Showing posts with label POEMS. Show all posts
Showing posts with label POEMS. Show all posts

Tuesday, September 27, 2011

memburu damai

satu pendakian yang belum tentu
dimana siggahsana yang dicari
dibalik lembayung senja
atau jua
dibalik fajar yang menyinsing di dinihari
atau jua
disingkap di sepertiga malam
dalam genangan titisan airmata yang dingin
demi tangga demi tangga
mencapai ketenangan
untuk mengecap damai
andai segala doa
mendapat restu
Gusti Yang maha Agung
aku ingin berangkat segera
sekarang juga.

Monday, August 15, 2011

PUISI RAMADHAN

Bulan yang penuh barakah menyinarkan cahayanya
Dan satu dari malam-malamnya menyimpan rahsia
Kebaikan melampaui seribu bulan-bulan yang lain.
Dakapkanlah dengan sepenuh sabarmu demi Ar-Rahman
Menjadi latihan tanpa henti menguji iman sejati
Puji-pujian nuntukMu jua ya Rabbi yang menghantarkan Ramadhan ini
Satu hantaran kasih sayang
Penyucian roh, hati dan halaman mindafikir
Dengan penuh ketaatan dan kecintaan padaMu
Tunaikan ibadah puasa ini
lantas ianya satu penyucian
dan luruhnya segala dosa-dosa yang merakap dimusim lalu
Hanya Dia yang memuliakan insan
yang merebut setiap barakah yang dibingkaikan dibulan ini
Menguji kesabaran dan menjiruskan semangat kehangatan iman didalam hati
Dari cahaya wahyuNya, limpah dan rahmatNya yang bersinar
Dia Maha Melihat setiap yang terselindung ,
Yang Maha Mengetahui

Oh Tuhan! Doakanlah semoga setaip hembusan nafas
mencanai wangi-wangian mengatasi segala keharuman yang lain
Oh Tuhan! Zikir kesyukuran ku atas nama keimanan
bila munculnya tirai lembayung di senjahari

seluruh ingatan dan hatiku terasa amat damai
melihat kebenaran
Bulan yang dirahmati,
bulan yang penuh syahdu menjadi hiasan jiwa
Oh Tuhan! Hidupku demi keimanan kepadaMu
Oh Tuhan! Jiwaku ini demi keimanan kepadaMu
Dengan nama Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Segala puji-pujian padaMu,
yang menghantarkan Ramadhan al mubarrak ini
sebagai hadiah untuk kemanusiaan sejagat.

Sunday, March 27, 2011

pesan buat kawan yang alpa.

lukisanmu
dikanvas itu
berbingkai seni berwarna-warna
yang kau pamirkan
didewan dihatimu
kini
tersadai dihujung sepi
bila
semua
pintu dan tingkap-tingkap
tertutup dengan ganasnya
dihempas sang angin
bergegaran
menjadi gelita seisi dewan
lalu kau menangis
meraba-raba
mencari karyamu
didalam gelap.

PESANAN UNTUK ALGOJO BANGSAKU

Tenggelammu dalam putaran arus
Terjahan kata-kata yang pekat
Jiwamu lantasnya
Mendambakan kedamaian
Musik senimu dalam irama yang sumbang
Gendang-gendang cuba melakarkan seribu pujian
Tiada langsung sentuhan seni budaya
Kekalutan semata yang menghambatmu
Dalam sebuah okestra.

Dataran ini nak kau nobatkan
Buat mencapai hasratmu
Yang berkarat tanpa secebis keluhuran
Kesangsian yang bersarang
Dalam kalutnya okestramu
Yang kau rangka
Demi hidangan untuk Sang Ratu,
Menjelma sebagai
Lilihan warna kotor
Pada sebuah karya picisan.

Monday, March 14, 2011

PUISI BENCANA

gempa bumi dan tsunami
yang melanda
di Aceh, di Sri Lanka, di Thailand
di Christchurch, di China di Jepun,
meragut mencantas
banyak yang tewas
banyak yang tumpas
adakah kerana alam sudah bosan
untuk bersahabat dengan kita
atau pun Tuhan mulai marah
dengan dosa-dosa kita.

kutanyakan semua ini
kepada bulan
kepada bintang
kepada matahari
kepada e-lalang
kepada rumput yang bergoyang
dan kepada sekelian
tangan dan kaki.

selagi ada ramai insan
yang memakmurkan rumah Allah
membersih dan meramaikan jemaahnya
selagi ada ramai insan
yang menjaga ikatan persaudaraan
bersahabat kerana Allah
selagi ada ramai insan
yang beristighfar setiap masa
kerana takut kepada Allah
insha Allah
bumi didaerah itu
akan selamat.


Wednesday, February 23, 2011

ERTI KESABARAN

Marzuki Mukhlas
Siapa sabar atas bala, sampailah ia terpenuhi
Mestinya bersabar atas kehilangan sesuatu yang hilang
Tidak perlukah engkau bersedih
Jika dunia menawarkan kemerlapannya
Maka sabar terhadapnya alamat kebaikan dan warak
Patahkan nafsu mu selalu
Kan kau dapatkan apa yang kau inginkan

Sabar itu kunci cita-cita
Selalu menolong tiada hentinya
Sabarlah meski panjang beberapa malam
Barangkali kedukaan akan bertukar kepada kesukaan
Barangkali keberhasilan itu tergantung pada kesabaran
Yang tak mungkin itu tidaklah ada

Sabar itu tali iman yang kuat
Benteng perahanan dari tipuan syaitan
Sabar punya akibat terpuji
Akibat tergesa-gesa adalah rugi
Jika kau bertemu saat menyedihkan
Itu biasa tabiat zaman
Kenakan baju kesabaran

Friday, February 18, 2011

CINTA TANAH AIR

Semenanjung ini
Sabah dan Sarawak
Titiwangsa, Kinabalu, Santubung dan lainnya
Belaian angin Laut China Selatan
Gelombang gelora Selat Melaka dan Selat Teberau
Dan kejauhan sempadan Lautan India dan Andaman
Engkaulah Malaysiaku.

Kecintaanku pada bumi Malaysia
bersendi budaya beradat bersantun
membangun
dengan kecantikan seninya
rakyat yang tidak mengerti jemu
Melayu, China, India dan lain-lain suku
bersama membina
menjaga
mencintai
Malaysia
dengan seteguhnya.

Kecintaan pada bumi Malaysia ini
menggandakan
kebahagiaan bersama untuk bangsa
memadan cantik bergaya
rekaan terkini pakaian budaya
melahirkan berbagai cipta dan reka
demi merealisasikan
mimpi menjadi nyata.

Kecintaan pada bumi Malaysia ini
yang indah gagah bersergam
berselang seli
Titiwangsa, Kinabalu, Santubung dan lainnya
Kurniaan Sang Maha Karya
menjadi kubu
melindungi kita
dari setiap keresahan
kesangsian
kehancuran
sesama kita
yang dicemburui
nafsu khianat
musuh keparat.

AL AQSA

Sara Lisa
AL AQSA..........

Diam dikala suluh cahaya
Bersuara dibalik gelap malam
Dapatkah langit mendengar engkau bercakap
waktu bumi erat kau dakap

Tembok adalah tempat menangis
matahari....melihat mu
dua kubah bertentang mata
bak gadis nan muram disisi kekasih yg malang
dapatkah buraq itu melihat mu kini??

puluhan menara saling bersilang
tapi x daya saling memandang
tanahmu debu berdarah
dari korban binatang dan manusia terbuang
dapatkah buraq itu melihat mu lagi??????

Thursday, February 17, 2011

JIWA PENDEKAR

Duhai cucu-cucu ku...

Di garis ini ku bina sempadan

jangan dibiar walau seinci

musuh melangkah mencari harta

Biar putih tulang jangan putih mata

demi pertiwi kita wajib pertahankan

kita tunduk bukan utk dilangkah

kita berlembut bukan utk dilipat-lipat

Ku tinggalkan pesan

penuhi dada dgn ilmu

dunia dan akhirat mesti bersatu

ilmu silat juga begitu

semangat waja dalam dirimu

berpantang maut sebelum ajal

Tanah air ini milik kita turun temurun

Mat Kilau,Tok Janggut, Tok Gajah dan seangkatan

sudah membuka jalan

menentang jahat penjajah

usah takut,jangan mengalah

maruah kita bukan murah..

Patah tumbuh hilang berganti

pemimpin bercakap hati menikus

rakyat jua yang terputus-putus

badan terkerat jiwa melayang

masa susah rakyat la di depan

masa senang pemimpin yang kenyang..

Lumrahnya begitu

hanya pemimpin silam hidup di hujung pedang

maut di mata senapang

susah senang rela berkorban

mangkat mati kekal dijulang

Pertahankan pertiwi ini

sekali terjajah sampai ke mati

menuntut merdeka menjadi pasti

takut atau berani maruah bangsa

perlu direaliasasi...

pemimpin datang dan pergi

tanahair ini kekal menanti

anak bangsanya perlu berani bebaskan pertiwi

tamat perjuangan hujung nyawa sebagai ganti

syahid kerana negara berjiwa murni

syurga FIRDAUS mungkin pasti..



Berkali-kali kita menyelam
mencari erti keagungan cinta
pada nama-nama terukir
bersulam bunga hiasan
nisan yang berbaris kaku
dipusara yang terhampar
menjadi kengerian yang mengigit
sesiapa jua
yang takut terhumban
ke jurang yang dibalut kesepian

berkali-kali pula kita
beriringan tangan bersama
dibawah redup kerendangan
jajaran pohon-pohon tua

berkali-kali juga kita
berbaringan bersama
diatas hamparan bunga-bunga
dengan muka
mengadap ke langit
menyedut hembusan bayu nyaman
dan panahan sinar suria
yang lembut mengigit-gigit pipi kita
dan kita berdua
saling mengadunkan
ucapan-ucapan
sayang
dan cinta
sesama kita.

MNMI/17feb2011.

Friday, February 11, 2011

PANTUN

Zahid At-tarmizi
PANTUN LAGI :

Hari Jumaat penghulu hari
Soal Jumaat dah la pasti
14 Februari jgn nak rai
Menjadi kafir rosak diri.

Vallentine tu nama paderi
Dihukum bunuh kerana cinta
Vallentine Day jgn dirai
Budaya kafir nak tiru watpe?

15 Februari ,12 Rabiul-Awal
Kelahiran Junjungan Baginda Mulia
14 Februari jgn cari pasal
Itu bukan ajaran agama kita

Baginda wafat lebih seribu tahun
Kelahiran Baginda disambut meriah
12 Rabiul-Awal saat bersantun
Ingat mulia buat kekasiha Allah..

Thursday, February 10, 2011

HIDUP TIDAK SELALUNYA INDAH

IQlima Qaisy
Assalamualaikumw.rkth...(wassini)

Hidup tidak selamanya indah...
Tidak sedikit kita saksikan..
orang menghadapi kenyataan hidup penuh dengan
kesulitan..
Kepedihan...

Dan..
memang begitulah hidup anak manusia...
Dalam posisi apa pun..
di tempat mana pun..
dan dalam waktu bila pun..
tidak dapat mengelak dari kenyataan hidup yang pahit..
Pahit kerana himpitan ekonomi..
Pahit kerana suami/istri selingkuh..
Pahit kerana anak tidak soleh..
Pahit kerana sakit yang menahun..
Pahit kerana belum mendapat jodoh di usia yang sudah tidak muda lagi.

Sayang..
tidak ramai orang memahami kegetiran itu dengan kacamata positif.
Kegetiran selalu difahami sebagai seksaan.
Ketidaknyamanan hidup dimaknai sebagai buah dari kelemahan diri.
Tak hairan jika satu per satu jatuh pada keputus asaan.
Dan ketika semangat hidup meredup..
ramai yang memilih lari dari kenyataan yang ada.
Atau..
bahkan mengacungkan telunjuk ke langit sambil berkata, “Allah tidak adil!”
NAUZUBILLAH..~

Begitulah keadaan jiwa manusia yang tengah gelisah dalam musibah.
Panik..
Merasa sakit..
pahit..
Tentu seorang yang memiliki keimanan di dalam hatinya tidak akan berbuat seperti itu.
Sebab..
ia faham betul bahawa itulah konsekuensi hidup.
Semua kegetiran yang terasa harus dihadapi dengan kesabaran.
Bukan lari dari kenyataan.
Sebab..
ia tahu betul bahawa kegetiran hidup itu adalah cobaan dari Allah S.W.T.


IQlima Qaisy
10/02/2011
7 r.awal 1432
9:03am

Saturday, February 5, 2011

LAUT

Luas nian laut itu
Kekadang ombak gila menderhaka
Kekadang gelombang manja berseloka
Anak laut bersiul bersama larian sang camar
Dan dukong bersidai dimuka air
Garing mentari membakar
Laut tidak terbiar
Bahtera berpesta
Berpusing-pusing
Mencari barisan bintang-bintang
Pada dada langit
Yang berdandan
Bersama awan selembut sutera
Arah balik ke dermaga.

GURINDAM

Misnun Tukiat - bergurindamle kita

kurang fikir, kurang siasat
tentu dirimu kelak tersesat

fikir dahulu sebelum berkata
supaya terelak silang sengkita

perkataan tajam jika dilepas
ibarat beringin racun dan upas

kalau mulut tajam dan kasar
boleh ditimpa bala besar
****

Saturday, January 29, 2011

Rantai- merantai dihujung ranting
menjunjung dedaunan kering
dianyam menjadi sarang
pelindung sejuk di malam pekat
dipuncak gunung hijau itu
berkurun bercucu bercicit.

Lembayung senja mengiring malam
Dalam rentak ria irama semut
membawa pulang sisa-sisa roti
buangan di lalu lalang
diusung naik kesarang
alas perut dimalam dingin.

Langsung suria menjengah pagi
Sinar tersenyum dibalik daun
nikmat gunung hijau
jua di selusuri
bernafas segar
semut bebas bertidur-baring

Ketika bersidang dikaki gunung
Dengan resolusi maha berani
Semut mengangkat sumpah jihad
Menjamin gunung warisan ke jenerasi baru
Biar putih tulang
Gunung hijau tetap kami sanggang.

Thursday, January 27, 2011

dikaki gunung hijau sepetang berlalu
gerombolan sang lalat berkelahan disana
inggap-inggapan
diatas bangkai rusa yang ditembak algojo
lari membawa luka yang parah
sesat dan rebah dikaki gunung.

ada insiden dalam diam
dialog si betina merengek-rengek
pada si jantan disisi yang sedang menyedut darah
minta anyamkan percintaan ini
jadikan hamparan rajasehari
bimbang membuak disangkar hatinya
yang tak sanggup membuang bayi
kalau begini jua selamanya

sijantan yang rakus menyedut darah dan nanah
bersarang kotak mindanya berdarah bernanah
liat untuk mengikat diri
kongkongan bukan untuk aku
andai dia mengandung bayi
gugurkan saja seawal pagi
bahu ini belum sanggup memikul beban
aku belum mahu diikat-ikat
aku mahu bebas inggap-inggapan dimana-mana
seenak dimata sesuka dihati.

*********

Monday, January 24, 2011

BAGAIKAN SEBUAH PINTU.

Bagaikan sebuah pintu
yang masuk entah siapa
yang keluar entah ke mana
pertemuan dan perpisahan
sering datang dan pergi
bulan dan mentari
malam siang berganti-ganti
benci dan rindu
mencucuk bagai semilu
malang tidak di undang
sering datang beriring kecundang
bahagia dan derita
bergenang juga air mata

Aku tak berani berkata apa-apa
walau seribu kali engkau bertanya
semuanya kemungkinan belaka
umpama pintu
Ada kala tertutup
Ada kalanya terbuka.

*******

Friday, January 21, 2011

Yang ku tagihkan segunung kata cinta
Yang kau lontarkan segulung kata nista
Pujuk dan rayumu juga yang ku nanti
Kau jalinkan kata jemu yang merobek-robek hati
Setiap saat ku lukiskan rasa rindu yang mendalam
Tapi kau calarkan dengan warna-warna suram

Cintaku
Rayuanku
Rinduku
Semua kau hanyutkan ke laut dalam
Bak batu terus tenggelam.

Mungkin aku tersilap membuat perhitungan
Atau ada sedulang rahmat hidangan Tuhan
Menguji diri mencabar iman
Aku pasrah dalam perjuangan.

Wednesday, January 19, 2011

TITIWANGSA

Megahnya Banjaran Titiwangsa
merentas tanahairku
gumpalan awan yang dipilin angin
angin segar yang berhembus
dedaunan hijau yang merimbun
dan kicau burung
melintas hurmat dari kemegahan langit
mendaki lerengnya yang hijau gelap.

Dipagi hari sinar mentari
sulam menyulam dibalik tabir daun.
Menjelang senja
lembayung menggapai pada sang malam.

Seekor camar terbang tinggi
dan menerawang pandang kebawah
hiba hatinya
basah pipinya
menangisi
nasib Titiwangsa
yang semakin hilang banjarannya
dilapah
kerakusan manusia
dan dia kehilangan pun sarangnya.

*******

Saturday, January 8, 2011

Sajak Karangan Encik Zainal Rashid Ahmad.

Anak-anakku,
Ramai dijadikan korban di Baghdad, Pyong Yang, Balkan, Palestin
Masih ramai yg kebuluran di Afrika
Di PBB, diplomatik menyaksikan derita mereka seperti menonton cerita cinta
Kemudian berpidato dengan ghairah bercerita yang entah apa apa

Anak-anakku,
Mereka yang malang itu menulis surat, lalu dikirimkan kelangit,
bertanya akan nasibnya tentang hidup atau mati.
Malaikat nestapa lalu membesarkan taman permainan disyurga
khusus menanti kedatangan mereka.

Anak-anakku,
Mata mereka rentung dibakar ketakutan
bila namanya disebut2 dimuncung laras senapang.
Diliang kubur bidadari menanti dengan ribuan bunga
Mereka menjadi lembu sembelihan dosa pembunuh,
dikirim ke Hague dan failnya dilempar ke New York,
buat memadatkan perpustakaan dunia,
dan aku pula asyik berulang-alik ke masjid
mengutus doa demi doa kepada Allah
agar lenyaplah jiwa kebinatangan mereka dalam nafsu si pembikin perang
Malaikat terus menghayun buai
anak-anak terus menyanyi girang ditaman syurga, mereka dihiburkan,
Tetapi dibumi manusia terus berbunuhannnnn.......

*****