hari lepas.)

Lawatan Tyson ke Arab Saudi untuk mengerjakan umrah ditemani Ketua Persatuan Dakwah Kanada, Shahzad Muhammad.

Kata Shahzad, Tyson menjadi begitu emosional ketika mengucapkan salam kepada Rasulullah (SAW) “Dia menangis lebih setengah jam ketika berdiri di depan makam Nabi sambil mengangkat tangannya.

“Tyson terus berada di kawasan Raudah selama beberapa jam untuk bersolat, membaca al-Quran dan berzikir,” katanya.

Dia kemudian menukar pakaian untuk mengenakan ihram sebagai persediaan mengerjakan umrah.

Sementara itu, kedatangan Tyson menarik perhatian orang ramai yang berpusu-pusu untuk melihatnya dari dekat.

Sesetengah pihak sanggup menunggu berjam-jam di hotel didiaminya berhampiran Masjid Nabawi semata-mata mahu mengambil gambarnya. Malah, dia terpaksa diiring pengawal keselamatan untuk ke masjid bagi menunaikan solat Zuhur kerana orang terlalu ramai berada di laluan berkenaan.

Tindakan Tyson mengenakan tutup kepala bagi mengelak daripada dikenali juga gagal dan dia terus diekori peminatnya. Tyson berkata, dia memang gembira diterima baik orang ramai di Tanah Suci.

“Cuma, saya harap tidak diganggu dan biarkan saya menikmati pengalaman beribadah di sini,” katanya.

Selain Masjid Nabawi, Tyson turut meluangkan masa menziarahi Masjid Quba, Masjid Qiblatain (Masjid Dua Kiblat) dan Universiti Islam Madinah. Tyson memeluk Islam ketika di penjara selepas didapati bersalah mencabul kehormatan seorang model kulit hitam.

Ketika berada di Kazakhstan minggu lalu, bekas peninju itu berkata, dia amat takut kepada Allah. - Agensi

Wednesday, July 14, 2010

APABILA RUH DICABUT

Ramli Abdul Rahim
APABILA RUH DICABUT

Dari Al Baro bin ‘Azib, R.A. katanya : Kami telah keluar bersama-sama Nabi s.a.w. mengiringi jenazah seorang lelaki dari kaum Ansar, lalu kami sampai di kuburnya yang disediakan. Rasululullah s.a.w pun duduk lalu kami duduk di sekelilingnya dengan keadaan tidak bergerak dan membisu; manakala baginda s.a.w pula mencucuk-cucuk
tanah dengan seranting kayu yang di tangannya.

Setelah itu baginda s.a.w mengangkat kepalanya lalu berabda: “Mintalah kamu perlindungan kepada Allah dari azab kubur”, (diulanginya sabdanya itu ) dua atau tiga kali; kemudian baginda s.a.w. bersaba lagi: “ Sesungguhnya hamba Allah yang mukmin (ketika hendak mati) apabila ia berada dalam keadaan terputus dari dunia dan sedang menghadapi akhirat, akan turunlah kepadanya malaikat-malaikat dari langit, putih berseri muka mereka, seolah-olah matahari, dengan membawa kain kafan bersama mereka dari kain-kain kafan syurga, dan hanut dari yang ada di syurga, sehingga mereka duduk jarak daripadanya sejauh mata memandang. Kemudian datang malakulmaut, A.S. , lalu duduk di sisi kepalanya sambil menyerunya dengan berkata ‘Wahai jiwa yang baik! Keluarlah (dan ada suatu riwayat ada disebutkan: orang yang hendak mati dihadiri - saat nazaknya- oleh malaikat, maka sekiranya orang itu seornag yang soleh, berkatalah malaikat: ‘Keluarlah engkau….) menuju ke tempat keampunan-Nya dan keredhaan Allah’.

Baginda s.a.w. bersabda lagi: “Kemudian ruh orang itu keluar – mengalir seperti mengalirnya setitik air dari mulut bekas air (yang terbuat dari kulit kambing), lalu malakulmaut mengambilnya, maka apabila ia mengambilnya, malaikat-malaikat (yang ditugaskan untuk itu) tidak membiarkannya di tangan malakulmaut walau sekelip mata pun lalu mereka mengambilnya; kemudian mereka meletakkannya di dalam kain kafan dan hanut yang tersebut; dan keluar pula dari RUH itu bau yang harumnya seperti seharum-harum kasturi yang terdapat di atas muka bumi: “Kemudian mereka membawanya naik ke langit, maka mereka tidak melalui (semasa membawanya) mana-mana kumpulan malaikat melainkan kumpulan malaikat itu berkata: ‘RUH yang baik ini RUH siapa?’ mereka menjawab: ‘RUH si anu anak si anu’ (dengan menyebutkan sebaik-baik namanya yang biasa mereka menamakannya dengan nama-nama itu dunia), (demikianlah hanya) sehingga berakhirlah perjalanan mereka membawanya ke langit yang pertama: setelah itu mereka meminta dibukakan pintu langit untuknya,lalu dibukakan pintu untuk mereka; kemudian malaikat-malaikat yang berkedudukan istimewa di sisi Tuhan dari penduduk tiap-tiap langit menghantar RUH itu beramai-ramai hingga ke langit yang berikutnya, sehinggalah mereka berhenti membawanya di langit yang ketujuh.

Setelah itu Allah Azza wa Jalla berfirman kepada malaikat-malikat (yang ditugaskan untuk itu): ‘Simpanlah suratan amal hamba-KU ini dalam Illiyyin (tempat simpanan surat amal orang-orang yang berbakti) dan bawalah dia balik ke bumi, kerana sesunguhnya Aku telah menciptakan manusia dari bumi, dan ke bumi juga aku kembalikan mereka, serta dari bumi pula Aku keluarkan mereka sekali lagi’..”

Baginda s.a.w. bersabda lagi:” Dan sesungguhnya orang yang kafir (ketika hendak mati) apabila berada dalam keadaan terputus dari dunia dan sedang menghadapi akhirat, akan turunlah kepadanya malaikat-malaikat dari langit, hitam muka mereka, dengan membawa kain-kain kasar seperti kadut, lalu mereka duduk jarak daripadanya sejauh mata memandang.

Kemudian datang malakulmaut, lalu duduk di sisi kepalanya sambil menyerunya dengan berkata: ‘Wahai jiwa yang jahat! Keluarlah (dan pada satu riwayat ada disebutkan: maka apabila orang itu orang jahat,berkatalah malaikat: keluarlah engkau..) menuju ke tempat kebencian dan kemurkaan Allah’.”

Baginda s.a.w bersabda lagi: ‘Kemudian RUH orang itu berserak di merata jasadnya (kerana takut hendak keluar), lalu disentap RUHnya itu oleh Malakulmaut sebagaimana sebatag besi pembakar daging disentap dari segumpal bulu yang basah; malakulmaut pun mengambilnya, maka apabila ia mengambilnya, malaikat-malaikat (yang ditugaskan untuk itu) tidak membiarkannya di tangan malakulmaut walau sekelip mata pun sehingga mereka meletakkannya dalam kain kasar yang tersebut; dan keluar pula RUH itu bau yang busuknya seperti sebusuk-busuk bau bangkai yang ada di atas muka bumi. Kemudian mereka membawanya naik ke langit, maka mereka tidak melalui (semasa membawanya) mana-mana kumpulan malaikat melainkan kumpulan malaikat itu berkata: ‘RUH yang jahat ini RUH siapa?’Mereka menjawab:’ RUH si anu anak sianu, (dengan menyebutkan seburuk-buruk namanya yang biasa dipanggil dengan nama-nama itu di dunia); (demikianlah halnya) sehingga berakhirlah perjalanan mereka membawanya ke langit yang pertama, setelah itu mereka meminta dibukakan pintu langit untuknya, tetapi tidak dibukakan baginya.

Kemudian Rasuullah s.a.w. membaca (ayat 40 surah Al A’raf,ertinya): “…Tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk syurga hingga unta masuk di lubang jarum….”. (Kemduian baginda s.a.w. bersabda: “Lalu Allah Azza Wajalla berfirman kepada malaikat:’ Simpanlah suratan amal jahatnya di dalam sijjin (tempat simpanan surat amal jahat orang-orang yang berdosa), yang letaknya di bumi yang terkebawah sekali. Lalu dicampakkan RUHnya ke situ..”

(Al Imam Ahmad, Abu Daud, Annasaie dan Ibnu Majah)

********

Tuesday, July 6, 2010

Jangan Biar Rekod Merah

Hutang, hutang, hutang. Ingin berhutang, ingin bayar hutang, dituntut membayar hutang, marah tak dapat hutang, marah tak bayar hutang. Itulah hutang.

Saya telah mengulas serba ringkas berkaitan hutang di artikel-artikel saya yang lalu seperti berikut :-

1. Bahaya Hutang

2. Dharuratkah Bila Bank Islam Menolak Permohonan?

Namun saya ingin tambah satu lagi nasihat dalam kesempatan ringkas ini. Kita semua tahu bahawa dalam dunia ini sentiasa akan terdapat individu yang ingin berhutang kerana keperluan mendesak dan asasi, dan akan sentiasa terdapat individu yang punyai lebihan wang yang mampu menghulurkan bantuan ini.

Dalam dunia moden ini, tugas menyediakan kewangan bagi mereka yang memerlukan ini diambil sebahagian besarnya oleh institusi kewangan yang bernama BANK. Ia adalah satu perkara baru dalam islam, namun tidak ditegah oleh Islam selagi setiap urusannya dilakukan menepati kontrak dan kehendak Islam.

LENGAH DAN TANGGUH

Di kesempatan ini, saya ingin nasihati diri dan rakan-rakan yang mempunyai sebarang bayaran tertangguh dengan pihak Bank ini agar lebih bijak dan ambil berat dalam menguruskan pembayarannya. Ada sebahagian rakan-rakan saya dan pelawat web ini merungut kerana mereka ingin mendapatkan pembiayaan dari bank-bank Islam tetapi ditolak, sedangkan kemampuan dan gaji mereka adalah baik jika dilihat dari kiraan "margin of repayment", iaitu melebihi 50%.

Justeru, apa sebabnya permohonan mereka ditolak juga.?

Jawabnya, ia disebabkan kerana rekod pembayaran hutang-hutang mereka sebelum ini menunjukkan pernah TERSANGKUT atau lambat BAYAR DUA, TIGA, EMPAT BULAN TERLEWAT. Keadaan ini menyebabkan rekod seseorang individu itu menjadi MERAH dan akibatnya bakal menyukarkan ia untuk berurusan mendapat pembiayan dari mana-mana bank Islam seluruh Malaysia. Pihak bank pasti akan menyemak rekod Credit Reference Information System (CCRIS ) yang akan mendedahkan semua rekod dan prestasi anda membayar hutang di semua instutusi kewangan di Malaysia. Anda ingin melihat sendiri rekod prestasi pembayaran hutang anda, anda boleh memohon di sini

Kita tahu, ada antara kita lewat bayar bukan kerana liat, degil dan bukan juga kerana tidak berduit, tetapi kerana kesibukan dan adakalanya juga disebabkan bank itu tidak punyai perkhidmatan pembayaran melalui internet. Pembayaran yang memerlukan kita ke kaunter bank memang amat melecehkan terutamanya jika di Kuala Lumpur. Ditambah dengan jammed, kesukaran parking, beratur dan masa. Hasilnya, adalah rakan-rakan kita yang terlewat bayar 3 bulan atau empat bulan kerana kesibuakan dan kemalasan.

Ingin saya ingatkan, kelewatan itulah yang menyebabkan rekod anda semakin kotor hari demi hari dan akhirnya, permohonan pembiayaan anda di masa hadapan tidak lagi berjaya. Jika berjaya sekalipun, pelbagai syarat akan dikenakan seperti penjamin, ‘rate' yang lebih tinggi, jumlah kelulusan yang lebih kecil dan lain-lain lagi.

Inilah dunia reality perbankan hari ini. Siapa yang miliki rekod bersih, amat mudah menerima pembiayaan, malah adakalanya anda akan diberi ‘rate' istimewa, malah lebih aneh nombor handphone anda akan dihubingi oleh syarikat-syarikat pelancongan dengan pelbagai tawaran menginap di hotel mereka. Pelikkan, bagaimana merekqa ini boleh dapat nombor handphone anda?..jawabnya, pihak bank yang tidak amanah menjual nombor anda (yang dikenalpasti sebagai pelanggan baik dan kelas A) kepada agen-agen ini. Nasihat saya, jika anda mendapat panggilan-panggilan ini, abaikan sahaja.

KESIMPULAN

Tulisan ringkas saya ini bertujuan untuk nasihati diri saya dan anda untuk menjadi seorang ‘good paymaster' terhadap semua hutang-huitang kita di bank khususnya dan kepada rakan-rakan anda, selain mengurangkan sakit kepala anda, ia juga menaikkan nilai anda di mata institusi kewangan dan rakan anda, memudahkan anda untuk mendapat pembiayaan lebih murah di masa hadapan. Malah sebahagian bank Islam akan memberikan anda diskaun atau rebate kerana kehebatan anda membayar dengan kemas.

Justeru, jangan lengah terutamanay jiak anda adalah seorang yang berduit, jika tidak berduit hingga terpaksa tangguh, itu sudah lain kisahnya.

Melewat-lewatkan pembayaran hutang ini hanya merendah martabat diri di mata institusi kewangan dan rakan anda yang memberikan pinjaman.

Jangan lengahkan pembayaran hutang kerana ia adalah satu kezaliman di dalam Islam. Nabi s.a.w bersabda :-

مطل الغنيّ ظلم

Ertinya : "Penangguhan bayar hutang oleh mereka yang berkemampuan adalah satu kezaliman" (Riwayat Al-Bukhari)

Dan dalam sebuah hadis lain Nabi berkata :

لي الواجد يُحِلُّ عرضه وعقوبته

Ertinya " bagi mereka, layak dihukum maruah mereka dengan diiklankan kepada khalayak ramai keburukan mereka dalam mu'alamat dan pembayaran hutang , lalu layaklah mereka dihukum"

Ingat-ingatlah sebelum terlupa sehingga tersangkut di akhirat.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Friday, July 2, 2010

Ceritanya, ada seorang anak yang memiliki cita-cita yang amat tinggi. Berjuang keras agar dapat bersekolah dan meraih cita-citanya itu.

Anak ini berasal dari keluarga tidak mampu. Untuk membiayai sekolahnya, setiap hari ia harus membantu orang tuanya menjual susu selepas sekolah. Susu yang di perolehi dari agen, di jual langsung kepada pelanggan secara runcit dalam botol.

Perjuangannya sungguh perit. Makan sehari sekali sudah kerap di alami. Bahkan, kekadang susu yang dijualnya tidak laku walau pun satu botol. Banyak orang yang sudah meninggalkan penjual susu keliling dan beralih menggunakan susu tepung yang mudah dibeli di pasaraya .

Suatu hari, orang tuanya sakit sehingga tak dapat bekerja. Keadaan kewangan orang tuanya juga sangat goyah hampir kehabisan. Sang anak harus berjuang untuk dapat membeli makanan pada hari itu.

Tetapi, nasib yang baik tidak menyebelahinya . Dari rumah ke rumah dikunjungi. Dari pintu ke pintu diketuk. Belum seorang pun yang membeli susu nya.

Sehingga menjelang petang dia gagal menjual dan juga belum dapat makan apa pun. Sebenarnya ada keinginan kuat untuk membuka satu botol susu dagangannya sebagai minumannya. Tetapi niat itu di surung-tarik.

Sekiranya berlaku begitu , sudah tentu ia memberi masaalah dengan pihak pembekal . Dan pasti sekali esoknya ia tak akan dapat bekalan susu lagi untuk jualan selanjutnya.

Maka, di tahannya lapar dan lelah itu hingga malam . Ia terduduk lemas di depan sebuah rumah. Dia hampir tertidur kerana kepenatan.

Tiba-tiba wanita pemilik rumah itu keluar dari rumah. Dilihatnya seorang anak yang duduk letih tersandar di tiang tembok pagar rumahnya. Ibu itu menghampiri lalu menanyakan keadaan anak itu.

Anak itu diam tidak menjawab, dia hanya menawarkan susunya barangkali ibu ini mau membeli. tetapi pemilik rumah itu paham akan keadaan anak tersebut dan menyuruhnya masuk terlebih dahulu ke rumahnya.

Setelah di dalam rumah, Ibu menyuguk segelas susu panas kepada anak itu. Betapa bahagianya anak tersebut melihat ada orang yang begitu dermawan dan memiliki hati yang belas kasihan padanya. Sampai bila-bila pun ia tak akan mampu melupakan jasa seorang wanita yang rupanya pemilik ladang lembu susu yang dijajanya sepanjang hari.

Setelah kira-kira 7 tahun berlalu, wanita yang baik hatinya menolong anak tersebut, jatuh sakit. Sakitnya semakin parah hingga harus menerima rawatan dengan kos yang amat mahal dan terpaksa menjual seluruh ladang ternakan yang dimilikinya untuk perbelanjaan rawatannya.

Bilamana keadaan kewangan ibu ini semakin terjejas , saat rawatan sudah selesai , pihak rumah sakit menyerahkan inbois tuntutan bayaran kos yang perlu dibayar.

Entah dari mana dan bagaimana Ibu itu akan mampu membayar tuntutan perubatan yang ternyata mencapai Ratusan Ribu RM itu. Tetapi ternyata amat memeranjatkan , di dalam penyata kos perbelanjaan itu ada secarik kertas nota yang bertuliskan: “Sudah Dibayar Dengan Se-gelas Susu”

Apa yang sebenarnya berlaku ialah anak penjual susu yang kesusahan tadi , kini telah menjadi Pengurus Besar di Rumah Sakit tersebut.

Pulau Pandan Jauh Ke Tengah. Gunung Daik bercabang Tiga. Hancur Badan Di kandung tanah. Budi Yang di kenang Jua.