ADAB-ADAB MASUK KE TANDAS
Apabila engkau mau masuk ke tandas untuk menunaikan hajatmu maka dahulukanlah kakimu yang kiri, dan ketika engkau keluar daripadanya maka dahulukan kakimu yang kanan.
Dan janganlah engkau membawa sesuatu yang ada padanya tulisan nama Allah dan Rasul-RasulNya dan jangan pula engkau masuk ke dalam tandas dengan keadaan tidak menutup kepala atau tidak berkasut. Dan baca olehmu ketika hendak masu ke tandas akan doa ini:
"Dengan Nama Allah. Aku berlindung dengan Allah daripada kekotoran najis yang keji dan jahat lagi suka menyuruh orang lain membuat kejahatan, iaitu syaitan yang terkutuk."
Dan ketika engkau keluar dari tandas hendaklah engkau baca doa ini pula:
"Ya Allah, berikan keampunan kepada aku. Segala puji bagi Allah yang menghilangkan daripadaku barang yang menyakiti dan mengekalkan didalam badanku barang yang memberi manafaat akan daku"
Dan sebaiknya hendaklah engkau siapkan segala yang engkau perlukan untuk beristinjak itu sebelum engkau qada hajat. Dan jangan engkau beristinjak dengan air ditempat qada' hajat dan hendaklah engkau beristibrak ( melawaskan ) daripada air kencing dengan cara engkau berdehem-dehem dan melalukan jari di bawah kemaluan sebanyak 3 kali.
Dan jika engkau mahu beristinjak sedang engkau berada ditengah padang maka hendaklah engkau mencari tempat yang jauh daripada pandangan orang ramai ( supaya tidak tercium baunya dan tidak didengan bunyinya) dan hendaklah menghadap kepada sesuatu yang dapat engkau jadikan didnding di hadapanmu dan jangan engkau membuka auratmu sebelum engkau sampai ke tempat duduk dan janganlah engkau mengadap kearah kiblat, matahari dan bulan. Dan janganlah pula membelakangkan yang demikian itu. Dan janganlah engakau qadha' hajat di dalam air yang tenang atau dibawah pokok yang berbuah dan jangan pula di dalam lubang dan jauhilah daripada kencing diatas tanah keras atau ditempat yang bertiup angin kerana ditakuti engkau akan terkena percikannya seperti sabda Rasullullah s.a.w.
" Sesungguhnya kebanyakan seksa kubur adalah berpunca daripadanya" yakni tidak ber-hati-hati dalam bersuci daripada najis)
( Riwayat oleh Ad Daraquthni daripada Anas R.A.)
Dan engkau hendaklah ketika qadha hajat itu dengan memberatkan sebelah kakimu yang kiri supaya lebih mudah keluar najis dan janganlah engkau kencing dalam keadaan berdiri kecuali ketika dharurat dan himpunkanlah didalam istinjak itu antara menggunakan batu ( boleh diganti dengan kertas tisu )) dan aiir. Dan jikalau engkau mahu menggunakan salah satu diantara dua perkara ini maka hendaklah engkau memilih menggunakan air kerana itu lebih afdhal.
Dan apabila engkau mahu menggunakan batu sahaja maka carilah 3 biji batu yang suci yang dapat menyerapkan ( menyuci dan mengeringkan ) najis maka engkau sapu dengan batu itu akan tempat keluar najis sekiranya tidak menyebabkan najis itu merebak ke tempat lain dan begitu pula hendaklah engkau sapukan kemaluanmu dengan tiga kali sapu daripada sebiji batu maksudnya mengunakan sebiji batu yang agak besar yang boleh digunakan tiga penjuru daripadanya, tetapi kalau batu itu kecil maka perlulah 3 biji batu . Dan jikalau belum berhasil bersih dengan dengan 3 biji batu maka hendaklah sempurnakan istinjakmu dengan 5 biji batu atau 7 biji sehingga jadi suci tempat keluar najis itu. Dan bilangan batu itu disunatkan ganjil. Dan mensucikan tempat keluar najis hukumnya WAJIB. Dan janganlah engkau beristinjak dengan tangan kanan. Dan hendaklah engkau membaca doa seperti berikut:
" Ya Allah! Sucikanlah hatiku daripada sifat munafik dan peliharakanlah kemaluanku daipada kejahatan ( seperti zina).
Dan hendaklah engkau menggosok tanganmu dengan tanah atau dinding ( atau dengan sabun ) setelah selesai daripada istinjak. Kemudian lalu engkau membasuh akan tanganmu itu dengan air.
**********
No comments:
Post a Comment