Showing posts with label KHUTBAH JUMAAT. Show all posts
Showing posts with label KHUTBAH JUMAAT. Show all posts

Saturday, July 2, 2011

Khutbah Jumaat Wilayah Persekutuan Yang Mencemaskan Pakatan - Wajib Bac

KHUTBAH JUMAAT 01 JULAI 2011 MEMANASKAN PAKATAN...

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Khutbah tajuk "MEMELIHARA NIKMAT KEAMANAN " ( 1 JULAI 2011 / 29 REJAB 1432H )

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah, Marilah kita sama-sama mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala suruhan-Nya dan menjauhi larangan-Nya. Mudah-mudahan dengan keimanan dan ketakwaan, kita beroleh rahmat dan keredhaan hidup di dunia dan di akhirat.

Mimbar pada hari ini akan membincangkan tajuk khutbah mengenai " Memelihara Nikmat Keamanan " . Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah, Dalam sejarah ketamadunan manusia telah menunjukkan betapa nikmat keamanan memberi sumbangan besar kepada kemakmuran dan kesejahteraan dunia. Keamanan bererti kita bebas dari segala bentuk ancaman yang menggugat keharmonian hidup. kita amat bersyukur bahawa negara kita berada dalam suasana aman dan damai walaupun pada ketika ini sedang menghadapai beberapa isu yang boleh mengancam keselamatan negara.

Dengan keamanan kita dapat melakukan urusan kehidupan dunia tanpa merasa takut, gerun dan dengannya juga boleh membawa banyak kebaikan serta rezeki kepada manusia dan negara. Firman Allah SWT dalam surah an-Nahl ayat 112 : Maksudnya: “Dan Allah memberikan satu misalan; Sebuah negeri yang aman damai dan tenteram, yang didatangi rezekinya yang mewah dari tiap-tiap tempat, tetapi penduduknya kufurkan nikmat-nikmat Allah itu, maka Allah merasakannya kelaparan dan ketakutan disebabkan apa yang mereka telah lakukan.” Memelihara keamanan adalah suatu yang dituntut dalam kehidupan tanpa mengira anutan agama, bangsa atau keturunan.

Sejarah telah membuktikan Nabi Ibrahim AS semasa meneroka pembukaan Mekah sebagai pusat ibadah dan tanah suci telah mendoakan agar Mekah dikurniakan Allah SWT dengan keamanan dan kemakmuran. Kita juga telah menyaksikan betapa rugi dan malangnya negara-negara yang dilanda kekacauan, persengketaan dan perpecahan. Negara-negara berkenaan bukan sahaja ketinggalan dan mundur dalam aspek kemajuan dan pembangunan malah keselamatan hidup seharian pun sentiasa terancam.

Justeru itu, Agama Islam menolak gerakan-gerakan yang boleh menghuru-hara keamanan sesebuah negara termasuklah gerakan pelampau. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Hendaklah kamu menjauhkan diri daripada bersikap pelampau, maka sesungguhnya umat sebelum kamu telah dibinasakan kerana bersikap melampau dalam agama.” (Riwayat Ahmad) Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah, Mutakhir ini kita dibimbangi oleh gerakan golongan pelampau yang menggelarkan diri mereka sebagai Gabungan Pilihan Bersih dan Adil.

Golongan ini pada asasnya memperjuangkan kepentingan individu atau fahaman tertentu tanpa mengambil kira sensitiviti dan kepentingan awam. Dalam usaha mencapai matlamat perjuangan, golongan ini akan melakukan demonstrasi jalanan, perhimpunan haram, mereka berarak ke hulu-hilir, berkumpul untuk bertindak ganas, merosakkan harta awam, melanggar undang-undang negara malah sanggup mencederakan pasukan keselamatan.

Apa yang paling malang lagi, golongan ini berlindung atas nama perjuangan hak asasi manusia, perjuangan politik, menggunakan media cetak dan elektronik, kemudahan internet dan meniru tindakan keganasan yang berlaku di negara asing bagi menekan dan mengugut pemerintah serta rakyat di negara ini dalam memenuhi tuntutan mereka. Mimbar ingin menegaskan bahawa tindakan golongan pengkhainat seperti ini merupakan satu tindakan yang zalim dan haram bagi umat Islam mengikutinya kerana cara ini sebenarnya satu tindakan yang boleh mencampakkan manusia itu di dalam kebinasaan serta mendatangkan keburukan, kegelisahan dan kesusahan kepada masyarakat.

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 195: Maksudnya: “dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan dan berbuat baiklah kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berusaha memperbaiki amalannya” Mimbar ingin menegaskan bahawa sebarang bentuk perhimpunan besar yang berasaskan protes tertentu kebiasaannya akan mencetuskan pelbagai insiden yang buruk.

Tidak kurang juga akan berlaku pertembungan antara dua pihak yang bertentangan dan akan mencetuskan lebih banyak perbalahan serta konflik yang akhirnya mengakibatkan berlaku pertumpahan darah. Justeru, sebagai umat Islam yang cintakan agama, bangsa dan negara, maka kita dituntut agar tidak terlibat dalam segala bentuk perhimpunan yang boleh merosakkan agama dan keamanan negara. Soal ancaman ini perlu di ambil perhatian oleh semua pihak kerana ia membabitkan masalah keselamatan negara. Sekiranya perkara ini tidak dipatuhi, maka akan hancurlah keutuhan bangsa yang boleh memusnahkan kedaulatan negara.

Seorang ulama besar dalam mazhab al-Shafie, Abi Ishak al-Juwayni berkata: Haram melakukan segala perhimpunan yang boleh mendatangkan kemudharatan kepada manusia dan negara. Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah, Anugerah keamanan dan keharmonian negara mestilah dipelihara dan dipertahankan dengan bersungguh-sungguh oleh seluruh warganegara. Islam menuntut bahawa cintakan keamanan negara sebagai tanda orang yang beriman dan bersyukur.

Segala bentuk perjuangan mempertahankan keamanan dan keselamatan adalah sebahagian daripada ibadah dan tanda jihad kita di jalan Allah SWT. Firman Allah SWT dalam Surah al-Anaam ayat 82: Maksudnya : “Orang yang beriman dan tidak mencampurkan iman mereka dengan kezaliman, bagi mereka itulah keamanan dan merekalah yang mendapat petunjuk.” Negara Malaysia adalah tanah air kita yang perlu dipertahankan. Di sinilah tempat kita membiakkan keturunan, membesarkan generasi Islam, menyuburkan syiar Islam dan menjaga kemaslahatan ummah yang kita warisi dari zaman berzaman.

Oleh itu, sebagai seorang yang beriman marilah kita berusaha mewujudkan dan mengekalkan keamanan yang telah dikecapi selama ini. Jangan sekali-kali terjebak dengan demonstrasi yang dikenali sebagai “Perhimpunan Bersih ini”. Jangan kita terikut-ikut dengan rayuan mereka dan jangan termakan budi dengan golongan yang tidak menyedari asal usul, tidak memahami adat budaya, latar belakang penduduk dan agama di negara ini.

Mimbar ingin menegaskan bahawa sebarang tindakan yang boleh memporak- perandakan umat Islam dan negara akan diancam dengan hukuman yang berat oleh Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW: Maksudnya: “ Mana-mana kumpulan berarak menuju ke arah pemerintah untuk menghinanya, maka Allah akan menghinanya sebelum hari kiamat” ( Riwayat al-Bazzar) Mengakhiri khutbah pada minggu ini, mimbar menyeru jemaah dan seluruh umat Islam sekalian agar sama-sama kita menjaga keamanan yang dinikmat pada masa ini. Janganlah kita melibatkan diri dengan perkara-perkara yang boleh mengugat keselamatan negara kita.

Ambillah iktibar apa yang telah berlaku di luar sana bagi memastikan kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara terus berkekalan. Marilah sama-sama kita berdoa kehadrat Allah SWT agar hidup kita ini dilindungi dari segala malapetaka yang boleh membawa kehancuran kepada rakyat Malaysia yang cintakan keamanan. Ingatlah bahawa memelihara nikmat keamanan merupakan sebahagian daripada ajaran Islam iaitu agama yang membawa kepada keamanan sejagat .

Marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah an-Naml ayat 89: Maksudnya: “Sesiapa yang datang dengan kebajikan maka ia akan beroleh yang lebih baik daripadanya, dan mereka akan beroleh keamanan pada hari kiamat”

Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2011.

Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih


SUMBER : PANGLIMA PERANG CYBER

Wednesday, May 26, 2010

ZINA SATU JENAYAH

Zina satu jenayah yg besar dalam Islam. Satu perbuatan keji yang akan membawa pelakunya kejalan sejahat-jahatnya. Allah berfirman yg bermaksud:

Dan janganlah sekali-kali kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perkara yg amat keji dan sejahat-jahat jalan" (Surah al Israk ayat 32).

Menurut Kitab tafsir Al Qurtubi: jalan zina adalah jalan ke neraka jahannam.

Oleh kerana zina amat dikutuk oleh Allah dan RasulNya dan ianya akan menyebabkan kehilangan maruah, merosakkan keturunan, memporak-peranda rumah-tangga, dan membebankan negara dengan masalah-masaalah sosial yang berat seperti anak-anak luar nikah yg bertaburan tanpa penjaga dan berbagai lagi. Maka Allah swt telah menetapkan hukuman yang sesuai dgn kesalahan tersebut.

Hukuman Allah keatas penzina ialah terdpt didlm firman didalam Surah An Nur: Ayat (2)

"Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya 100 kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum Allah, jika benar kamu beriman kpd Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kpd mereka itu oleh sekumpulan orang yang beriman".

Sekali imbas adalah dirasakan bahawa hukuman yg ditetapkan oleh Islam keatas penzina , samaada belum berkahwin ataupun telah berkahwin, pada lahirnya kelihatan amat kejam dan seolah-olah keterlaluan , sehingga ada orang Islam sendiri yang bersungut : seolah hukuman itu tidak setimpal dgn kesalahan yg dilakukan.

Sungutan itu dgn sekali pandang seolah-olah ada benarnya, , kerana orang yg dihukum rejam dgn batu biasanya akan menemui maut. Apabila yang dihukum rejam itu mati dihadapan khalayak ramai , maka tentulah banyak yg tertanya-tanya sekurang-kurangnya didlm hatiya : mengapa hukuman mati dikenakan ke atas seorang yg hanya berzina . Lainlah halnya jika hukuman mati itu dikenakan kpd seorang pembunuh? kerana pembunuh memang wajar dibunuh balas. Nyawa dibayar nyawa. Itulah amalan yg lumrah didapati di dlm kebanyakan undang2 ciptaan manusia hari ini.

Jika kita diteliti dgn penuh insaf kpd jenayah zina dan segala akibatnya kpd diri, masyarakat dan negara, maka mahu tidak mahu mestilah diakui sebenarnya memang ada perkaitan yg rapat antara penzinaan dan pembunuhan. Dalam kata lain: sebenarnya penzina adalah pembunuh yg kejam. Perbuatan zina adalah perbuatan membunuh keturunan. Memperhambakan diri kpd syaitan dan nafsu kebinatangan, untuk mencapai kelazatan yg sekejap, tanpa menghitungkan akibat buruk yang akan ditanggung sepanjang zaman oleh diri, masyarakat dan negara.

Penzina adalah perosak masyarakat. Apa yang selalu dihasilkan oleh zina ialah ialah anak-anak haram yg menjadi beban bukan sahaja kpd masyarakat, malah kpd negara. Jika ditinjau kepada proses kelahiran anak-anak haram itu , maka kita akan mendapati kisah yang sangat menyayat hati. Sebelum anak-anak itu di lahirkan, berbagai-bagai percubaan untuk membunuhnya sejak dalam kandungan lagi, telah dilakukan dgn cara yg kejam. Sebagai contohnya lihat sahaja kpd laporan yang pernah disiarkan di mukadepan UtusanMelayu berrtarikh 20 April 1978. " PUSAT PENGGUGURAN KORBANKAN 3,000 ( TIGA RIBU ) BAYI DALAM KANDUNGAN".

Selang tidak berapa lama kemudiannya, tersiar lagi berita terbongkarnya satu lagi pusat pengguguran bayi yang telah mengurbankan beribu-ribu bayi dalam kandungan. Semuanya itu pada umumnya adalah hasil dari perbuatan zina.

Jika sekiranya anak-anak zina itu tidak berjaya dibunuh semasa dalam kandungan dan ianya lahir tanpa diminta atau disambut kelahirannya, menurut semestinya, anak-anak itu akan ditanam hidup-hidup, seperti yg disiarkan didalam akhbar-akhbar. Atau dicampak kedalam tong-tong sampah, atau dibuang ditepi-tepi jalan yang kadangkalanya menjadi makanan anjing dan sebagainya.

Jika anak-anak itu masih juga selamat dari pembunuhan yang kejam itu, dan ianya terus hidup seperti manusia biasa, maka pada hakikatnya kanak-kanak telah dibunuh secara perlahan-lahan. Ianya terseksa sepanjang hidup, yang akhirnya menjadi beban kepada masyarakat dan negara. Itulah akibat dari perbuatan zina. Oleh yang demikian memang wajarlah hukuman keatas penzina itu didahsyatkan memandangkan kepada akibat yang amat dahsyatnya implikasi daripadanya kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Setiap keinginan yang melampaui batas, tidak saja menjerumus ke jurang dahsyat, malah juga merosak orang lain. . Nafsu bilamana melebehi batasan, sedikit pun tidak ada baiknya. Dalam konteks kefahaman Islam terhadap tabiat manusia dan hajat keperluan nalurinya, , serta kerana pentingnya keperluan memenuhi keseimbangan keperluan jasmani dan rohani, Islam menganggap naluri seks sebagai satu kekuatan yang di alami dalam kejadian manusia yang harus diarahkan pada batas-batas tertentu.

Menyaluri naluri seks adalah satu keharusan , dengan syarat ianya menurut ketentuan-ketentuan dan perikemanusiaan, sesuai dengan fitrah menyalurkan naluri seks merupakan kelazatan dan kenikmatan. Akan tetapi bukanlah kenikmatan semata-mata yang menjadi tujuannya.

Diantara tujuan-tujuan yang positif ialah:

1. - Menjalinkan ikatan kasih sayang teruna-dara pasangan suami-isteri sesuai dengan maksud Al-Quraan surah Ar-Rum ayat 21 -

" Di antara tanda-tandaNya, Ia ciptakan jodoh untukmu dari dirimu untuk kamu bersenang-senang dengannya, dan Ia mengadakan sesamamu kasih sayang serta rahmat".

2, - Membina keluarga tempat menetap dan istirehat. Seorang lelaki adalah pemimpin rumahtangga dan bertanggungjawab keatas anggotanya. Wanita juga pemimpin dan bertanggungjawab sebagai pemimpin masyarakat dan kumpulan bawahannya.

3. - Kesinambungan zuriat manusia , memperbanyak keturunan serta membangun kehidupan. Ini adalah ketentuan sunnah alamiah dan fitrah kehidupan yang telah ditetapkan oleh Allah.

4. - Mendapatkan kenikmatan rohani dan jasmani bagi manusia

Inilah persepsi Islam terhadap seks. Suatu pandangan yang berpijak pada kecenderungan fitrah manusia secara terperinci dan ciri-ciri khusus jiwa dan raganya, dengan memperhitungkan impak yang ditimbulkan dan tujuan yang akan dicapai.

Pengajaran Al Quran Surah At-Tin Ayat 4 - 6 :

"Kami menciptakan manusia dengan sebaik-baik bentuk . Kemudian kami kembalika dia ke tempat yang serendah-rendahnya, kecuali orang yang beriman dan mengerjakan kebaikan , bagi mereka pahala yang tidak putus-putusnya".

Khutbah disampaikan oleh Ustaz Baharuddin.