Showing posts with label PESAN IMAM GHAZALI. Show all posts
Showing posts with label PESAN IMAM GHAZALI. Show all posts

Friday, October 8, 2010

ADAB-ADAB BERPUASA

Tidak sepatutnya kalau kita hanya berpuasa pada bulan Ramadhan sahaja. Sekiranya begitu bermakna kita telah melepaskan peluang untuk merebut keuntungan dengan puasa sunat dan juga kita tidak mengambil peluang merebut darjat yang tinggi didalam syurga Firdaus. Kita akan menyesal apabila melihat pahala orang lain yang banyak berpuasa sunat seperti banyaknya bintang-bintang berkerlipan dilangit. Mereka jauh lebih tingginya darjatnya dari kita.

Didalam tahun-tahun ada hari-hari tertentu yang mempunyai kelebihan dan ganjaran yang sangat banyak bagi orang berpuasa padanya, sebagaimana yang pernah disebut didalam hadith-hadith Rasulullah s.a.w. Hari-hari yang dimaksudkan itu ialah:

1. Hari Arafah ( 9 zulhijjah ) sunat berpuasa bagi orang yang tidak mengerjakan haji.
2. Hari Asyura ( 10 Muharram) ( dan juga sunat berpuasa pada hari tasu'a ( 9 Muharram)
3. Sepuluh hari yang pertama daripada bulan Zulhijjah.
4. Sepuluh hari yang pertama daripada bulan Muharram.
5. Bulan Rejab
6. Bulan Shaaban
7. Bulan-bulan haram ada 4 berturut-turut iaitu Zukkaedah, Zulhijjah, dan Muharram dan satu bulan yang tunggal iaitu bulan Rejab.

Didalam sebulan pula ada hari-hari yang tertentu yang mempunyai kelebihan berpuasa sunat, iaitu:

1. Setiap hari awal bulan
2. Pertengahan bulan
3. akhir bulan, dan
4. Hari-hari bidh ( puteh) iaitu hari tigabelas, empatbelas dan limabelas.

Didalam seminggu pula ada hari-hari yang mempunyai kelebihan berpuasa iaitu hari Khamis, Jumaat dan Isnin.

Dan janganlah kita mempunyai anggapan bahawa puasa itu hanyalah dengan meninggalkan makan, minum dan jimak sahaja. Tetapi puasa adalah lebih luas daripada itu.

Petikan daripada Buku Bidayatul Hidayah Karangan Imam Hujjatul Islam Al Ghazali r.a. terbitan Khazanah Banjariah N0.3 Jalan Sheikh Muhammad Arsyad Al-Banjari, Maahad Tarbiah Islamiah, Derang, Pokok Sena. Kedah Darul Aman. Ph: 04-7143712
( Edisi rumi Feb 1994)

Sunday, September 6, 2009

PESAN IMAM AL GHAZALI (5)


ADAB-ADAB MASUK KE TANDAS

Apabila engkau mau masuk ke tandas untuk menunaikan hajatmu maka dahulukanlah kakimu yang kiri, dan ketika engkau keluar daripadanya maka dahulukan kakimu yang kanan.

Dan janganlah engkau membawa sesuatu yang ada padanya tulisan nama Allah dan Rasul-RasulNya dan jangan pula engkau masuk ke dalam tandas dengan keadaan tidak menutup kepala atau tidak berkasut. Dan baca olehmu ketika hendak masu ke tandas akan doa ini:

"Dengan Nama Allah. Aku berlindung dengan Allah daripada kekotoran najis yang keji dan jahat lagi suka menyuruh orang lain membuat kejahatan, iaitu syaitan yang terkutuk."

Dan ketika engkau keluar dari tandas hendaklah engkau baca doa ini pula:

"Ya Allah, berikan keampunan kepada aku. Segala puji bagi Allah yang menghilangkan daripadaku barang yang menyakiti dan mengekalkan didalam badanku barang yang memberi manafaat akan daku"

Dan sebaiknya hendaklah engkau siapkan segala yang engkau perlukan untuk beristinjak itu sebelum engkau qada hajat. Dan jangan engkau beristinjak dengan air ditempat qada' hajat dan hendaklah engkau beristibrak ( melawaskan ) daripada air kencing dengan cara engkau berdehem-dehem dan melalukan jari di bawah kemaluan sebanyak 3 kali.

Dan jika engkau mahu beristinjak sedang engkau berada ditengah padang maka hendaklah engkau mencari tempat yang jauh daripada pandangan orang ramai ( supaya tidak tercium baunya dan tidak didengan bunyinya) dan hendaklah menghadap kepada sesuatu yang dapat engkau jadikan didnding di hadapanmu dan jangan engkau membuka auratmu sebelum engkau sampai ke tempat duduk dan janganlah engkau mengadap kearah kiblat, matahari dan bulan. Dan janganlah pula membelakangkan yang demikian itu. Dan janganlah engakau qadha' hajat di dalam air yang tenang atau dibawah pokok yang berbuah dan jangan pula di
dalam lubang dan jauhilah daripada kencing diatas tanah keras atau ditempat yang bertiup angin kerana ditakuti engkau akan terkena percikannya seperti sabda Rasullullah s.a.w.

" Sesungguhnya kebanyakan seksa kubur adalah berpunca daripadanya" yakni tidak ber-hati-hati dalam bersuci daripada najis)
( Riwayat oleh Ad Daraquthni daripada Anas R.A.
)

Dan engkau hendaklah ketika qadha hajat itu dengan memberatkan sebelah kakimu yang kiri supaya lebih mudah keluar najis dan janganlah engkau kencing dalam keadaan berdiri kecuali ketika dharurat dan himpunkanlah didalam istinjak itu antara menggunakan batu ( boleh diganti dengan kertas tisu )) dan aiir. Dan jikalau engkau mahu menggunakan salah satu diantara dua perkara ini maka hendaklah engkau memilih menggunakan air kerana itu lebih afdhal.

Dan apabila engkau mahu menggunakan batu sahaja maka carilah 3 biji batu yang suci yang dapat menyerapkan ( menyuci dan mengeringkan ) najis maka engkau sapu dengan batu itu akan tempat keluar najis sekiranya tidak menyebabkan najis itu merebak ke tempat lain dan begitu pula hendaklah engkau sapukan kemaluanmu dengan tiga kali sapu daripada sebiji batu maksudnya mengunakan sebiji batu yang agak besar yang boleh digunakan tiga penjuru daripadanya, tetapi kalau batu itu kecil maka perlulah 3 biji batu . Dan jikalau belum berhasil bersih dengan dengan 3 biji batu maka hendaklah sempurnakan istinjakmu dengan 5 biji batu atau 7 biji sehingga jadi suci tempat keluar najis itu. Dan bilangan batu itu disunatkan ganjil. Dan mensucikan tempat keluar najis hukumnya WAJIB. Dan janganlah engkau beristinjak dengan tangan kanan. Dan hendaklah engkau membaca doa seperti berikut:

"
Ya Allah! Sucikanlah hatiku daripada sifat munafik dan peliharakanlah kemaluanku daipada kejahatan ( seperti zina).

Dan hendaklah engkau menggosok tanganmu dengan tanah atau dinding ( atau dengan sabun ) setelah selesai daripada istinjak. Kemudian lalu engkau membasuh akan tanganmu itu dengan air.


**********

Friday, September 4, 2009

PESAN IMAM AL GHAZALI (4)

Imam Ghazali = ' Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?

Murid 1 = ' Orang tua '
Murid 2 = ' Guru '
Murid 3 = ' Teman '
Murid 4 = ' Kaum kerabat '

Imam Ghazali = ' Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).


Imam Ghazali = ' Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?'

Murid 1 = ' Negeri Cina '
Murid 2 = ' Bulan '
Murid 3 = ' Matahari '
Murid 4 = ' Bintang-bintang '

Imam Ghazali = ' Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama'.


Imam Ghazali = ' Apa yang paling besar didunia ini ?'

Murid 1 = ' Gunung '
Murid 2 = ' Matahari '
Murid 3 = ' Bumi '

Imam Ghazali = ' Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.'


IMAM GHAZALI' Apa yang paling berat didunia? '

Murid 1 = ' Baja '
Murid 2 = ' Besi '
Murid 3 = ' Gajah '

Imam Ghazali = ' Semua itu benar, tapi yang paling be! rat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.'

Dan The Duck Walking With Bag
Imam Ghazali = ' Apa yang paling ringan di dunia ini ?'

Murid 1 = ' Kapas'
Murid 2 = ' Angin '
Murid 3 = ' Debu '
Murid 4 = ' Daun-daun'

Imam Ghazali = ' Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat '


Imam Ghazali = ' Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? '

Murid- Murid dengan serentak menjawab = ' Pedang '

Imam Ghazali = ' Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ! ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri '


*********

Thursday, August 20, 2009

PESAN IMAM AL GHAZALI (3)




ADAB-ADAB BANGUN DARI TIDOR

Hendaklah engkau berusaha supaya dapat bangun dari tidor sebelum terbit fajar dan hendaklah zikrullah yang mendahului segala sesuatu, baik dihatimu ataupun di lidahmu, dan bacalah doa berikut:

" Segala puji bagi Allah, Tuhan yang menghidupkan kami setelah mematikan kami dan kepadaNya kami akan kembali. Telah berpagi-pagi kami dan telah berpagi-pagi ( telah jadi) segala kerajaan itu bagi Allah segala keagungan bagi Allah. Segala kemegahan dan segala kekuasaan hanya bagi Allah, Tuhan sekelian alam".

Telah berpagi-pagi kami atas keadaan fitrah Islam dan kalimat keikhlasan dan diatas ugama Nabi Muhammad s.a.w. dan atas millah Nabi Ibrahim a.s. yang selalu dalam cenderung kepada Islam dan membenci ugama yang lain. Dan bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang mushrik.

Ya Allah! Kami meminta kepada Mu supaya Engkau bangunkan kami pada hari ini untuk dapat melakukan segala kebaikan dan kami berlindung dengan Mu daripada melakukan sebarang kejahatan atau pun mengenakannya kepada orang Islam yang lain.

Ya Allah, dengan Mu kami berpagi-pagi dan dengan Mu kami berpetang-petang dan dengan Mu kami hidup dan dengan Mu kami mati. Dan kepada Mu kami akan dikembalikan . Kami memohon kepada Mu akan kebaikan hari ini dan segala kebaikan yang ada di dalamnya, kami berlindung dengan Mu daripada kejahatan hari ini dan segala kejahatan yang ada di dalamnya."

Apabila engkau memakai pakaianmu maka hendaklah engkau niatkannya menjunjung perintah Allah pada menutup auratmu dan janganlah berniat dengan berpakaian itu untuk menunjuk-nunjuk kepada makhluk. kalau begitu, engkau akan mendapat kerugian.

**********

Tuesday, August 18, 2009

PESAN IMAM AL GHAZALI (2)


Adab-adab Melaksanakan Ketaatan

Ketahuilah olehmu bahawa perintah Allah itu ada yang fardhu (wajib) dan ada yang sunat. Yang fardhu ialah modal iaitu asas perniagaan. Dan dengan modal ini kita akan selamat, sedangkan yang sunnat itu ialah keuntungan dan dengan keuntungan itu kita akan mendapat beberapa darjat kelebihan.

Sabda Rasulullah s.a.w. - Ertinya:

" Allah Ta'ala telah berfirman ( di dalam hadith qudsi ): tidak ada suatu cara yang lebih sesuai untuk hambaKu menghampirkan dirinya kepada Ku dengan seumpama mereka melakukan ibadat yang Aku fardhukan ke atas mereka. Dan sentiasa seorang hamba Ku menghampirkan diri kepada Ku dengan menambah amalan yang sunat-sunat ( setelah mereka melakukan yang fardhu-fardhu) sehingga Aku mencintainya, maka apabila Aku telah mencintainya maka Akulah pendengaran yang ia mendengar dengannya dan Akulah pengelihatan yang ia melihat dengannya dan Akulah lidahnya yang ia bercakap dengannya dan Akulah tangannya yang ia menyentuh dengannya dan Akulah kakinya yang ia berjalan dengannya. "
( Hadith riwayat Bukhari dari Abu Hurairah ),

Dan engkau, wahai penuntut - tidak dapat melaksanakan semua perintah Allah Taala kecuali dengan menguasai hati dan seluruh anggotamu pada sekelian masa dan nafasmu, bermula dari pagi sampai ke petang.

Dan ketahuilah bahawa Allah Taala itu mengetahui segala yang ada di dalam hatimu dan Dia menilik segala yang ada pada zahir dan batinmu. Dan Dia mengetahui segala masamu, lintasan hatimu dan segala langkah-langkahmu dan segala diammu dan gerakmu. Dan samaada engkau bergaul dengan orang ramai atau engkau duduk bersendirian, sebenarnya engkau sentiasa didalam perhatian Tuhanmu. Maka tidak diam sesuatu yang diam di alam "MULK" ( alam yang nampak oleh manusia) dan alam "Malakut" ( alam yang tidak nampak oleh manusia) dan tidak bergerak segala bergerak kecuali Tuhan yang menguasai sekelian langit dan bumi itu melihat dan mengetahuinya sepertimana FirmanNya:

" Dia ( Allah) mengetahui pandangan mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh hati "
( Surah Al Mukmin , ayat 19)

Allah berfirman Lagi:

" Allah mengetahui rahsia dan yang lebih tersembunyi lagi"
( Surah Thaha, ayat 7)

Maka jagalah adab-adabmu di hadapan Tuhanmu, baik zahir ataupun batin seperti beradabnya seseorang hamba yang hina yang banyak membuat kesalahan di hadapan seorang raja yang gagah perkasa. Dan bersungguh-sungguhlah engkau menjalani adab sehingga Tuhanmu tidak melihat engkau di tempat yang Dia larang dan jangan sampai engkau tidak ada di tempat yang dikehendakiNya kehadhiranmu.

Dan Engkau tidak akan mampu berbuat demikian kecuali bila engkau aturkan masa mu baik-baik dan engkau susunkan wirid mu ( bacaanmu ) daripada waktu pagi hingga ke petang. Maka dengarlah baik-baik, kerana aku akan menyebutkan segala yang disuruh oleh TuhanMu bermula dari engkau bangun tidur ( diwaktu pagi ) sampai kepada engkau kembali semula ke tempat tidurmu pada hari berikutnya.

( Petikan dari Buku Bidayatul Hidayah, diterjemahkan oleh Abu Ali Al Banjari An Nadwi , Terbitan Khazanah Banjariah, No. 3 Jalan Sheikh Muhammad al-Banjari, Maahad Tarbiah Islamiah, Derang, Pokok Sena, Kedah Darul Aman)


*********

Sunday, August 16, 2009

PESAN IMAM AL GHAZALI (1)

ADAB-ADAB MANDI


Apabila engkau junub, samaada kerana engkau bermimpi atau engkau jimak maka bawalah sebekas air ke bilik mandi dan mulakan dengan membasuh kedua-dua tanganmu tiga kali dan tanggalkan segala kotoran dari badanmu kemudian hendaklah engkau berwudhuk seperti wudhuk yang engkau buat untuk solat berserta dengan segala doa-doanya dan kemudiankan membasuh kedua kakimu supaya air tidak jadi sia-sia.

Apabila engkau sudah selesai daripada berwudhuk maka tuangkanlah air keatas kepalamu tiga kali dan engkau berniat mengangkatkan ( menghilangkan ) hadas junub kemudian tuangkanlah air kesebelah badanmu yang kanan dan ikutilah dengan sebelah kiri dan gosokkan bahagian hadapan dan belakang daripada badanmu dan selat-selati rambut di kepala dan juga janggutmu dan sampaikan air ke tempat-tempat yang berlipat-lipat daripada badanmu dan tempat tumbuh rambut baik yang tipis mahupun yang tebal dan jangan sekali-kali engkau sentuh kemaluanmu selepas berwudhuk tadi maka apabila tersentuh tanganmu dengannya maka ulangi wudhukmu sekali lagi.

Dan perkara-perkara yang wajib dalam mandi ini ialah:
1. Niat
2.Menghilangkan najis ( jika ada)
3.Meratakan air keseluruh anggota badan

Dan perkara-perkara yang wajib dalam wudhuk pula ialah:

1. Niat
2.Membasuh muka sekali
3. Membasuh kedua tangan sampai kedua siku juga sekali
4. Menyapu sebahagian daripada kepala sekali
5. Membasuh kedua kaki sampai ke buku lali sekali
6. Tertib.

Dan yang lain daripada itu hukumnya adalah sunat muakkad dan kelebihannya sangatlah banyak, pahalanya sangat besar dan orang yang tidak mengambil berat dengan yang sunat ini adalah rugi bahkan boleh membawakan yang wajib dalam bahaya, kerana perkara-perkara yang sunat merupakan penampung kepada kekurangan yang ada pada yang wajib.

**********