Showing posts with label TAZKIRAH. Show all posts
Showing posts with label TAZKIRAH. Show all posts

Sunday, August 5, 2012

6 PERKARA ALLAH SEMBUNYIKAN..


Allah SWT selesai menciptakan Jibrail a.s dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail a.s memandang dirinya sendiri dan berkata:

'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'

Lalu Allah s.w.t berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'

Kemudian Jibrail a.s berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah s.w.t. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail a.s solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 
 
'Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yangbersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga, maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solat kamu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'

Kemudian Jibrail a.s berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai ganjaran imbohan ibadat mereka?'

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'

Kemudian Jibrail a.s meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail a.s mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail a.s dengan mengembangkan sayapnya dan terbang.  Setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun.  Terbanglah malaikat Jibrail a.s selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? '

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud.
 
 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbohan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

1- Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
2- Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
3- Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
4- Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
5- Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
6- Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Wahai rakan rakan ku yg dikasihi sekalian, sebarlah ilmu ini, agar semua yang diluar sana, kembali ke pangkal jalan, ikut jalan Islam yang sebenar-benarnya. Sesiapa yang mengajak kepada kebaikkan, pahala seseorang yang diajak kebaikkan itu dapat padanya tanpa dikurangkan sedikitpun.

Monday, September 26, 2011

CABARAN UMAT ISLAM DI ALAF BARU

Adelaide, 11 Sept- “Islam tidak menolak hak-hak sebagai manusia, malah Islam amat menitik beratkan sifat kemanusiaan. Namun, ia mengancam akidah umat Islam apabila ‘human rights’ ini dijadikan satu ideologi kerana manusia menjadi asas dalam memutuskan semua perkara,”. Ini adalah antara pengisian daripada Pn. Norsaleha Mohd Salleh, pensyarah Usuluddin Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) kepada peserta program “Cabaran Umat Islam di Alaf Baru” yang bertempat di Parks Community Centre, pada Ahad lepas.

Menurut beliau, masyarakat perlu sedar akan ancaman Humanism, Pluralism, Syiah dan Kristianisasi yang melanda masyarakat Malaysia hari ini sebelum terlambat.
Beliau yang juga merupakan Ketua Wanita ISMA dan Ketua Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga ISMA Pusat berharap supaya para pelajar yang belajar di luar negara dapat menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat apabila pulang ke tanah air nanti.

“Tanggungjawab mengajak masyarakat ke arah kebaikan bukan hanya terletak pada ustaz atau ustazah sahaja malah perlunya kesedaran umat Islam untuk mengembalikan, membangunkan serta mempertahankan jati diri umat dan jangan sesekali dipandang kecil”, ujar beliau lagi.

Lebih membimbangkan lagi kira-kira 250 000 orang di Malaysia dianggarkan telah murtad dan ditambah pula dengan penyakit sosial remaja yang semakin membarah, berpunca daripada rosaknya hubungan dengan Allah. Serangan-serangan halus ini diulas dengan lebih lanjut dalam forum yang menampikan ahli–ahli panel iaitu Ustazah Norhayati Abdul Wahab, Dr. Hasimah Ismail dan Dr. Mohd Zaki Ibrahim bersama moderator, Dr. Rozanizam Zakaria.

Hadirin disarankan untuk kembali kepada ajaran Islam dan memperbaiki hubungan dengan Allah serta bersama-sama dalam usaha pentarbiyahan dan mengadopsi gaya fikir baru dalam menghadapi ancaman-ancaman tersebut. Program ini telah dihadiri oleh masyarakat di Adelaide yang terdiri daripada para pelajar dan warga Malaysia yang bermastautin di sini .

Disediakan oleh,
Wartawan
Media ISMA SA

Monday, August 15, 2011

Many people do not know that it is from the sunnah to stand feet to feet and so during a jamaa'h, they leave a small gap in between. To what extent are we obliged to try and fill the gap by spreading our feet further apart? If the line is not straight, do we align ouselves to the person on our right, or the one on the left?.

Praise be to Allaah.

It is obligatory for the Muslims to make their rows straight and compact and to close the gaps between them. That is done by standing shoulder-to-shoulder and foot-to-foot.

It was narrated from Anas ibn Maalik that the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) said: “Make your rows straight for I can see you behind my back.”

Narrated by al-Bukhaari, 686; Muslim, 425.

It was narrated from ‘Abd-Allaah ibn ‘Umar that the Messenger of Allaah (peace and blessings of Allaah be upon him) said: “Make your rows straight, stand shoulder to shoulder and close the gaps, and do not resist your brothers’ hands. Do not leave any gaps for the Shaytaan. Whoever complete a row, Allaah will reward him, and whoever breaksa row, Allaah will forsake him.

Abu Dawood said: What is meant by “Do not resist your brothers’ hands” is that a man should be easy-going if his brother pushes him forwards or backwards to make the row straight. (‘Awn al-Ma’bood).

Narrated by Abu Dawood, 666; al-Nasaa’i, 819. Classed as saheeh by al-Albaani in Saheeh Abi Dawood, 620.

It was narrated that al-Nu’maan ibn Basheer said:

“The Messenger of Allaah (peace and blessings of Allaah be upon him) turned to face the people and said, ‘Straighten your rows,’ three times, ‘for by Allaah either you straighten your rows or Allaah will create division among your hearts.’ And I saw men standing shoulder to shoulder, knee to knee, ankle to ankle.”

Narrated by Abu Dawood, 662; classed as saheeh by al-Albaani in Saheeh Abi Dawood, 616.

Should a man look to his right or his left so that he can make the row straight?

The Sunnah is for the imam to stand in the front, in line with in the middle of the row, then the rows should start from behind the imam, not from the right hand side of the mosque or the left, as some people do. Rather they should start from behind the imam, then the row should be completed to both the right and the left, so as to follow the Sunnah of having the imam in the middle.

Based on this, then whoever is in the right half of the row should look to his left and align himself with whoever is on his left and whoever is in the left half should look to his right and align himself with whoever is on his right.

With regard to the gaps between the feet, the worshipper should stand in a moderate fashion, neither standing with his feet together nor making them too far apart, because the further apart he makes them, the further his shoulders will be from his neighbour’s shoulders. Making the rows straight and compact is achieved by standing foot-to-foot and shoulder-to-shoulder.

Shaykh Bakr Abu Zayd said:

One of the new things that we see some people doing, with no evidence in sharee’ah, is that in prayer they try to align themselves with a person on the right if they are on the right hand side of the row, or to align themselves with a person on their left if they are on the left hand side of the row, and they turn their feet inward so that their ankles are touching the ankles of the people next to them.

This is something for which there is no basis in sharee’ah and it is going to the extreme in implementing the Sunnah. This is wrong on two counts.

The alignment of the row should begin from where the imam is standing. Whoever is on the right of the row should align himself by looking at those who are to his left (i.e., closer to the imam). Thus the line will be straightened and the gaps will be filled. Alignment is done by lining up necks, shoulders and ankles, and by completing the front rows.

But to try to spread the legs wide and turn the feet inward so that one's ankles touch one’s neighbours’ ankles is an obvious mistake and an exaggeration, and a new interpretation which is indicative of going to extremes in trying to apply the Sunnah. It causes annoyance and is not prescribed in sharee’ah, and it widens the gaps between people standing in prayer.

That becomes apparent when the people prostrate, and when they stand up again they become distracted in trying to fill the gaps and turning their feet to make their ankles touch their neighbours’ ankles, which makes them miss out on what they should be doing, which is to make the toes point in the direction of the qiblah.

Doing that is like competing with one’s neighbour and trying to take his place. All of that is not prescribed in sharee’ah.

Laa jadeed fi Ahkaam al-Salaah, 12. 13.


Islam Q&A.... q&a.com

Wednesday, August 10, 2011

Murtad: Memadam Kebakaran

Semua sudah maklum betapa berleluasanya murtad dan gejala negatif yang bukan sahaja berlaku di kalangan remaja. Apa yang sedang berlaku ini diibaratkan melihat di depan sana sebuah rumah yang sedang terbakar. Tiada siapa yang waras akan membiarkan begitu ...saja rumah terbakar. Tidak boleh berdiam diri atau buat-buat tidak tahu saja. Dan bukan juga saat yang sesuai untuk saling salah menyalah dan saling tuduh menuduh sebagai pihak yang bertanggungjawab.

Pada ketika itu semua pihak perlu merasa bertanggungjawab. Sekadar kecoh dan riuh rendah memperkatakan rumah sedang terbakar juga tidak membawa sebarang makna. Apa yang lebih penting dan utama ialah memfokuskan kepada bagaimana hendak memadamkan rumah yang sedang terbakar serta bertindak menyelamatkan rumah-rumah lain yang belum terbakar.
Ertinya menghalang api dari merebak dan mengambil langkah berkesan agar tiada kebakaran baru.

Sikap terbaik dalam menangani murtad dan gejala negatif sama seperti melihat rumah yang sedang terbakar. Jangan cuba berlepas tangan atau berpeluk tubuh kerana api boleh merebak dengan pantas. Dan jangan ada sangkaan atau dakwaan bahawa api tidak akan sampai membakar rumah kita pula. Atau jangan terlalu yakin bahawa perkara yang sama tidak akan terjadi kepada rumah kita sendiri. Kalau kini kita tidak mengendahkan kebakaran yang sedang berlaku, mungkin suatu masa nanti orang lain pula tidak memperdulikan kita, ketika berlakunya kejadian yang sama.

Bertindaklah segera. Berbuatlah terlebih dahulu apa yang termampu sebagai kaedah bantu mula. Dengan cara itu kemungkinan dapat meredakan sedikit kemarakan api tersebut. Berbagai pihak perlu juga terlibat dalam memadamkan kebakaran. Agar berbagai cara dan alat dapat digunakan. Ada yang mencurah pasir, ada yang menggunakan guni basah, ada yang memukul dengan dahan kayu yang berdaun hidup dan ada yang memunggah barang yang berkesempatan diselamatkan sementara masih berpeluang.

Janganlah pula hendaknya ada pihak yang tidak berbuat apa-apa, sebaliknya mengkritik orang yang sedang sibuk memadamkan kebakaran. Lebih-lebih lagi bertindak menghalang atau mengganggu pihak lain yang sedang bertungkus lumus. Atau janganlah pihak yang sama-sama memadam kebakaran itu mempertikaikan cara dan alat yang digunakan oleh orang lain. Ini selagi niat dan maksudnya adalah sama-sama untuk memadamkan kebakaran dan bukan ada kepentingan lain.

Memang tidak dinafikan adanya pihak yang berniat serong dan mempunyai maksud tersirat, umpamanya sambil memadamkan kebakaran, mencari peluang untuk mendapat upah, meraih nama atau yang lebih teruk ialah hendak mencuri barang kepunyaan rumah yang terbakar itu. Malanglah nasib tuan rumah tersebut, dalam keadaan mungkin kehilangan rumah, barang-barangnya pula dikebas oleh orang yang kelihatannya sedang sama-sama memadam kebakaran.

Sikap dan cara berfikir umat Islam sendiri merupakan faktor penting ke arah kejayaan menangani murtad dan gejala negatiif. Sikap dan cara berfikir yang salah turut menyumbang kepada berkembangnya gejala negatif. Ini diibaratkan rumah yang sedang terbakar dicurahkan pula petrol.

Dalam konteks manusia, umpamanya mereka yang terjebak dengan kemaksiatan dan kemungkaran sering tidak dipedulikan. Malah ramai pula yang menjadi tukang kutuk, tukang kritik dan tidak tahu bagaimana hendak membaik pulih. Kedapatan golongan yang kononnya hendak membaik pulih, lantaran pendekatan yang salah maka menambah parah lagi keadaan yang sudah sedia rosak. Ibarat orang yang mengidap penyakit kencing manis disuapkan gula.

Contoh lain yang sering terjadi ialah mereka yang sudah mula menunjukkan adanya perubahan ke arah positif turut sama menerima habuan kritikan. Banyak prasangka yang dilemparkan kepada mereka. Kononnya mereka berpura-pura, berlakon, berlagak warak, menunjuk-nunjuk. Kita sering cemas kepada golongan yang ingin berubah dan cenderung kepada agama. Ertinya kita mahu mereka berubah tetapi tidak mahu ke arah agama.

Tidak kurang juga yang turut kena tempias kritikan ialah mereka yang terlibat secara langsung dalam membawa perubahan. Kita tidak mahu berputih hati untuk mengucap syukur dan berterimakasih di atas segala usaha mereka itu. Kita cuba menyuluh niat tersirat mereka. Sedangkan mereka bercekang mata, penuh gigih dan mengorbankan masa dan tenaga dalam kerja-kerja membaik pulih masyarakat agar mengenal Tuhan dan hidup bersyariat.

Sepatutnya kita turut menyumbang apa yang termampu meringankan beban mereka. Malang dan sangat merugikan umat Islam kini yang seringkali berbalah tidak kena tempat dan masa. Ketika kita sangat perlukan perpaduan dan kerjasama dalam menangani gejala negatif, ketika itu pula kita renggang dan bertikai antara satu sama lain. Kita tidak pandai melihat keutamaan yang patut diberikan iaitu sama-sama membenteras kemungkaran. Dalam keadaan kita dituntut memberikan pengorbanan besar demi kepentingan umat, ketika itu pula kita meraih keuntungan di atas kesusahan dan penderitaan orang lain.

Para sahabat adalah golongan yang telah merelakan diri mereka susah, menderita dan terkorban demi kemuliaan agama Allah SWT di atas muka bumi ini. Sewaktu Nabi Allah Ibrahim a.s dibakar di dalam api yang amat besar oleh Namrud, seekor burung pipit telah berusaha hendak memadamkan api tersebut. Di atas api yang menjulang-julang dan mengganas itu dibawanya air di dalam paruhnya lalu dititiskan ke atas api itu. Berkali-kali dia melakukan demikian, tetapi api tidak kunjung padam. Sekumpulan burung gagak yang menyaksikan perbuatan si pipit itu mentertawakannya, malah menyifatkan perbuatan si pipit itu sebagai tidak berfaedah dan tidak akan berupaya memadamkan api yang besar. Namun si pipit dengan penuh yakin menjawab: "Aku telah melakukan apa yang patut apabila melihat Nabi Allah Ibrahim a.s di bakar oleh musuh. Moga-moga nanti aku tidak ditanya, mengapa kamu hanya berdiam diri apabila melihat Nabi Ibrahim dibakar? Inilah sikap yang patut ada!

محمد فضلي بن يوسف 09 Ramadhan 1432H 09 Ogos 2011

Silakan share (Jika ingin kongsikan di blog, atau di copy paste ke nota anda, sila nyatakan nama saya dan buat pautan ke FB saya, agar saya mudah menjawab segala persoalan yang timbul dari artikel ini.

Link terus ke FB saya: http://facebook.com/mfadli11 atau ke note ini, http://www.facebook.com/note.p​ hp?note_id=10150338783321719)

Saya sudah membuat nota Cara Membina Link dan Share Nota FB, harap dapat membantu untuk share nota-nota saya untuk diri sendiri dan kawan-kawan.

Berumrah bersama kami - Bimbingan dan tarbiyah sepanjang jalan. Rabbani Travel & Tours Sdn Bhd, hubungi saya 012-4962812, Mohd Fadli Yusof.
See More

Tuesday, August 9, 2011

Sekilas Pandang Isu Murtad: Mencegah Lebih Baik Dari Mengubat

Kini sekali lagi masyarakat Islam negara ini riuh kembali berkenaan isu murtad.

Isu murtad bukan perkara baru dalam sejarah umat Islam. Bezanya di zaman ini murtad berlaku secara individu. Di zaman Saiyidina Abu Bakar, golongan yang murtad diperangi habis...-habisan. Kerana golongan murtad pada zaman itu membentuk satu 'movement' dalam usaha untuk menggoyah dan menggugat keyakinan umat. Dalam lain perkataan, mereka, golongan murtad berusaha memurtadkan orang lain.

Wujudnya kumpulan (group) golongan murtad dan penyokong murtad di halaman sosial Facebook, juga membimbangkan kita tentang gejala ini. Hinggalah isu terkini tentang adanya usaha pihak tertentu untuk memurtadkan orang-orang Melayu Islam yang nipis keimanannya. Riuh rendah masyarakat terhadap isu murtad adalah sesuatu yang boleh dibanggakan. Ini membuktikan sensitiviti umat masih ada. Dan itu merupakan sebagai tanda bahawa iman umat masih belum padam, cuma tidak terlalu bersinar.

Andainya iman itu benar-benar memancar tentulah sensitiviti itu tidak bermusim dan akan turut peka terhadap berbagai perkara lain yang tidak kurang pentingnya bagi umat Islam. Sekiranya hati umat Islam sudah tidak merasai apa-apa kesan terhadap soal murtad umpamanya,dibimbangi akan mengalami dua kali bala. Satu pihak menanggung bala murtad, manakala pihak yang lain pula menanggung bala dayus.

Bertambah besar dayusnya apabila terjadinya murtad itu dari angkara pihak lain yang kita berdiam diri kerana takut dan terlalu hendak menghormati pihak lain. Sedangkan pihak yang memurtadkan umat Islam itu tidak pula pernah mahu menghormati umat Islam. Membiarkan kehormatan diri dan anak isteri dicabuli sudah dianggap dayus, apatah lagi membiarkan aqidah umat dicabuli.

Murtad bukan perkara kecil dan tidak boleh dipandang ringan. Penyelesaiannya menuntut kepada mekanisma yang berkesan. Kalau dalam soal lain seperti masalah ekonomi kita menghadapinya dengan segala pelan tindakan yang teliti, terpeinci, rapi dan sempurna; dalam soal murtad ini tidak boleh secara lebih kurang, atau retorika dan slogan.

Kedapatan pula masyarakat Islam yang memilih jalan mudah iaitu menuding kepada pihak lain yang kononnya bertanggungjawab. Dengan cara itu diri sendiri akan dapat berlepas tangan. Dalam hal ini pihak pemerintah dan agensi yang bertanggungjawab sering menjadi sasaran tudingan. Ada juga yang menuntut supaya diadakan undang-undang, penguatkuasaan dan hukuman oleh pemerintah. Seolah-olah undang-undang dan hukuman itu akan dengan mudah menyelesaikan masalah murtad. Pada teorinya memang dengan hukuman nampak berkesan, yang kononnya orang lain akan serik dan takut. Namun perlu diingat, realiti tidak sama dengan teori. Buktinya, cuba lihat dalam kes lain yang memang telah sedia ada undang-undang, penguatkuasaan dan hukuman. Sebut sahaja umpamanya dadah, rasuah, rogol dan termasuk kesalahan lalu lintas. Ramai yang sudah dihukum mati kerana kesalahan mengedar dadah. Ramai yang sudah dipenjara kerana sabit kesalahan rasuah. Mereka yang diberitakan mati kerana gelojoh di jalan raya juga meningkat. Apakah manusia lain mahu serik dan takut? Penagih dadah lebih merana terseksa kerana kesesakan pusat serenti berbanding kesan penagihan. Pengguna jalan raya lebih takutkan saman berbanding accident dan mati di jalanraya.

Ini membuktikan dalam menangani masalah murtad, hukuman bukan jalan penyelesaian terbaik. Undang-undang dan penguatkuasaan bukan jalan keluar berkesan yang menjamin tidak berlakunya murtad. Kalau hendak dilaksanakan ianya sebagai tindakan terakhir setelah lebih dahulu dilakukan pendekatan yang lebih utama dan lebih penting.

Islam adalah wahyu Allah SWT yang sempurna, lengkap dan menyeluruh. Islam sentiasa menyediakan jalan keluar kepada apa jua permasalahan. Perlaksanaan Islam secara syumul akan menyelesaikan masalah, memperlihatkan keindahan ajarannya dan turut terasa keindahan Islam itu pada pengamalnya.

Murtad, atau apa saja masalah kehidupan mestilah melalui pendekatan mencegah, mengubati (pemulihan) dan membendung.

A. Mencegah Mencegah maksudnya menghindari sesuatu itu sebelum ia berlaku. Ini adalah langkah paling penting. Sayangnya pendekatanlah ini yang amat kurang dititikberatkan. Di samping terabai, kalau adapun kurang berkesan. Keberkesanan pencegahan ini akan menjamin tidak berlakunya murtad. Pencegahan yang berkesan adalah datangnya dari dalam diri manusia itu sendiri. Di sinilah letaknya betapa pentingnya benteng iman dan taqwa dalam hati manusia. Firman Allah SWT: إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِہِمۡ‌ۗ "Sesungguhnya Allah tidak mengubah sesuatu kaum itu sehingga mereka mengubah apa yang ada dalam diri mereka." (Surah Ar Ra'd: 11)

Allah SWT menyebut mengenai perubahan apa yang ada di dalam diri manusia itu' ditujukan kepada sesuatu yang memang sifatnya mudah berubah iaitu hati. Murtad itu bukan datangnya dari anggota lain seperti tangan, kaki, telinga, hidung, mulut atau organ lain. Ianya datang dari hati. Dan hati juga menjadi penggerak atau pemerintah kepada seluruh anggota lain. Maka benteng yang paling kukuh, utuh dan teguh mestilah datangnya dari hati. Keteguhan benteng itu hanyalah dengan iman dan taqwa. Dengan iman yang utuh, taqwa yang tinggi biar apapun pengaruh yang datang, seseorang itu tidak akan menggadai maruah dan aqidahnya. Aqidahnya tidak akan dijual dengan harga secebis cinta atau segunung emas hingga nyawa bercerai dari badan. Pembinaan iman dan taqwa ini mesti dilakukan sekurang-kurangnya dengan dua kaedah iaitu pendidikan (tarbiyah) dan dakwah.

1. Tarbiyah (pendidikan) Ini adalah proses ubah ansur pembentukan pegangan, pemikiran dan sikap manusia. Mendidik umat mestilah menjurus kepada penyuburan iman dan taqwa. Sehingga hati umat benar-benar merasai keagungan dan kebesaran Allah. Cinta dengan Syurga dan gerun dengan neraka. Meletakkan agama di atas segala-galanya. Kepentingan Allah dan Rasul-Nya mesti didahulukan dari segala kepentingan lain. Hafal rukun iman serta huraian dan memahami ajaran Islam bukan bererti sudah memiliki iman yang mantap. Hafal dan faham itu hanya terletak di akal bukan di hati. Hati yang merasai gementar terhadap Allah SWT itu barulah dikatakan hati yang terisi dengan iman. Pendidikan berlaku berterusan yang akhirnya dengan kematian. Memasuki alam persekolahan yang berorentasikan peperiksaan bukan tarbiyah. Itu namanya pembelajaran (taklim). Tarbiyah ini berlaku sama ada secara formal atau informal. Tidak kira apa bentuknya, pokok pangkal mesti membentuk hati yang merasai keagungan Allah SWT. Keluarga, alam persekolahan dan masyarakat adalah unsur yang berperanan dalam menjayakan pendidikan.

2. Dakwah Dakwah juga mestilah ke arah pembentukan jiwa manusia. Seruan yang tidak terpisah dari tabsyir dan tanzir (khabar gembira dan ancaman) akan lebih berkesan mencorakkan pegangan manusia. Dakwah juga tidak boleh bermusim atau sekadar aktiviti masjid dan persatuan. Dakwah mesti dijadikan sebahagian dari tugas berterusan setiap individu muslim. Dakwah juga jangan pula hanya rancak saja tanpa matlamat yang jelas. Atau tidak dijadikan gelanggang untuk 'mental exercise' tanpa kesimpulan yang boleh dijadikan pegangan. Pendakwah sepenuh masa mestilah ramai jumlahnya dan diiktiraf setaraf dengan jawatan lain. Cuma, pendakwah perlu memiliki berbagai disiplin, kemampuan dan memenuhi ciri-ciri dan syarat yang sewajarnya.

B. Mengubati (Pemulihan) Ini adalah "follow-up program" andainya kedapatan umat yang jatuh murtad. Sangat merbahaya memberi ruang kepada berlakunya murtad kemudian baru hendak dipulihkan. Umpama membiarkan penyakit menghinggapi seseorang kemudian baru mencari ubat untuk penyembuhan. Tiada jaminan pemulihan atau mengubati ini mendatangkan kesembuhan. Berlakunya murtad kerana pencegahan tidak berkesan atau terabai. Apa pula jaminan pemulihan akan berjaya sekiranya pencegahan berlaku banyak kelemahan. Walaupun demikian semua pihak termasuk pemerintah perlu membentuk mekanisma yang membolehkan pesalah murtad dipulihkan secara sistematik. Tentulah bahaya murtad lebih memerlukan pemulihan berbanding bertungkus lumus mengendalikan kesalahan lain.

C. Membendung Andainya setelah pendekatan pertama dan kedua telah diusahakan bersungguh-sungguh, berlaku juga umat terjerumus kepada murtad maka langkah terakhir ini perlu diambil. Membendung ertinya tidak membenarkan berlaku pertambahan jumlah atau merebak. Mesti dijauhi dari berjangkit kepada individu lain. Seperti juga dengan kesalahan lain seperti zina yang dihukum rejam dan mencuri dipotong tangan, maka murtad menurut pendapat ulama adalah dihukum bunuh, yang perlaksanaannya adalah langkah terakhir. Perlaksanaan hukuman ini setelah terlebih dahulu masyarakat dididik, di dakwah, diajar dan segala ruang kemungkaran telah ditutup. Keluarganya sempurna, kasih sayang sudah merata, tiada tekanan hidup, pengaruh luar sudah dibanteras, masyarakat juga sudah berlaku adil, andainya masih tidak mahu insaf, barulah hukuman dijalankan. Hukuman itu dilakukan sebagai iktibar kepada yang lain. Ini hanya dalam keadaan masyarakat itu sendiri bersifat mahu mengambil iktibar. Berlaku di sebuah negara jiran yang penduduknya majoriti umat Islam.

Para ulama sering mengadakan dialog dengan pihak kristian. Setiap kali dialog, kemenangan dan kebenaran jelas berpihak kepada para ulama. Di sana Islam juga sering dijadikan sasaran fitnah. Semua fitnah itu dijawab oleh para ulama dengan hujah yang konkrit. Jaguh pidato lantang dan mengasyikkan pendengar. Pidato mereka sangat memukau dan membius masyarakat umum. Di tengah-tengah kehebatan pidato dan kejituan hujah, bertambah ramai jumlah umat Islam menukar agama kepada Kristian dan lain-lain ajaran. Mengapa terjadi demikian sedangkan Islam itu jelas benarnya melalui hujah dan pidato? Jawabnya ialah umat Islam memang handal dalam bercakap tetapi kosong pada tindakan. Biarpun mereka tidak menang hujah dan tidak jaguh dalam pidato, namun mereka masuk kampung, panjat bukit, meredah hutan, meranduk paya dan lumpur. Mereka menabur budi dan kebaikan. Mereka berbakti kepada masyarakat. Mereka meratakan kasih sayang. Mereka bukan sekadar mengubati kurap, panau, kudis buta dan tokak anak-anak pedalaman. Tetapi mereka juga mengubati luka dan bengkak hati lantaran tidak dipedulikan dan tiada kasih sayang.

Masyarakat dahagakan bimbingan, pimpinan, kemesraan, kelunakan dan kasih sayang. Apa yang mereka perolehi dari kalangan Islam ialah kutukan, maki hamun, sumpah seranah, tuduhan dan cercaan. Kata-kata seperti jahil, fasik, kafir, bodoh, lembab, lemah akal, kolot sering mereka dengar. Tiada siapa yang mahu mendampingi mereka. Kalau diundang berceramah, kos, ongkos dan envelope yang diperhitungkan. Sepatutnya yang bergelar pejuang semakin pokai papa kedana. Sebaliknya "08.00am-05.00pm" menjadi asasnya, yang selebihnya adalah tuntutan elaun ditambah lagi dengan envelope masyarakat bawahan.

Tidak hairan mengapa kes murtad banyak berlaku sebenarnya. Cuma yang mengisytiharkan murtad saja yang sedikit. Marilah kita berbuat apa yang kita boleh buat dan jangan menuding kepada pihak lain. Kita tidak tahu hari ini anak orang lain, mungkin suatu hari nanti suku sakat kita pula. Pemerintah ada bahagian dan tanggungjawabnya. Kita juga tidak akan mudah lepas tangan begitu saja. Sama-sama berganding bahu kerana semua kita akan dipersoalkan oleh Allah SWT di Akhirat nanti. محمد فضلي بن يوسف

07 Ramadhan 1432H 07 Ogos 2011 Silakan share (Jika ingin kongsikan di blog, atau di copy paste ke nota anda, sila nyatakan nama saya dan buat pautan ke FB saya, agar saya mudah menjawab segala persoalan yang timbul dari artikel ini. Link terus ke FB saya: http://facebook.com/mfadli11 atau ke note ini, http://www.facebook.com/note.p​ hp?note_id=10150337055506719)

Saya sudah membuat nota Cara Membina Link dan Share Nota FB, harap dapat membantu untuk share nota-nota saya untuk diri sendiri dan kawan-kawan. Berumrah bersama kami - Bimbingan dan tarbiyah sepanjang jalan. Rabbani Travel & Tours Sdn Bhd, hubungi saya 012-4962812, Mohd Fadli Yusof.
See More
By: Mohd Fadli Yusof

******

FASTING IN ISLAM

Fasting is the third of the Five Pillars of Islam and involves fasting during the holy month of Ramadan, which is probably the most notable time for fasting among Muslims.

In Islam, fasting for a month is an obligatory practice during the holy month of Ramadan, from fajr (dawn), until the maghrib (dusk).

Muslims are prohibited from eating, drinking (including water), and engaging in sexual activity. They are also encouraged to temper negative emotions such as anger and addiction.

Fasting in the month of Ramadan is one of the Pillars of Islam, and thus one of the most important acts of Islamic worship. By fasting, whether during Ramadan or other times, a Muslim draws closer to God by abandoning body pleasures, such as food and drink. This makes the sincerity of their faith and their devotion to God (Arabic: Allah) all the more evident.

The Qur'an states that fasting was prescribed for those before them (i.e., the Jews and Christians) and that by fasting a Muslim gains taqwa, which can be described in one word as 'Godconsciousness' or 'Godwariness'. Fasting is believed to help promote chastity and humility and prevent sin, the outburst of uncontrolled lusts and desires and far-fetched hopes. To Muslims, fasting acts as a shield with which the Muslim protects him/herself from jahannam (hell).

Muslims believe that fasting is more than abstaining from food and drink. Fasting also includes abstaining from any falsehood in speech and action, abstaining from any ignorant and indecent speech, and from arguing, fighting, and having lustful thoughts. Therefore, fasting strengthens control of impulses and helps develop good behavior.

During the sacred month of Ramadan, believers strive to purify body and soul and increase their taqwa (good deeds and God-consciousness). This purification of body and soul harmonizes the inner and outer spheres of an individual. Muslims aim to improve their body by reducing food intake and maintaining a healthier lifestyle.

Overindulgence in food is discouraged and eating only enough to silence the pain of hunger is encouraged. Muslims believe they should be active, tending to all their commitments and never falling short of any duty. On a moral level, believers strive to attain the most virtuous characteristics and apply them to their daily situations. They try to show compassion, generosity and mercy to others, exercise patience, and control their anger. In essence, Muslims are trying to improve what they believe to be good moral character and habits.[37]

For Muslims, fasting also inculcates a sense of fraternity and solidarity, as Muslims believe they are feeling and experiencing what their needy and hungry brothers and sisters are feeling. Those who are already poor and hungry are often considered exempt from fasting, as their condition renders them effectively fasting all the time; however, many still refrain from eating during the day. Moreover, Ramadan is a month of giving charity and sharing meals to break the fast together.

The Siyam ( fasting ) is intended to teach Muslims patience and self-control, and to remind them of the less fortunate in the world. The fast is also seen as a debt owed by the Muslim to God. Faithful observance of the Siyam is believed to atone for personal faults and misdeeds, at least in part, and to help earn a place in paradise. It is also believed to be beneficial for personal conduct, that is, to help control impulses, passions and temper. The fast is also meant to provide time for meditation and to strengthen one's faith.

Menyambung bicara saya mengenai Ibrahim Ali minggu lalu. Segelintir ultra kiasu dalam parti komponen Barisan Nasional begitu anti dengan beliau. Misalnya, seorang perwakilan dalam Mesyuarat Agong MIC ke 65 membawa seekor katak, bagi tujuan menghina Ibrahim Ali atas tindakannya selama ini.

Ini belum termasuk kenyataan Presiden MIC yang baru dilantik menjadi menteri penuh, mengancam akan keluar dari Barisan Nasional (BN) jika BN menerima parti lain yang mewakili masyarakat India. Kadangkala terfikir juga, bolehkah bukan Islam ini dipercayai? Atau mereka hanya mengambil kesempatan sahaja. Maaf, saya tidak kata semua.

Sebelum itu, paderi bergelar Tan Sri yang menyertai rombongan Perdana Menteri ke Rom bagi mewujudkan hubungan diplomatik dengan Pope Benedict XVI Gereja Roman Katolik, sekali lagi mendesak Putrajaya mewujudkan kementerian hal ehwal bukan Islam ekoran hubungan dua hala dengan Vatican.

Pendek kata, suara bukan Islam berlainan bangsa seolah-olah senada. Manakala, umat Islam yang bergelar satu umat, tidak pernah senada. Bergaduh tidak pernah reda. Yang peliknya, bila berhadapan dengan bukan Islam, lembut gigi daripada lidah. Sesama Islam begitu keras sekali pendekatannya.

Persoalan saya, adakah umat Islam yang menjadi minoriti di negara bukan Islam dilayan sebaik ini? Terdapatkah kementerian hal ehwal Islam seperti ini di negara China, India dan negara barat yang lain? Umat Islam tidak kurang ramainya di negara-negara tersebut. Beri betis nak peha. Apa lagi hak bukan Islam yang tidak dipenuhi di negara bertuah ini? Pergilah ke negara lain, lihatlah nasib minoriti dari segi bilangan rumah ibadat mereka, kubur mereka, dan sebagainya, cukuplah untuk membuktikan betapa beruntungnya kita di sini.

Perancangan licik ini amat jelas walaupun penganutnya kurang dari sepuluh peratus. Mereka terus mendesak kerajaan mewujudkan Majlis Antara Agama, berbanding jawatankuasa sedia ada. Jika diwujudkan, pasti mereka akan mendominasi menenggelamkan agama-agama lain yang lebih ramai penganutnya.

Permasalahan yang timbul tidak semesti diselesaikan dengan menubuhkan kementerian bukan Islam seperti yang pernah dikemukakan Mac lalu ekoran penahanan 35,000 kitab Injil versi Bahasa Malaysia oleh Kementerian Dalam Negeri - yang diimport dari Indonesia untuk penganut Kristian.

Orang kuat Kristian itu berkata lagi, mereka mahukan kerajaan membenarkan Katolik meneruskan seminar latihan paderi untuk menggalakkan penganut Kristian-Katolik mendapat pendidikan dan kursus guru selain mewujudkan hubungan dua hala antara institusi agama Islam dan Pontifical Institute for Arabic and Islamic Studies.

Hairan saya, tidak cukup lagikah kemudahan dan kelonggaran yang diberikan selama ini. Setiap hari cuti (ahad) saya lihat, pelbagai aktiviti diadakan di hotel-hotel dan dewan-dewan. Memperlihatkan seolah-olah syurga Kristian berada di sini, bukan di negara-negara barat. Itupun tidak cukup lagi.

Tidak semestinya apabila kerajaan ultra kiasu menubuhkan portfolio majlis eksekutif untuk menjaga isu-isu keagamaan bukan Islam pada Februari tahun ini, maka kita perlu mengikutinya. Sesuatu tindakan perlu berasaskan kepada perlembagaan dan sensitiviti masyarakat setempat terutama pribumi.

Masihkah kita ingat, sebelum ini mereka mendesak supaya ditubuhkan The Interfaith Commission of Malaysia (IFC), tetapi masih belum berjaya. Jika kerajaan tunduk kepada desakan mereka, maka berjayalah perancangan dan misi mereka selama ini yang telahpun tercapai walaupun, badan secara formal belum ditubuhkan.

Tujuannya tidak lain bila ada badan yang sah di sisi undang-undang, mereka mempunya kuasa undang-undang yang boleh mengubah sesetengah agama akibat didesak oleh agama lain. Mari kita saksikan tuntutan mereka yang boleh dikatakan ‘berjaya’ walaupun kononnya badan rasmi belum ditubuhkan.

Ridwan Teh ingatkan hala tuju tuntutan penganut bukan Islam

Monday, August 8, 2011



Apabila orang Islam tidak bersuara dengan satu suara, inilah jadinya.

Baru-baru ini seorang pederi bergelar Tan Sri meminta dari Dato Seri Najib satu Kementeriaan khusus untuk hal ehwal bukan Islam ketika satu lawatan rasmi ke Vatican City.

Macamlah status mereka sama dengan Islam untuk dapatkan peruntunkan. Dalam perlembagaan, sebenarnya tiada peruntukan untuk kaum bukan Islam.

Riduan Teh mengingatkan kembali kepada IFC dan tuntutan mereka yang bakal merupakan tuntutan puak ini. Memahami puak ini, mereka akan terus menuntut tidak henti benda yang dah disebut:

1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharus secara menjadi Islam.

2. Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembalikepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendali oleh mahkamah syariah tetapinya dikendali tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.

4. Tidak perlu dicatatkan dalam kad pengenalan Islam sebagai agama seseorang Muslim.

5. Orang bukan Islam tidak perlu memeluk Islam jika ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan murtad jika ingin berkahwin dengan bukan Islam tanpa tindakan undang-undang.

6. Pasangan suami isteri yang salah seorangnya memeluk Islam, tidak mempunyai hak jagaan terhadap anak.

7. Kerajaan mesti menyediakan dana mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah ibadat bukan Islam seperti dana untuk masjid.

8. Orang bukan Islam mempunyai hak ke atas harta ahli keluargannya yang memeluk Islam (jika meninggal).

9. Orang bukan Islam boleh menggunakan dan tidak boleh dihalang menggunakan perkataan-perkataan suci dalam Islam.

10. Bible bahasa Malaysia dan Indonesia mesti dibenarkan diedarkan secara terbuka untuk bacaan umum.

11. Pelajaran agama bukan Islam mesti juga diajar disekolah seperti mana pelajaran Islam.

12. Program berunsur Islam dalam bahasa ibunda hendaklah ditiadakan. Manakala, program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing

13. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat hendaklah boleh digunakan untuk keperluan bukan Islam.

14. Islam tidak sepatutnya disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah (termasuk doa pagi).
Baca sepenuhnya di blog Azli Shukri sini

Bagi yang mudah lupa, terutama orang PAS, Dato Ambiga memainkan peranan besar dalam IFC sebagai Presiden Bar Council. Kesungguhkannya hingga dia menganjurkan satu forum Memeluk Islam yang mana ada Naib Presiden PAS, dan Latheefa Koya terlupa bahawa mereka bersama menentang forum tersebut.


Monday, August 1, 2011

Guidelines in using the word “Allah”

By Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Translation by Umm Jaabir (weproofread4u.blogspot.com)

I would like to suggest hereby few issues that should be looked into carefully regarding the usage of the word “Allah” by the non-Muslims.

As mentioned in my previous article (2007) entitled “The Difference between Saying ‘Allah’ and Protecting Our `Aqeedah”, this issue is more of a local issue involving public harmony, while it does not involve any specific prohibition from the authoritative evidences of Islam i.e. the Qur’an and the Sunnah. Therefore I hope that this statement will be read along with the aforementioned article.

The Arab Christians and non-believers of Makkah used the term “Allah” to refer to God. Evidences from the Qur’an and the Sunnah support this. However, in the Malaysian context, this issue is rather new and unique. Therefore, it incites reservations and uncertainties, especially in various issues and questions that arise due to this incident, one of which is what is the genuine intent behind such demand?

For the Muslims, the education [and understanding] of `Aqeedah has never been adequately emphasized. Too much emphasis is placed on Fiqh that we forgot about the fundamentals of our belief, which is `Aqeedah. Consequently, though many Muslims perform their obligatory prayers, many also easily believe in khurafat, bomoh, tahyul (superstition, black magic, witch-craft, etc) and others.

If our `Aqeedah is clear and firm, without doubt issues such as this one, Christianization effort, and influences from other religions would not be able to interfere with [or threaten] our `Aqeedah and mind. On the contrary, this issue should make us realize the importance of emphasizing and purifying our `Aqeedah and knowing the boundaries of iman (belief) and kufr (disbelief).

In order to avoid confusion and unhealthy conflicts within our country and the multi-racial and religion society, I would like to put forth few suggestions as guidelines for the government to look into:

1. The name “Allah” should not be used, except to refer to the true Almighty God. Therefore, no group is allowed to call any other gods that people claim to be god or a third/middle person/intermediary to God by the name “Allah”. Examples include calling an idol, a stone, an object or other human as “Allah”. If this happen, it is rightful for the Muslims to denounce it. The disbelievers of Makkah who called the true God as Allah and committed shirk (associate others with Allah) against Him, never once called their idols “Allah”. On the other hand, these idols were called by al-Latta, al-`Uzza, Manaat, and others.

2. For people to call the true God as Allah is indeed appropriate as this also proves that Islam is correct when it teaches us to call God as “Allah”. Therefore, it is acceptable; moreover it should be encouraged for everyone to say “Allah is the Creator of this universe”, “Allah sends down rain”, “Allah instructs us to do good” and others regardless of their religion. These are truly words of truth. It is incorrect for the Muslims to deny these facts when mentioned by non-Muslims. In fact, the Qur’an says:
“And if you asked them, “Who sends down rain from the sky and gives life thereby to the earth after its lifelessness?” they would surely say “Allah.” Say, “Praise to Allah”; but most of them do not reason.” [Al-Ankaboot, 29:63]

3. If they [the non-Muslims] admit that Allah is the true God, and consequently they call Him as such in their rituals, then a Muslim shall not interfere with the rituals of other religions. While Islam vehemently opposes their acts of Shirk (associating Allah with others), the freedom of performing rituals is the right of every religion.

4. The non-Muslims shall not use the name “Allah” to spread words that vilify Islam, such as making fun of Allah in their media to the Muslims, or making fun of the name “Allah” in writing, drawing, making films or anything of that nature, as often happens in the West.

5. The non-Muslims shall not introduce confusion or obscurity in the teachings of Islam by abusing or misusing the name “Allah”. Such provocative action shall be dealt with sternly. Islam holds onto a general principle of humanity that no party shall exploit or introduce confusion to the teachings of others. As such, the Muslims shall not do so to the teachings of other religion.

6. To say the name “Allah” in communications between Muslims and non-Muslims in a respectful manner and to honor Allah like when a non-Muslim say to a Muslim, “may Allah bless you” or “may Allah grant you rizq” are allowed. Rather, it should be practiced as such. In one occasion when the Prophet sallAllahu `alayhi wasallam and the Quraysh of Makkah entered into a treaty, both used the name “Allah” as mentioned in a hadith in Sahih Muslim:

It has been narrated on the authority of Anas that the Quraysh made peace with the Prophet (may peace be upon him). Among them was Suhail bin `Amr. The Prophet (may peace be upon him) said to ‘Ali: Write “In the name of Allah, most Gracious and most Merciful.” Suhail said: As for “Bismillah,” we do not know what is meant by “Bismillah-ir-Rahman-ir-Rahim” (In the name of Allah the Most Gracious and Most Merciful). But write what we understand, i.e. Bi ismika Allahumma (In thy name, O Allah).

These are few of my suggestions that can be used as guidelines with regard to this very issue, so that the Malaysians will stay calm and not get involved with protest demonstrations due to it. On the contrary, every party should respect the sensitivity of others.

Wednesday, July 27, 2011

SELAMAT DATANG RAMADHAN

Ada lima perkara yang membatalkan pahala puasa, yang jika dilakukan puasa akan sia-sia, hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja.

Dari Anas r.a, Rasulullah ﷺ bersabda: "Lima perkara yang menghapuskan puasa (membatalkan pahala puasa) iaitu dusta, mengum...pat, menghasut (memecah belah), membuat sumpah palsu dan melihat wanita yang bukan mahram dengan syahwat."

Dari lima perkara itu, empat darinya berkaitan lisan atau percakapan, iaitu dusta, mengumpat, menghasut dan bersumpah palsu. Perkara ini amat mudah berlaku setiap masa dan tempat. Kerana itu jagalah lisan dan percakapan kita sepanjang Ramadhan ini, agar ia berterusan penjagaannya sepanjang tahun.

MULUT dan lidah dengan fungsinya sebagai alat pertuturan adalah antara anggota yang liar dan merbahaya. Jika tidak dikawal sewajarnya, mulut dan lidah boleh mendatangkan fitnah, permusuhan dan kecelakaan.

Hakikat ini telah disedari oleh para bijak pandai nenek-moyang kita dulu. Mereka memperkatakannya dalam bentuk bahasa yang indah (peribahasa). Antara peribahasa yang berkenaan ialah: "Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padanya" dan "Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa".

Banyak hadis memberi amaran tentang bahaya lisan ini, antaranya:

Diriwayatkan, Abu Sufyan bin 'Abdullah as-Saqafi telah bertanya kepada Rasulullah, "Apakah anggota manusia yang paling merbahaya?". Rasulullah menunjukkan lidah baginda dan bersabda, "Inilah". ‎"Barangsiapa yang banyak perkataannya, akan banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, akan banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". (Riwayat Abu Nuaim)

"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya". (Riwayat at-Tirmizi)

Antara madah ulama pula ialah: "Peliharalah lidahmu, kerana lidah itu menempah kebinasaan dirimu" (Ibnu al-Mubarak).

"Jangan gunakan lidahmu untuk berbicara tentang apa yang boleh mematahkan gigimu" (Imam Sufyan al-Tsauri).

"Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak cakap tidak semestinya cerdik, kerana kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak cakap."

Rasulullah ﷺ bersabda: مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ "Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia BERKATA BAIK atau dia DIAM." (Hadis dari Abu Hurairah r.a., direkod al-Bukhari dan Muslim) Di dalam hadis ini menyebut dua perkara, BERKATA BAIK atau DIAM. Rasulullah menyebut berkata baik lebih dahulu dari diam, ertinya berkata yang baik (termasuk menasihati atau menegur masyarakat, pemimpin atau pemerintah) itu lebih utama. Jika tidak mampu berkata baik, maka lebih baik diam. Jika dalam menasihati orang lain, tapi tidak mampu menasihati dengan baik, tidak boleh kawal emosi, kekurangan ilmu, maka terlebih baik bagi orang itu ialah diam. Serahkan kepada orang yang mampu berkata baik dalam menasihati.

Ingatlah, menasihati orang yang bersalah, tidak salah. Yang salah memikirkan kesalahan orang. Lidah itu menjadi begitu merbahaya kerana disalahgunakan. Tetapi sekiranya digunakan sebaik-baiknya, lidah akan mendatangkan kebajikan dan kebahagiaan dunia dan akhirat.

Penggunaan lidah secara betul dan dituntut ialah untuk: ~ berzikir dan membaca al-Quran, ~ menyampaikan ilmu, nasihat dan dakwah - amar makruf dan nahi mungkar. ~ berdoa kepada Allah Taala. ~ berkomunikasi dengan sesama manusia dalam hal yang diredhai, tidak dimurkai Allah.

Perlu diingat, dalam menggunakan percakapan yang baik itu, hakikatnya, "Berkata tentang yang baik mudah. Membuat perkara yang baik susah. Yang paling susah berikhlas di dalam membuat perkara yang baik." Penggunaan lidah (pertuturan) yang ditegah ialah: ~ berdusta, (gurauan), atau membuat janji palsu. Rasulullah ﷺ bersabda, maksudnya : "Ada tiga perkara yang sesiapa terlibat dengan satu daripadanya, maka dia adalah munafiq, walaupun dia mengamalkan puasa dan sembahyang, iaitu apabila bercakap dia berdusta, apa berjanji dia mungkir dan apabila diamanahkan dia khianati". ~ mengumpat, memfitnahkan orang, menghasut atau menjadi "batu api".

Rasulullah ﷺ bersabda: "Jauhilah kamu daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih jahat daripada berzina. Penzina, apabila bertaubat, mungkin diampuni Allah, tetapi pengumpat tidak diampuni oleh Allah sehingga dia diampuni oleh orang yang diumpatnya". Orang yang mengumpat itu bagaikan melontarkan segala kebajikan ke timur ke barat dan ke kiri ke kanan, yakni dia menghantar kebajikannya kepada orang yang diumpatnya. Maka itu, Ibnu al-Mubarak berkata, "Jikalau aku ingin mengumpat, tentu aku akan mengumpat ibuku sendiri, kerana dialah yang terlebih berhak mendapat kebajikan daripadaku".

Rasulullah ﷺ bersabda: "Sewaktu aku berjalan pada malam israk, aku lihat beberapa puak penghuni neraka sedang makan bangkai. Menjawab pertanyaanku, Jibril berkata, "Mereka itu ialah orang-orang yang suka makan daging manusia di dunia'" (Orang-orang yang mengumpat).

Kepada Mu'az bin Jabal, Rasulullah pernah bersabda: "Putuskan lidahmu daripada mengumpat ahli al-Quran, penuntut ilmu, dan jangan engkau koyak-koyakkan daging manusia dengan lidahmu, nanti akan dikoyak-koyakkan dagingmu oleh anjing neraka". ~ mencacatkan cakap orang, membenarkan cakap sendiri dan berbantahan. ~ memuji diri. Allah Taala berfirman, mafhumnya: "Maka jangan kamu mengatakan diri kamu suci (memuji diri). Dia (Allah) maha mengetahui orang yang bertaqwa" (al-Najm: 32). ~ mengutuk dan memaki makhluk. ~ mendoakan kejahatan untuk manusia. ~ mengeluarkan kata-kata kotor, kesat, lucah, lucu (lawak yang tidak benar), sindiran dan gurau-senda dengan tujuan menghina dan memalukan orang.

Semua yang berkaitan dengan amalan lidah yang tersebut dikategorikan sebagai "kata-kata haram". Di samping itu, banyak menuturkan "kata-kata harus (mubah)" yang tidak berfaedah ditegah juga. Kerana, apabila banyak berbicara, berborak umpamanya, selalunya lidah tergelincir lalu menuturkan kata-kata yang haram itu. Kalau tidak demikian pun, sekurang-kurangnya merugikan masa dan mengikut ulama, akan memanjangkan hisab di akhirat kelak, sebagaimana yang dimaksudkan dalam syair berikut: "Jauhilah daripada kata-kata berlebihan, kerana hisabnya nanti berpanjangan."

Malik bin Dinar bermadah, "Apabila engkau dapati rasa degil bersarang di hatimu, terasa dhaif (lemah atau malas) beribadat dan sukar mendapat rezeki, maka ketahuilah, semuanya itu disebabkan oleh ucapan lidahmu mengenai perkara yang tidak mendatangkan manfaat kepadamu".

Menurut Imam al-Ghazali, kata-kata yang harus dan tidak berfaedah itu akan meimbulkan empat kesan negatif:

Pertama, menyibukkan malaikat mencatat kata-kata yang sia-sia itu. Sayugianya, seseorang itu malu dan tidak menyusahkan malaikat itu. Allah berfirman : "Ingatlah ketika mencatat dua malaikat pencatat amal, satu di kanan dan satu lagi di kiri dalam keadaan duduk. Tiada satu kata pun yang diucapkan (oleh seseorang) melainkan di sisinya ada (dua) malaikat pengawas yang sedia hadir" (Qaaf, 50: 17-18).

Kedua, kitab (buku catatan kedua-dua malaikat tersebut) akan dipersembahkan ke hadrat Allah Taala. Oleh itu, seseorang hamba Allah hendaklah takut kepada Allah dan berhati-hati supaya di dalam kitab itu tidak tercatat kata-kata yang sia-sia.

Diriwayatkan, seorang alim bertemu dengan seorang yang sedang mengeluarkan kata-kata yang keji dan tidak berfaedah. Lalu katanya kepada orang itu, "Amat malang bagimu! Engkau memenuhi kitab yang akan dipersembahkan ke hadrat Allah. Fikirlah sendiri, dengan apa engkau penuhi kitab itu!"

Ketiga, kitab itu akan dibacakan pada hari kiamat di hadrat Allah Malikul-Jabbar dalam perhimpunan paling agung segala manusia di padang Mahsyar pada hari kiamat.

Keempat, hamba Allah yang berkenaan akan mendapat cercaan dan penghinaan kerana kandungan kitabnya penuh dengan kata-kata yang sia-sia itu. Tiada lagi hujah baginya untuk membela diri.

Marilah kita mempersiapkan diri dalam menghadapi Ramadhan yang bakal tiba, agar dapat bermujahadah mengawal pertuturan dari yang haram dan sia-sia. Moga amalan kita sepanjang Ramadhan khususnya puasa akan diterima Allah sebagai amal soleh.

Ingatlah pesanan Rasulullah ﷺ: كَمْ مِنْ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ إِلَّا الْجُوعُ وَكَمْ مِنْ قَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ قِيَامِهِ إِلَّا السَّهَرُ "Berapa ramai orang puasa hanya mendapatkan lapar; dan berapa banyak orang yang mendirikan ibadah di malam hari, hanya mendapatkan penat saja." (HR. Ahmad)

Nota ini hasil dari status Mohd Fadli Yusof http://www.facebook.com/mfadli​ 11/posts/2322261055616 محمد فضلي بن يوسف 25 Syaaban 1432H 27 Julai 2011.

Tuesday, July 26, 2011

"Siapa dia untuk memainkan agama Allah?"

Waheeda Sekarang Mengkaji Bible….



Waheeda atau nama sebenarnya Norwahidah Abdul Wahab, 32, ketika diajukan soalan mengenai kehidupannya, berkata dia kini menjadi suri rumah sepenuh masa selain turut menghasilkan lagu untuk suaminya.

"Sepanjang berada di rumah saya menghabiskan masa mengkaji al-Quran dan Bible dan membaca karya pendakwah, Allahyarham Sheikh Ahmed Deedat," katanya

Waheeda terus komited dengan pendiriannya untuk tidak mahu kembali dengan alasan hukum menyanyi pada asalnya adalah harus tetapi ‘sebab-sebab tertentu’ menjadikan karier yang pernah diceburinya adalah haram.

Kata Waheeda, kesukaran menjaga solat dan keadaan persekitaran dalam dunia hiburan yang ‘merimaskan’ memaksanya membuat keputusan meninggalkan kerjaya itu selama-lamanya.

Itu dinyatakan ketika Waheeda menjadi ahli panel satu program bual bicara berjudul Komplikasi Islam dan Iman Membawa Ketenangan anjuran pengurusan masjid al-Azim, Pandan Indah, di sini, Jumaat lalu disaksikan kira-kira 400 jemaah.

Difahamkan, program bual bicara terbabit adalah ceramah pertama berbentuk serius disampaikan bekas selebriti berkenaan mengikuti jejak suaminya, Akhil Hayy.

Dalam program itu, antara yang memberikan ceramah adalah pensyarah British Malaysia Institut (BMI) yang juga penceramah, Ustaz Farhan Sudduq dan bekas gitaris, Sham Kamikaze.

Menurut Waheeda, biarpun menerima saranan kembali ke dunia hiburan dengan kemunculan semulanya membawakan watak yang menyampaikan kesenian Islam namun dia bertekad tidak mahu kembali lagi ke dunia itu dengan memberikan alasannya.

"Saya serik dengan dunia hiburan, amat sukar untuk berwuduk dan menjaga solat. Kita tahu artis rindukan Allah SWT namun persekitaran merimaskan membuatkan kita leka menunaikan tanggungjawab sebagai hamba.

"Punca sukar menunaikan solat adalah kesibukan di set penggambaran. Saya berhadapan masalah untuk bersolat dan berwuduk kerana penggambaran yang melalaikan.

"Saya pernah mahu mengekalkan wuduk untuk bersolat lima waktu namun apabila pengarah produksi tahu saya berwuduk dia sewenang-wenangnya memegang tangan saya.

"Malah, dia (pengarah) turut ketawakan saya sesudah wuduk saya terbatal. Siapa dia untuk memainkan agama Allah!” katanya sambil menitiskan air mata.

Menurutnya, walaupun sempurna berwuduk kadang kala wuduknya terbatal sesudah terlanggar rakannya seorang lelaki yang berimej wanita.

"Saya rimas dengan dunia hiburan, saya bertekad meninggalkan dunia itu kerana dunia hiburan tidak menghormati Allah SWT," katanya. Kata Waheeda, dia juga tidak mahu menyanyi lagi walaupun nasyid dengan alasan haram seorang wanita melunakkan suara di khalayak ramai.

****

Thursday, June 16, 2011

ISU perarakan maulid

MINDA DR. MAZA

ISU perarakan maulid di Pulau Pinang menjadi kecoh. Ramai wartawan menghubungi saya bertanya tentang hukum perarakan maulid Nabi s.a.w itu. Ia sangat menarik.

Sejak sekian lama orang Melayu berarak barangkali mereka terlupa bertanya asal-usul perarakan tersebut. Banyak isu-isu yang akhir ini menjadi universiti terbuka untuk rakyat. Ya, seperti mana yang kita tahu bahawa sejarahwan Islam sepakat baginda Nabi s.a.w lahir pada Hari Isnin, cumanya mereka berbeza pendapat tentang tarikh lahir baginda s.a.w. Kita biasanya mendengar disebut pada tarikh 12 Rabi'ul Awwal.

Namun ramai pengkaji yang menyatakan bahawa tarikh sebenar maulid baginda ialah pada 9 Rabi'ul Awwal. Antara yang berpegang dengan tarikh ini al-Syeikh Safiyy al-Rahman al-Muabarakfuri iaitu penulis kitab Sirah terkenal Rahiq al-Makhtum. Di samping di sana ada beberapa tarikh lain yang disebut oleh pengkaji sejarah yang lain. Kegagalan untuk memberikan tarikh yang disepakati itu antaranya berpunca dari para sahabah, tabi'in dan tabi al-tabi'in atau disebut generasi salafus soleh tidak merayakan Maulid Nabi s.a.w.

Al-Imam Ibn Kathir (meninggal 774H) mencatatkan bahawa cadangan agar tarikh Maulid Nabi s.a.w dijadikan tarikh kiraan tahun Islam pernah dibuat kepada 'Umar bin al-Khattab. Namun beliau tidak menerimanya. Kata seorang pengkaji Sirah yang juga merupakan tokoh politik dan Ahli Parlimen Jordan, Dr Muhammad 'Abd al-Qadir Abu Faris: "Pada pendapat kami -Allah lebih mengetahui-, hikmah di sebalik penolakan Umar itu kerana beliau mempelajari dari Rasulullah s.a.w agar kita berbeza dengan Yahudi dan Kristian. Orang Kristian menentukan tarikh berdasarkan kelahiran Nabi Isa bin Maryam a.s. Mereka berlebihan dalam memuji dan membesarkan baginda sehingga sampai ke peringkat ketuhanan. Mereka kata: dia anak Allah, kadangkala "dia Allah" dan dia satu dari yang tiga.

Tujuan 'Umar itu agar orang Islam tidak terjatuh seperti Kristian dalam berlebihan membesarkan Nabi s.a.w. Rasulullah s.a.w sendiri telah memberi amaran agar tidak berlebih-lebihan dalam memuji baginda. Sabda baginda: "Jangan kamu memujiku berlebihan seperti Kristian berlebihan memuji Isa bin Maryam. Aku hanya seorang hamba Allah. Katakanlah: "Hamba Allah dan rasul-Nya" (al-Bukhari). Maka Umar tidak menjadikan maulid Nabi s.a.w sebagai permulaan kalendar Islam untuk mengelakkan jenerasi kemudian menyeleweng" (Abu Faris, al-Hijrah al-Nabawiyyah, m.s 16, Jordan: Dar al-Furqan). Inilah ulasan Dr Abu Faris dan pendapat ini dikongsi oleh ramai pengkaji yang lain.

Tanpa syak umat Islam berbangga dengan kedatangan Nabi s.a.w. Kelahiran yang membawa kebahagiaan dan rahmat kepada dunia sejagat. Cumanya, dalam proses mengelakkan persamaan di peringkat itu mereka tidak mengadakan sebarang perayaan khas. Bukan bererti mereka tidak menghargai.

Sebaliknya generasi Salafussoleh merupakan zaman yang paling menghormati, mengikuti dan menghargai Nabi s.a.w. Mereka terjemahkan itu semua dalam tindakan dan perbuatan mereka. Mereka mengamalkan sunnah baginda dan menegakkan prinsip-prinsip kebenaran yang ditegakkan oleh baginda. Hakikatnya, mereka merayakan pengutusan Nabi s.a.w sebagai rasul sepanjang hayat mereka.

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Mingguan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

****

Tuesday, April 12, 2011

10 wasiat as-Syahid Imam Hassan al-Banna

1. Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2. Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3. Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus_hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.

4. Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6. Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7. Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8. Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9. Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan da'wah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.


:- Marilah sama-sama kita muhasabah diri, dan berusaha untuk mengamalkan wasiat yang amat berharga nilainya ini, insyaAllah. -

p/s: copy & paste dari http://www.syifaarjuna.blogspot.com/

Sunday, April 10, 2011

Dipetik daripada "Kitab Pendakian Salik Menuju Allah" karangan Syeikh Tokku Ibrahim Mohamad

Sumber: Blog de yantie

Sesiapa yang inginkan kemenangan dunia dan akhirat, janganlah dibiarkan masa berlalu dengan penuh kerugian. Jadikan setiap nafasmu nafas ibadah.

Wahai saudaraku,

Setelah engkau memiliki ilmu tiadalah lagi perkara yang penting melainkan beramal dengan ilmu, berilmu tanpa amal adalah binasa. Janganlah engkau berpaling lagi ke belakang, terus sucikan dirimu untuk menghampiri Tuhanmu sehingga terbuka cahaya hatimu dengan ilmu terus dariNya tanpa perantaraan. Hatimu akan bersinar dengan cahaya makrifat dan engkau memiliki harta yang amat bernilai, harta yang tiada dijual dimaya ini, tiada dimiliki oleh para jutawan dan para raja, harta yang menyebabkan engkau sentiasa tenang dan tiada mengharapkan apa bantuan dari sekelilingmu. Engkau akan diangkat menjadi kekasihNya sehinga segala hajatmu akan dipenuhi, engkau akan dijagaNya sehingga sesesiapa yang menyakitimu akan diisytihar perang ke atasnya. Tiadalah kejayaan yang hakiki melainkan berada dalam taman keredhaan takdirNya, hati yang terang menatap rahsiaNya, hati yang asyik dengan Asma’Nya, hati yang fana dengan kewujudanNya.

Wahai saudaraku,

Apabila engkau benar-benar beramal dan bersungguh bermujahadah dengan penuh keikhlasan, engkau akan dikasihiNya sehingga akan dilimpahkan ke dalam hatimu rahsia di sebalik rahsia. Engkau akan diperlihat hakikat di sebalik syariat, engkau mengenal dirimu dengan pengenalan yang hakiki, bukan diatas hafalan ilmu semata-mata tetapi dengan dzauk dan Penglihatan. Hatimu diberiNya Nur sehingga dengan Nur tersebut akan dapat menyaksikan Rahsia DiriNya. Engkau mencapai makrifat denganNya bukan dengan Guru manusia, Dia sendiri yang akan membisikkan pada sirrmu bahawa “ANA AL-HAQ”, maka tenggelamlah engkau dalam makrifat sehingga engkau tiada melihat tiada segala sesuatu melainkan Ia. Engkau akan melihat bahawa tiada suatu gerak melainkan gerak dariNya, tiada suatu yang maujud melainkan disana ada wujudNya, engkau akan memahami firmanNya; “Di mana kamu hadap disitulah wajah Allah”, “Wahai manusia, sesungguhnya kamu adalah fakir disisi Allah”, “Di mana kamu berada disitulah Ia berada” dengan kefahaman yang tiada dimiliki oleh orang biasa.

Tafsiran syariat adalah pembukaan sedangkan pentafsiran hakikat dengan dzauk dan pandangan. Tiada akan sama seorang yang melihat permukaan laut dengan mereka yang menyelam ke dasar laut. Tiada sama mereka yang mengenal diriNya pada permukaan zahir dengan mereka yang menyelam ke dalam lautan rahsia diri. Tiada akan sama dengan seorang yang belajar mengenal Tuhan dengan Guru manusia dengan mereka yang mengenal Tuhan dengan Tuhan sendiri. Tiada akan sama mereka yang mengucap La ilaha illaLlah di alam syariat dengan mereka yang mengucapnya di alam hakikat. Tidak akan sama huruf, kalimah dan bunyinya pada alam syariat dengan alam hakikat, tiada akan sama kenikmatan atau kepedihan di alam nyata ini dengan alam hakikat, tiada akan sama orang yang mati hatinya dengan orang yang hatinya sentiasa hidup dan asyik dengan Tuhan dan inilah yang mesti difahami sebagaimana firman Allah “Tidak sama orang yang berilmu dengan orang yang tiada ilmu,” “Tiada akan sama orang ahli syurga dengan ahli neraka”.

Wahai para Salik,

Jika engkau bersungguh-sungguh mengamalkan zikir di bawah bimbingan Guru yang telah terbuka baginya rahsia segala alam sehingga telah mencapai kesempurnaan makrifat, engkau akan merasakan perubahan pada rohanimu. Ruhmu akan melalui pendakian dari hati yang lalai kepada hati yang hidup mengingati Allah, dari hati yang hidup mendaki kepada hati yang asyik, kemudian mendaki pula kepada hati yang fana dan kemudian mendaki pula (kepada) meminum rahsia makrifat di alam yang tinggi. Nabi saw telah melakukan israk mikraj, membuka dan membelah langit bagi umatnya kepada Tuhannya.

Janganlah menjadi manusia yang bodoh dan lalai, pintu yang yang terbuka perlulah dilalui. Nabi dipimpin oleh malaikat Jibrail menujuNya dan engkau memerlukan Mursyid yang memimpin tanganmu dengan kasih sayang menuju TuhanMu. Kamu dibawa ke alam peleburan diri sehingga tiada kamu temui sesiapapun disitu melainkan DIA SAJA YANG WUJUD. Engkau akan memahami kalimah la ilaha illaLlah wahdahu laa syarikaalah dengan kefahaman yang terkunci lisanmu hendak dinyatakan. Engkau juga akan memahami beberapa ramai orang yang tidak mencapai kesempurnaan maqam ini tersilap tafsirannya sehingga ada yang mengaku dirinya Tuhan, mengaku dirinya jelmaam Tuhan, mengaku dirinya dan Tuhan bersatu sehingga ada dikalangan mereka yang meninggalkan syariat. Mereka tiada dibuka rahsia dengan sempurna atau pandangan makrifat mereka diserta dengan syaitan atau Jin. Mereka cuba bercakap ilmu para sufi namun mereka gagal dalam menyelami rahsia “ADAM” dan“ MUHAMMAD”. Mereka juga gagal memahami rahsia mufaraqah sebagaimana terpisahnya air laut dengan air sungai atau terpisahnya api dengan asap.

Wahai saudaraku,

Berjalanlah dirimu kepada Tuhan dengan berpakaian syariat, tarekah, hakikat dan makrifat. Syariat itu adalah pakaian Nabi, tarekah itu adalah perjalanan Nabi, hakikat itu adalah batin Nabi dan makrifat itu adalah rahsia Nabi. Berpakaian syariat sahaja tanpa hakikat adalah fasik, hakikat sahaja tanpa syariat adalah zindik. Seorang yang berada di alam syariat sahaja adalah masih tertipu kerana apa yang dilihat dan didengar oleh syariat tidak menjamin akan kebenaran hakikat, justeru itu seseorang perlu menyelami lautan hakikat dan tiada cara untuk menghubungkan antara ilmu syariat dan ilmu hakikat melainkan berilmu dan mengamalkan tarekah. Apabila dadamu benar-benar memiliki rahsia ilmu para auliya, engkau akan memahami kenapakah mereka itu amat kuat takut pada Allah, amat kuat berpegang pada syariat, amat wara’ dalam setiap pekerjaan, amat zuhud pada dunia, amat redha dengan takdir Allah, amat kuat ibadahnya, amat baik akhlak jiwanya, amat kuat tawakalnya, amat tinggi syukurnya dan amat tinggi cintanya pada Allah dan Rasul. Mereka memiliki penglihatan yang tidak dapat dilihat oleh mata biasa, ia adalah Nur yang dicampakkan ke dalam dada oleh Tuhannya sehingga tembus penglihatannya pada alam rahsia dan FANA dan BAQA ia dengan kekasihnya. Fahamilah ia rahsia cahaya di sebalik cahaya. Berbahagialah mereka yang mencapainya dan merekalah yang sebenarnya telah mencapai kejayaan hakiki baik dunia atau akhirat.

WaLlahu ‘alam.

DeDey Diary..

Saturday, April 2, 2011

Tips Bangun Subuh



Ramai rakan2 seagama yang mengalami kesukaran untuk bangun awal pagi dan mendirikan solat Subuh di awal waktu.

Masalah ini terjadi atas beberapa sebab; antaranya ia telah menjadi tabiat, tidur lewat dan perasaan malas.

Berikut adalah beberapa panduan atau tips yang boleh dicuba oleh kita bagi mengatasi masalah ini :

1. Tidur awal; sekitar 10 atau 11 malam supaya tidur anda mencukupi.

2. Ambil wuduk sebelum tidur.

3. Tanam azam di dalam diri untuk bangun awal.

4. Baca surah Al-Mulk, tiga Qul dan doa sebelum tidur.

5. Pasangkan niat; 'Aku nak bangun pukul sekian kerana Allah.'

6. Maafkan semua orang sebelum tidur.

7. Elakkan makan makanan berat sebelum tidur.

8. Elak diri dari melakukan maksiat sebelum tidur.

9. Gunakan jam loceng atau alarm di telefon bimbit untuk membantu anda. Pastikan ia berkualiti.

10. Minta tolong orang lain seperti ibu atau rakan untuk mengejutkan anda. Mungkin minta mereka simbahkan air atau urut ibu jari anda sekiranya masih sukar untuk bangun!

Panduan di atas memerlukan sedikit latihan. Namun insyaAllah, Allah pasti tolong kita sekiranya kita MAHU.

Friday, April 1, 2011

Rahsia sujud didalam solat , pada perkembangan otak manusia

JERTEH - Persatuan Islam Kebangsaan Malaysia (MICNA) Jordan mengenal pasti sesiapa yang tidak menunaikan sembahyang maka otaknya tidak dapat menerima darah secukupnya untuk berfungsi secara sempurna.

Jurucakap MICNA Jordan berkata, ini bererti darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan ketika seseorang itu sujud ketika bersolat.

"Ini diakui sendiri oleh seorang doktor neurologi di Amerika Syarikat yang telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban di dalam penyelidikannya itu. Doktor tersebut mendapati dalam kajiannya urat pada saraf manusia memerlukan darah untuk beberapa sukatan tertentu sahaja.

"Ini bermaksud darah akan memasuki bahagian urat tersebut mengikut kadar solat waktu yang diwajibkan oleh Islam," katanya dalam kenyataan pada Majalah Buletin Bulanan MICNA Jordan di sini, hari ini. Beliau berkata, doktor tersebut tertarik untuk memeluk Islam semasa membuat kajian saraf yang dilakukan, iaitu terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia tidak dimasuk darah.

"Pada hal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang secukupnya untuk berfungsi secara lebih normal," katanya. Menurutnya, doktor tersebut amat kagum dengan penemuan
tersebut sehingga ia tidak dapat diterima oleh akal fikiran. "Kini doktor tersebut memeluk Islam dan dengan itu beliau telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan melalui Al-Quran". Kini beliau membuat ubat-ubatan berdasarkan kajian melalui al-Quran dan Hadis Nabawi.

"Di antara kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black Seed) dan sebagainya," jelasnya. Beliau berkata, manusia yang tidak bersolat apatah lagi yang bukan Islam, walaupun akal mereka berfungsi secara normal tetapi sebenarnya mereka akan hilang pertimbangan apabila membuat keputusan secara normal.

"Justeru itu, tidak hairan ada di antara manusia kadang-kadang tidak segan silu untuk melakukan perkara bertentangan dengan fitrah kejadiannya walaupun akal mereka
mengetahui perkara yang akan dilakukan adalah salah. "Ini kerana otak mereka tidak boleh mempertimbangkannya secara lebih normal." tambahnya.

Wartawan - Shahputra

Friday, March 11, 2011

Islam & Kesihatan



6 Mac 2011 SYIAR Spore BH.

Islam adalah agama yang amat mementingkan kesihatan. Melalui syariatnya, ia telah mendidik umatnya supaya suka dan gemarkan kepada penjagaan kesihatan, sesuai pula dengan naluri manusia itu sendiri yang inginkan hidup yang sihat.

Kesihatan pada umumnya berpunca daripada kebersihan. Dengan itu, umat Islam disuruh agar sentiasa berada dalam keadaan suci bersih terutamanya dalam beribadat kepada Allah. Hukum bersuci yang disyariatkan oleh Islam amat luas sehingga mencakupi bukan sahaja kebersihan dan kesucian lahiriah tetapi juga batiniah.

Peraturan-peraturan seperti istinjak, wudhuk, mandi junub, samak dan lain-lain lagi adalah secara hakikinya membawa kepada kebersihan dan kesucian lahiriah (zahir). Keadaan bersih dan sihat ini adalah dikira sebagai satu nikmat daripada Allah dan manusia sewajarnya bersyukur.

Firman Allah dalam ayat 6 surah al-Baqarah yang bermaksud : Allah tidak menjadikan kamu menanggung kesusahan (kesukaran), tetapi Dia mahu membersihkan(menyucikan) kamu dan Dia hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu agar kamu bersyukur".

Ayat di atas adalah berkaitan dengan cara-cara berwudhuk iaitu cara bersuci bagi umat Islam yang menanggung hadas kecil bagi tujuan mengerjakan sembahyang atau ibadat-ibadat yang lain. Bagi yang menanggung hadas besar pula, diwajibkan mandi untuk menyucikannya. Sebagaimana yang dinyatakan dalam ayat tersebut, Allah tidak sekali-kali mahu menyulitkan atau menyusahkan hambaNya tetapi segalanya dibalas dengan pahala kebajikan di sisi Allah. Dalam keadaan yang tertentu, penggunaan bahan-bahan seperti batu atau debu untuk bersuci adalah dibenarkan.

Nabi Muhammad S.A.W sendiri menjadi contoh tauladan dan ikutan seluruh umat Islam. Baginda sangat menjaga kesihatan tubuh badan dan lain-lain serta menggalakkan amalan kebersihan sebagaimana yang pernah dinyatakan oleh baginda S.A.W di dalam hadisnya yang bermaksud : "Kebersihan itu sebahagian daripada iman". Di sini Rasulullah S.A.W menghubungkan kebersihan itu dengan keimanan.

Dengan itu jelaslah bahawa kebersihan itu amat penting dalam kehidupan manusia khususnya bagi umat Islam. Banyak lagi pendidikan kesihatan yang diajar oleh Rasulullah S.A.W kepada umatnya termasuk aspek kebersihan tubuh badan, pakaian, alam sekitar dan juga makanan. Daripada segi makanan umpamanya, Islam bukan sahaja mengajar umatnya memakan makanan yang baik dan berzat sahaja tetapi sumber ianya diperolehi juga wajib diambil perhatian.

Dalam ayat 68 surah al-Baqarah, Allah telah berfirman yang bermaksud : Wahai sekalian manusia! Makanlah apa yang ada di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu mengikuti jejak langkah syaitan kerana sesungguhmya syaitan itu adalah musuh yang terang lagi nyata bagi kamu.

Dalam ayat 172 surah al-Baqarah Allah berfirman yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman! Makanlah daripada benda yang baik (yang halal) yang telah kami kurniakan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah jika benar-benar kamu hanya beribadat kepadaNya".

Kedua-dua ayat ini adalah di antara ayat-ayat yang menyentuh mengenai makanan. Makanan yang baik dan halal akan dapat membantu malah mungkin boleh menjamin kesihatan tubuh badan. Dalam ayat yang 68 surah al-Baqarah itu, disertakan juga perintah Allah agar umat Islam tidak menurut jejak langkah syaitan.

Ini membawa erti bahawa seseorang yang memakan makanan yang baik dan berzat tetapi ia adalah haram kerana tidak disembelih mengikut peraturan Islam ataupun melalui sumber yang haram seperti ia dirampas, curi, duit riba dan selainnya, yang mana ia mungkin boleh menyuburkan jasmani tetapi akan merosakkan rohani manusia samalah seperti mengikut jejak langkah syaitan yang boleh menjerumuskan manusia ke dalam dosa.

Kemudian dikaitkan juga makanan yang baik itu dengan syukur dan ibadat kerana sebagai hamba, manusia yang menerima nikmat makanan yang baik, rumahtangga yang bersih dan kesihatan yang sempurna, sepatutnya mengucapkan syukur kepada Allah yang mengurniakan segala-galanya. Kesihatan yang sempurna dapat membantu manusia dalam beribadat kepada Allah. Demikianlah ketegasan Islam mengenai kesihatan.

Satu lagi bentuk pendidikan Islam dalam bidang kesihatan ini ialah perintah Allah supaya bersederhana dalam makan dan minum kerana makan yang berlebihan atau menahan lapar akan mengganggu kesihatan yang menyebabkan amal ibadat seharian terhalang. Perkara ini dilarang kerana ia juga adalah daripada dorongan syaitan yang sememangnya sentiasa berusaha untuk menyesatkan umat manusia. Allah telah memberitahu kita mengenai perkara ini melalui ayat 31 surah al-Aa’raf yang bermaksud : "..dan makan serta minumlah tetapi jangan tetapi jangan pula kamu melampaui batas kerana sesungguhnya Allah sangat benci kepda mereka yang melampaui batas".

Demikianlah Islam mendidik dan membentuk peribadi muslim yang baik dan terpuji akhlaknya. Allah Maha Mengetahui keperluan hamba-hambaNya. Banyak terdapat bimbingan dan asuhan akhlak di dalam al-Quran dan hadis nabi S.A.W yang perlu dikaji dan dijadikan panduan hidup oleh umat Islam. Manusia dengan akal yang sempurna kurniaan Allah boleh berusaha untuk menggali segala rahsia alam. Selagi umat Islam dapat meyakinkan diri mereka bahawa ajaran Islam itu adalah cara yang terbaik dan mengambilnya sebagai cara hidup, mereka akan selamat dan sihat sejahtera di dunia dan akhirat.