Anak saya Rohayati ada berpesan, bahawa laman blog digunakan untuk penulisan sendiri. Bukannya "copy and paste". Semua orang boleh buat jika hanya "copy and paste" sahaja. Maknanya tulisan sendiri. Itu yang sepatutnya dilakukan oleh seorang blogger. Bukan ambil orang punya dan tampal dalam blog sendiri. Masaalahnya saya ingin gunakan laman blog ini untuk mempromosikan susu kolostrum Alpha Lipid Lifeline. Jadi apakah jenis penulisan yang sesuai dimuatkan disini selain dari berita dan perkembangans semasa yang berkaitannya.
Dengan kerana itu saya seltkan juga beberapa petikan dari buku2 yang saya baca. Semoga dapat memberi sedikit pengetahuan kpd pembaca sekelian.
Baiklah. Kalau begitu saya nak cuba bercerita mengenai cermin. Sejenis perkakasan yang dipakai untu melihat dengan mendalam khususnya muka diri sendiri. Sekiranya ada sesuatau yang tidak memuaskan seumpama di lubang hidung, tepian mulut dikiri dan dikanan, misai dan janggut, sideburn dan bahagian muka yang lain.
Sekali peristiwa , saya bersama dua orang kawan bertugas luar stesyen. Peristiwa ini berlaku di tahun 1983, ketika saya ditempatkan di Pusat Rekod Kakitangan Kerajaan, JPA, di Tingkat 6 Wisma PKNS, Jalan Raja Laut.KL.
Ketika sedang berihat di Melaka, kami bertiga berbual hal-hal yang berlaku hari ini dan juga hal-hal di pejabat. Dengan tiba-tiba si mamat kawan saya ni, yang terlalu perasan dirinya teramat "perfect and very knowledgeable", merungut-rungut memberitahu bahawa semua staf di pejabat tidak ada kesesuaian berkawan dgn beliau. Si A ti dak sesuai, Si B begitu, Si C begini, Si D tak pandai itu, Si C tak boleh ini.
Percakapan beliau itu membuatkan saya naik meluat. Dengan spontan saya memintas cakapnya. Saya katakan sekiranya semua orang tidak sesuai berkawan dengan kita, menunjukkan ' "something must be wrong with ourself". Dengan kerana itu, eloklah kita mencerminkan diri kita sendiri. Cari dimana silapnya kita sehingga semua orang tidak sesuai bersahabat dengan kita. Muhasabah diri kata bahasa sekarang
Mendengar kata-kata saya, beliau terus bangun masuk bilik dan terus tidor, sehingga saya bertemu semula dengan beliau esok pagi.
Banyak udang, banyak garam
Banyak orang, banyak ragam.
Amacam? Bolehkah saya menulis sebegitu?
“Makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai mereka yang berlebih-lebihan.”(Al A’raf: 31)
Showing posts with label Sahabat. Show all posts
Showing posts with label Sahabat. Show all posts
Monday, November 23, 2009
Sunday, September 6, 2009
Warkah Dari Sahabat
Assalamualaikum w.b.t.,
Para sahabat Nabi Muhammad s.a.w berasa gembira apabila Ramadhan akan menjelang dan berasa sedih apabila Ramadhan akan berakhir. Biarlah ini menjadi ikutan kita dan bukan sebalik nya dengan bersedih apabila datang Ramadhan dan bergembira apabila akan berakhir Ramadhan.
Jika seluruh Umur adalah Dosa maka Takwa dan Taubah adalah Ubatnya. Jika semua harta adalah Racun maka Zakatlah penawar nya. Jika seluruh bulan adalah Noda maka Ramadhan adalah pemutihnya. Marhaban Ya Ramadhan.
Mata kadang salah melihat. Mulut kadang salah berucap. Hati kadang salah menduga. Maafkan segala kekhilafan yang pasti ada. Bulan di mana nafas kita menjadi tasbih. Tidur kita menjadi ibadah Amal kita diterima dan doa kita di ijabah.Sebelum cahaya dunia padam. Sebelum hidup berakhir. Sebelum pintu taubat tertutup. Sebelum Ramadhan datang, saya pohon mohon ampun dan maaf zahir dan batin.
Selamat bersahur, berpuasa, berbuka, bertarawih, bertadarus dan beramal jariah. Azam kita semoga puasa Ramadhan dalam tahun ini adalah yang terbaik sekali sepanjang umur kita. Mungkin kah Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan yang terakhir buat diri kita? Semoga Allah s.w.t. redhai dan berkati amalan kita semua.
Ahlan Wasahlan Yaa Ramadhan.
Subscribe to:
Posts (Atom)