Showing posts with label HAJI DAN UMRAH. Show all posts
Showing posts with label HAJI DAN UMRAH. Show all posts

Sunday, September 25, 2011

Hajj Preparations in Full Swing

By IslamOnline.net & Newspapers ,
Monday, 31 August 2009 14:27
Nearly three million Muslims from around the world pour into  Makkah every year to perform hajj.
Nearly three million Muslims from around the world pour into Makkah every year to perform hajj.
CAIRO — With cameras to guarantee pilgrims’ safety, buildings to accommodate more worshippers and a monorail to ease the faithful’s movement, Saudi preparations are in full swing for the spiritual journey of hajj.

"Fixed and mobile cameras have been established in various parts of the holy sites to monitor the movement of pilgrims in order for the security forces to intervene whenever required,” the Supreme Hajj Committee said in a report cited by the Arab News on Monday, August 31.

It said a number of “experimental” buildings have been constructed near the holy sites in Makkah to accommodate more pilgrims.

"These buildings, with a capacity of 25,000 pilgrims, were constructed with the objective of accommodating more pilgrims in the holy site of Mina.”

The Jamrat Bridge has also been equipped with state-of-the-art technology to help authorities intervene in case of any deadly stampedes during the stoning ritual.

In 2006, 364 people were killed in a stampede at the entrance of the Jamarat Bridge.

Saudi authorities have also installed a new advanced fire-fighting system to extinguish possible fire during the peak days of the soul-searching journey.

The system includes powerful water pumps operated by electricity and diesel, which can pump 1,500 gallons of water per minute.

Nearly three million Muslims pour into Makkah every year from around the world to perform hajj.

One of the five pillars of Islam, hajj consists of several ceremonies, which are meant to symbolize the essential concepts of the Islamic faith, and to commemorate the trials of Prophet Abraham and his family.

Every able-bodied adult Muslim — who can financially afford the trip — must perform hajj once in their lifetime.

Monorail

Saudi authorities are also carrying out a multi-billion project to link the holy sites by monorail, a single rail serving as the track for a wheeled or levitating vehicle.

"Work on the project began in Muharram (December 2008) and will be ready for use to 35 percent of its capacity during the Hajj season of 1431 HA, (2010),” the Supreme Hajj Committee said.

The SR6.5 billion project, which will link Makkah with the holy sites of Mina, `Arafat and Muzdalifah, will be operational with full capacity in 2011.

The monorail will pass by three stations in Arafat, Muzdalifah and Mina.

The last station in Mina will be on the fourth flour of the Jamrat Bridge.

The monorail will help transport at least 500,000 pilgrims within six to eight hours, in addition to ending traffic congestion in Makkah during hajj.

"The monorail project will help withdraw about 53,000 buses and other vehicles being used by pilgrims coming by land from within the Kingdom and neighboring GCC countries,” the report said, referring to the Gulf Cooperation Council.

Studies are also underway to extend the monorail to a station close to the Grand Mosque in Makkah in order to link it with the Haramain Railway that connects the two holy cities of Makkah and Madinah.

"The monorail will be distinguished for its speed as well as closeness to the pedestrians."

Saturday, December 19, 2009

BATU HAJARUL ASWAD DI SUDUT KAABAH

The Black Stone is a Muslim object of reverence, which according to Islamic tradition dates back to the time of Adam and Eve. It is the eastern cornerstone of the Kaaba, the ancient sacred stone building towards which Muslims pray, in the center of the Grand Mosque in Mecca, Saudi Arabia.

The Stone is roughly 30 cm (12 in.) in diameter, and 1.5 meters (5 ft.) above the ground. When pilgrims circle the Kaaba as part of the Tawaf ritual of the Hajj, many of them try, if possible, to stop and kiss the Black Stone, emulating the kiss that it received from the Islamic Prophet Muhammad s.a.w. . If they cannot reach it, they are to signal their hand to point to it on each of their seven circuits around the Kaaba.

The Stone is broken into a number of pieces from damage which was inflicted during the Middle Ages. The pieces are held together by a silver frame, which is fastened by silver nails to the Stone. Wallahu a'alam.

*********

Friday, December 18, 2009

Air Musoffa, Air Zam-zam



Assalammualikum,

Setelah beratus tahun air zam-zam mencurah ke muka bumi, memenuhi keperluan jiran-jiran Ka'bah dan tetamu Allah, datang masanya ia lenyap dan tidak dapat dikesan.

Peristiwa itu berpunca daripada datangnya kaum Khuzaah dari Saba' (Yaman) yang ingin bertempat tinggal di sekitar Ka'bah. Tetapi bangsa Jurhum dan kaum lain tidak membenarkannya. Pada mulanya orang-orang Khuzaah patuh pada penolakan itu dan hanya tinggal di luar Makkah. Walau bagaimanapun, kaum pendatang ini tidak tinggal diam kerana mereka ingin juga bersama-sama memakmurkan Ka'bah dan ingin mendapat air yang memuaskan.

Perbalahan dan peperangan pun terjadi antara penduduk asal Makkah dengan kaum Khuzaah yang semakin lama memperlihatkan kaum Jurhum akan kalah. Diantara bangsa Jurhum, ada yang berfikiran sekiranya kaum Khuzaah itu dapat menguasai Makkah dan Ka'bah, sekiranya tidak dapat bekalan air yang memuaskan, mereka akan cepat keluar.

Orang cerdik yang bernama Mudhad ini keluar pada waktu malam dengan senyap-senyap lalu dikoreknya telaga zam-zam menperdalamkannya. Kemudian dia masuk ke dalam Ka'bah dan megeluarkan segala harta Ka'bah yang dihadiahkan orang . Barang-barang Ka'bah termasuk ketulan emas, pedang dan lain-lain itu disembunyikannnya ke dalam telaga zam-zam lalu ditimbusnya telaga zam-zam itu sehingga rata dengan tanah disekitarnya.

Apabila kaum Khuzaah memasuki Makkah, mereka tidak dapat mengesan di mana letaknya telaga zam-zam kerana semua permukaan tanah di sekitar Ka'bah kelihatan sama. Mudhad telah membuatnya begitu terancang. Walau bagaimanapun kaum Khuzaah dapat meguasai Makkah selama 500 tahun lamanya, walau tanpa bekalan air dari telaga zam-zam. Sedang untuk menyediakan keperluan air bagi jemaah haji yang datang ke Kaabah, mereka terpaksa mengangkut dari perigi lain yang jauh.

Pada tahun 400 masihi yakni setelah 500 tahun Makkah dan Ka'bah dikuasai Khuzaah, kaum Quraisy dapat menguasainya semula. Qusai bin Kilab datuk kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang ke-4 dapat merebut kunci Kaabah dari kaum Khuzaah dengan kecerdikannya. Beliau pulalah yang menjadi penguasa Makkah dan Ka'bah dari kalangan kaum Quraisy sebaik saja Kota Suci itu direbut semula dari kaum khuzaah.

Setelah Qusai wafat, jawatannya diganti oleh puteranya yang bernama Abdu Manaf bin Qusai sehingga sampai kepada datuk kepada Nabi s.a.w. yang bernama Abdul Muttalib bin Hasyim. Walaupun sudah hampir 100 tahun, kaum Quraisy berkuasa, namun perigi zam-zam masih tetap tertimbus tidak dapat dikesan. Apalagi generasi Qusai ke bawah hanya mendengar cerita turun temurun tentang wujudnya perigi yang sudah lenyap 400 tahun yang lalu itu.

Apabila Abdul Muttalib memegang jawatan pengetua pengurusan ke atas Makkah dan Ka'bah, beliau merasa memiliki tanggungjawab yang sangat berat. Terutama sekali menyediakan air untuk keperluan jemaah haji yang jumlahnya semakin ramai dari tahun ke tahun. Terfikir oleh beliau, sekiranya perigi Zam-zam yang sudah lebih 500 tahun tertimbus itu, dapat dijumpai semula, alangkah baiknya. Beliau tidak putus-putusnya berdoa kepada Allah s.w.t. semoga perigi warisan nenek moyangnya Nabi Ismail alaihissalam itu muncul semula.

Suatu ketika beliau bermimpi atau mendapat isyarat ghaib agar menggali perigi Zam-zam itu di suatu tempat berhampiran Hijir Ismail. Isyarat ghaib itu menunjukkan tempat yang mesti digali di antara berhala isaf dan nailah. Isyarat itu datang kepada Abdul Muttalib berkali-kali sehingga membuat datuk kepada Nabi Muhammad s.a.w.itu merasa amat yakin.

Mulailah Abdul Muttalib mengorek tanah ditempat yang diisyaratkan dengan dibantu oleh seorang anak lelakinya (ketika itu dia baru mempunyai seorang anak sahaja). Pada mulanya orang Quraisy ramai yang mengejek tindakan Abdul Muttalib itu akan sia-sia dan hanya membazir masa dan tenaga saja. Sebab perigi Zam-zam yang dikatakannya pernah wujud di sekitar Ka'bah itu sudah lenyap sejak 500 tahun yang lalu.

Tidak ada sesiapa yang mengetahui dan mereka hanya mendengar cerita mengenainya dari mulut-ke mulut yang dituturkan dari generasi ke generasi. Akan tetapi apabila Abdul Muttalib betul-betul menemui kesan perigi itu, mereka mengucapkan syabas dan ramai yang datang menolongnya. Beberapa ketul emas dan senjata turut ditemui di dalam perigi zam-zam itu di serahkan kepada Ka'bah. Ketulan-ketulan emas itu cukup banyak dileburkan dan dijadikan pintu Ka'bah.

Sekarang ini, setiap hari ratusan ribu liter air zam-zam dikeluarkan untuk diminum oleh kaum Muslimin samada yang datang ke Ka'bah, disamping untuk kegunaan di Makkah, dihantar juga ke Ta'if, Madinah dan juga sebagai buah tangan jemaah Haji dan Umrah.

Jumlah itu mencapai jutaan liter setiap hari jika di bulan Ramadhan dan musim haji. Walau demikian , air Zam-zam tidak habis atau berkurangan. Itu adalah Anugerah Allah.

Pakar saintis , ahli perubatan telah menjalankan kajian yang menunjukkan keistimewaan khasiat yang terdapat dalam air Zam-zam yang tidak terdapat di dalam air-air yang lain puncanya.

Mohd Saipuddin ( Forum Perbincangan Penerbtan An'Nuqman).

Thursday, November 19, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA



Hari raya aidil adha 1430 hijrah pada hari Jumaat 27 Nov 09 yg akan datang. Sehubungan dgn ini saya mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua Muslimin dan Muslimat yang mengikuti blog ini.

Saya berdoa kepada Allah semoga Allah mengurniakan Haji Mabrur kepada semua Muslimin dan Muslimat yang menjadi Tetamu Agong tahun ini di Tanah Suci. Semoga disaat Allah turun di Arafah nanti menemui tetamu2Nya kelak , Allah akan memperkenankan semua doa dan permohonan mereka.

Masih teringat ditahun lepas, ketika saya berada di sana. Air mata jatuh bercucuran , mengenang diri yang kerdil ini, yang penuh dengan salah dan salah, dosa yang seumpamanya. Lalu saya mengadu kepada Allah. Allah itu Maha Mendengar dan Maha Pengampun. Mohon dikurniakan kehidupan yang lebih baik sehingga kematian menjemput saya.

Saya berdoa semoga Allah Yang Maha Agong akan menngundang saya lagi di tahun2 yang akan datang. Amin!!!!!!!

*********

Saturday, October 17, 2009

IBADAT HAJI 1430 HIJRAH




Tahun ini seramai 26,000 jemaah haji Malaysia akan berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadat haji. Demikian Buletin Utama TV3 melaporkan jam 8.00 malam ini. Rombongan pertama akan berlepas pada 20 Oktober ini.

Pada pandangan saya daripada sejumlah 26,000 itu, tahap kesihatan mereka boleh dibahagi kepada 3 kategori seperti berikut: (i) sehat sejahtera, (ii) tidak berapa sihat dan (iii) tidak sihat.

Begitulah resam manusia. Hidup yang tak pernah terlepas dari menjadi sasaran penyakit. Kencing manis, darah tinggi, kolestrol tinggi, resdong, buasir, gout, athrytis dan berbagai lagi. Berbagai-bagai jenis ubat telah di ambil. Samaada dapat percuma dari klinik pemerintah atau pun di beli dari kaunter pharmacy. Banyak wang ringgit telah dibelanjakan.

Sehubungan dengan ini, saya ingin mencadangkan kepada semua jemaah haji sekiranya dapat mengambil susu
kolostrum Alpha Lipid Lifeline sebagai supplementary. Kesannya dan khasiatnya telah pun terbukti. Ianya dapat membantu memulihkan kesulitan masaalah sakit lutut, duduk dan bangun semasa solat, gatal-gatal di kulit dan jari-jari, resdung dan bersin yang tak henti-henti, batuk di tengah malam yang mengganggu keenakan tidur, sakit kaki dan berbagai lagi.

Oleh kerana semasa di tanah suci banyak memerlukan pergerakan tenaga , umpamanya berulang alik dari hotel ke masjid-masjid samaada Masjid Nabawi ataupun Masjidil Haram. Atau pun mengikuti rombongan ziarah ke Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Tapak Perang Uhud dan Makam Shuhadak, Ladang Korma, Pasar Korma dan Hudaibiyah, banyak berlaku naik-turun bas. Juga anda tentu mahu berjalan-jalan disekitar Kota Mekah atau Kota Madinah. Melawat kilang mencetak Quran, kilang menjahit kain kiswah kelambu Ka'abah. atau melawat Muzeum Mekah atau ladang unta untuk merasai keenakan susu unta yang segar.

Begitu juga semasa di Arafah, Mudzdalifah dan Mina khususnya berjalan kaki dari khemah-khemah menuju ke Jumrah yang tiga itu secara aberulang-alik. Banyak tenaga di perlukan. Memanjat bukit-bukit kecil disekitar Mina untuk memungut anak-anak batu tambahan buat melontar jumrah. Batu-batu yang di pungut di Muzdalifah hanya cukup untuk lontaran kali pertama sahaja. Di Kota Madinah dan Mekah juga banyak tempat tumpuan beli-belah yang menjadi tarikan. Jelas betapa kesihatan dan tenaga sangat diperlukan.

Elok rasanya anda siapkan diri dengan mengambil vitamin atau pun supplementari yang lain seperti Alpha Lipid Lifeline sebagai pilihan. Anda boleh memilih samaada produk yang berbentuk susu serbuk atau produk kapsul.

Masaalah gangguan kesihatan yang menjadi bualan setiap jemaah ialah BATUK. Serangan batuk ini kalau tidak di bendung dari awal, akan menjadi kronik dan tidak berhenti-henti sehingga sampai masa nak balik ke tanah air belum lagi sembuh. Apabila kita berdepan sesuatu musibah, segeralah berdoa mohon kasih sayang dan redha Allah supaya diberi kemudahan bagi sepanjang tempoh ibadat haji dan juga selepasnya. Buangkanlah sikap bebal, pemarah, menunjuk pandai dan cakap besar. Itu semuanya sifat Allah belaka. allah nak menguji kita , menyukat setakat mana keimanan kita dan ketaqwaan kepada Allah.

Walau bagaimana pun saya memanjatkan doa kepada Allah s.w.t., semoga memberi kesihatan yang baik kepada semua Jemaah Malaysia dan juga jemaah dari negara-negara lain.


SELAMAT MENUNAIKAN IBADAT HAJI.
SEMOGA ALLAH MENGURNIAKAN HAJI MABRUR KEPADA ANDA SEMUA.


***********************

Saturday, September 5, 2009

Lawatan Umrah


Dalam rangka lawatan ibadat Umrah baru-baru ini, destinasi yang terawal ialah Kota Suci Madinah. Sampai di Madinah pada 23 Ogos jam 4.00 pagi setelah berlepas dari Jeddah dgn bas kira-kira jam 11.00 malam. Penginapan kami ialah di Hotel Menazelli lokasinya di belakang Perkuburan Baki'.

Pagi itu kira-kira jam 7.30 pagi, kami melawat ke Perkburan Baki' dan Makam Rasullullah, Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar bersama-sama dengan Mutawif Ustaz Ali Abdullah.

Pada 24 Ogos pulak kami di bawa melawat ke Bukit Uhud dan Makam Para Shuhadak.

PERANG UHUD:

Perang Uhud terjadi pada hari Sabtu 15 Syawal 3 Hijriah. Kafir Quraish Makkah ingin sekali membalas kekalahannya pada perang Badar . Dipersiapkannya suatu pasukan besar dengan kekuatan 3,000 tentera. Dalam pasukan itu terdapat 700 infanteri, 200 orang tentera berkuda dan 17 orang wanita. Seorang di antara yang tujuh belas ini adalah Hindun bin Utbah, isteri Abu Sofyan yang aAyahnya, Utbah telah terbunuh pada perang Badar.

Pasukan Quraish ini dipusatkan di suatu lembah di pegunungan Uhud, suatu pegunungan yang terletak 2 kilometer sebelah utara Madinah.Menghadapi serangan ini, ialah Nabi Muhammad s.a.w. dan beberapa orang sahabatnya.

Orang-orang Islam bersiap-sedia di Madinah dengan taktik bertahan (defensif). Tetapi sekelompok orang Islam (Muhajirin dan Anshar) terutama pemuda-pemuda yang tidak ikut serta dalam Perang Badar mendesak untuk menemui tentera Quraish dan ingin mengejarnya di gunung Uhud. Atas desakan itu Nabi Muhammad s.a.w. surut dari pendapat asalnya untuk bertahan saja. Beliau masuk ke rumahnya, dan kemudian keluar dalam keadaan sudah siap dengan mengenakan baju besi, menyandang tameng dan memegang tombak serta pedang.

Melihat gelagat Nabi itu, sebagian sahabat yang tadinya sependapat untuk bertahan, menyatakan penyesalan terhadap orang-orang yang memaksakan keinginannya untuk berperang. Mereka yang berpendapat tidak perlu menyerang tentera Quraisy tadi mengatakan kepada Nabi, “Kami tidak mau mengirimmu. Jika engkau tetap setuju berangkat, berangkatlah; dan jika akan engkau membatalnya, kami ikut batal saja.”

Rasulullah saw. menjawab, “Tidak pantas bagi seorang Nabi yang sudah mengenakan baju besi untuk menanggalkannya kembali, hingga Allah menetapkan sesuatu baginya dan bagi musuh.”

Kemudian beliau berangkat bersama lebih kurang 1,000 orang tentera. 200 orang memakai baju besi dan hanya 2 orang tentera berkuda.

Setelah berangkat, Nabi Muhammad kembali memeriksa pasukannya dan mendapati di dalamnya terdapat ratusan orang Yahudi yang menggabungkan diri dengan tentera Islam. Mereka itu dipimpin oleh Abdullah bin Ubay bin Salul. Nabi bertanya kepada sahabat-sahabatnya, “Apakah mereka telah masuk Islam?” “Belum,” jawab sahabat. Rasulullah memerintahkan, “Usir mereka dan perintahkan agar kembali ke Madinah. Kita tidak perlu bantuan orang-orang Musyrik untuk menghadapi orang-orang Musyrikin.”

Mereka yang berjumlah 300 orang itu pun keluar dari pasukan, dan tinggallah 700 orang pasukan Nabi. Sesampainya di pergunungan Uhud, segera di lakukan pengaturan pasukan dan pembagian posisi. Lima puluh orang ditempatkan di sebuah bukit yang terletak di belakang lereng, di bawah pimpinan Abdullah bin Jabir Al-Anshary. Mereka bertugas menghadang pasukan musuh yang akan menyerang dari bukit itu.

Rasulullah mememerintah kepada penjaga bukit ini,

“Berkawallah kamu semuanya, dan jangan sampai musuh-musuh kita menyerbu dari belakang. Jika pasukan berkuda mereka naik ke posisi kamu, hujanilah kuda-kuda itu dengan anak panah. Kuda-kuda itu pasti tidak kuat dan takut dengan panah. Kita selalu akan menang , manakala kamu tetap berjaga di atas bukit ini. Ya Allah, sesungguhnya aku yakin Engkau akan menolong mereka.”

Menurut pendapat lain, ketika itu Nabi mengatakan, “Bila kamu melihat burung-burung menyambar-nyambar kami yang berada di lereng, maka jangan kamu kosongkan bukit ini, hingga datang perintahku. Dan jika kamu melihat kami dapat mengalahkan atau dapat menghancurkan mereka sampai terbunuh semuanya, maka janganlah pula kamu tinggalkan tempat ini.”

Segala sesuatunya telah diatur dan serbuan pun dimulai. Tentera Islam dapat mengalahkan musuh dan beberapa di antaranya telah terbunuh sementara yang lainnya kucar-kacir melarikan diri.

Tetapi sayang tentara-tentara Islam mulai tertarik untuk mengambil harta rampasan yang ditinggalkan oleh musuh yang lari itu, tak terkecuali psukan pengawal yang berada di atas bukit. Tidak kurang dari 40 orang di antaranya turun ke lereng untuk ikut serta mengambil harta rampasan yang begitu banyak, sehingga hanya tinggal sepuluh orang saja yang berada di atas bukit. Ketuanya, Abdullah bin Juber, sebelumnya telah mengingatkan mereka yang turun itu, tetapi tidak berhasil menghalanginya. Malah mereka menyanggah dengan kata-kata, “Tidak perlu lagi kita berjaga di sini. Bukankah peperangan telah berakhir?”

Kelemahan regu pengawal bukit yang hanya berkekuatan sepuluh orang itu dimanfaatkan Khalid bin Walid yang bertindak sebagai ketua tentera Makkah. Secepat kilat ia menyerang dan melumpuhkan pengawal di atas bukit, dan turun ke lereng gunung seraya menyerbu habis-habisan dari belakang. Tibalah giliran pasukan Islam kucar-kacir dibuatnya. Pasukan musuh balik menyerbu mereka dari setiap sektor, sambil mendekati kedudukan Nabi s.a.w. Dalam keadaan yang sangat genting itu diwarwar pula Nabi telah terbunuh, sehingga tentara Islam semakin porak-poranda.

Pada waktu itu Nabi terkena lemparan batu, sampai jatuh pingsan. Tentu saja semua anak panah musuh terarah kepada beliau. Muka, lutut, bibir bawahnya luka-luka, sedangkan tutup kepalanya pecah. Posisi Nabi s.a.w. yang hanya diapit oleh puluhan tentera saja itu, dihujani musuh dengan anak panah yang memaksa beberapa sahabat gugur, kerana menghalangi anak-anak panah itu ke tubuh Rasulullah s.a.w. Tercatat di antaranya Abu Dajanah, Saad bin Abi Waqas yang matian-matian bertahan.

Selain itu dicatat pula seorang wanita, Ummu Imarah Nusaibah Al Anshary. Srikandi ini mulanya bertugas sebagai jururawat tentera Islam yang luka-luka, tetapi demi melihat jiwa Nabi terancam maut, segeralah ia memagari diri Nabi berserta suami dan dua orang putranya, sehingga ia sendiri terbunuh. Atas keberaniannya yang luar biasa itu, Rasulullah berkata kepadanya, “Semoga Allah memberkahi kamu sekeluarga.”

Lalu Nusaibah minta kepada Nabi berdoa agar dapat bersama-sama masuk syurga dengan anggota-anggota keluarga yang tewas pada waktu itu. “Ya Allah, jadikanlah mereka ini sebagai teman-temanku di syurga kelak,” ucap Nabi.

Saat-saat gawat ini diceritakan oleh Nabi s.a.w. kepada sahabat-sahabatnya, “Wanita yang bernama Nusaibah inilah yang paling sibuk memberikan perlawanan demi membela aku. Ia menderita dua belas luka terkena panah dan pedang.”

Pada saat kritis tersebut ada seorang tentara Quraisy yang bernama Ubai bin Khalaf menyerang Nabi dengan pedang terhunus, sehingga tidak ada jalan lain buat Nabi selain membela diri. Diambilnya sebatang tombak terus dilemparkannya ke tubuh Ubai sehingga tidak jadi membunuh Nabi, karena telah tewas lebih dahulu.

Untunglah Rasulullah saw. masih mampu bangkit dan keluar dari lubang tempatnya jatuh dengan bantuan Thalhah bin Ubaidillah.

Melihat sekelompok orang-orang Musyrik Makkah masih berada di atas gunung, diperintahkannya satu regu untuk mengejarnya, sambil berseru kepada seluruh pasukan, “Mereka itu tidak boleh mengalahkan kita. Ya Allah, tiada kekuatan bagi kami kecuali karena Engkau.”

Sambil bersiap-siap untuk melarikan diri berkatalah Abu Sofyan, “Hari ini adalah hari pembalasan Perang Badar.”

Perang Uhud ini menelan korban sebanyak 70 orang dari pasukan Islam, dan 23 dan kaum Musyrikin. Suatu hal yang sangat mengiris perasaan ialah peristiwa terbunuhnya Syaidina Hamzah, bapa saudara Rasulullah s.a.w.

Saat beliau terkena panah, menari-narilah Hindun isteri Abu Sofyan, lalu mendatangi tempat gugurnya Hamzah dengan maksud melepaskan dendam kesumat atas kematian ayahnya pada Perang Badar. Dibelahnyalah dada mayat Hamzah, diambil hatinya, lalu dikunyah-kunyahnya.

Mengenai Perang Uhud ini terdapat beberapa ayat yang berisi nasihat pengubat kesedihan kaum Muslimin atas kekalahan dan mengingatkan akan sebab-sebab terjadinya kekalahan itu.

Dalam surat Ali Imran ayat 138 sampai ayat 142 dan ayat 153 dikatakan,

“Dan janganlah kamu lemah semangat dan janganlah bersedih hati, dan kamulah orang-orang yang lebih tinggi darjatnya , jika kamu benar-benar beriman. Jika kamu (pada perang uhud) mendapat luka, maka sesungguhnya kaum kafir itupun mendapatkan luka yang serupa. Demikianlah, masa kami pergantikan antara manusia, agar mereka mendapat pelajaran dan supaya Allah membedakan orang-orang yang beriman dengan orang-orang yang kafir dan supaya sebagian kamu gugur sebagai syahid. Dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim. Dan agar Allah membersihkan orang-orang beriman (dari dosa-dosanya) dan membinasakan orang-orang yang kafir. Apakah kamu mengira kamu akan masuk surga padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu, dan belum nyata orang-orang yang sabar.” (surah Ali Imran: 139-142)

“Dan sesungguhnya Allah telah memenuhi janjiNya kepada kamu, ketika kamu membunuh mereka dengan izin-Nya, sampai pada saat kamu lemah dan berselisih dalam urusan itu, dan mendurhakai perintah Rasul, sesudah Allah memperlihatkan kepada kamu sesuatu yang kamu sukai. Di antara kamu ada pula yang menghendaki akhirat. Kemudian Allah memalingkan kamu dari mereka, untuk rnenguji kamu, dan sesungguhnya Allah telah memaafkan kamu. Dan Allah memiliki kurnia atas orang-orang beriman. Ingatlah ketika kamu lari dan tidak menoleh kepada seorang pun, sedang Rasul yang berada di antara kawan-kawanmu yang lain memanggil kamu. Karena itulah Allah menimpakan atas kamu kesedihan di atas kesedihan, supaya kamu tidak bersedih hati terhadap apa-apa yang luput dari sisi kamu dan terhadap apa yang menimpa kamu. Dan Allah Maha Mengetahui apa-apa yang kamu lakukan.” (Ali Imran: 152-153)

Wallahua'lam.
*********