Memang dah lama terpahat dihati ini. Ingin menjadi seorang hafiz. Dengan izin Allah Yang Maha Esa, saya kini telah memulakan latihannya bersama-sam Ustaz Bukhari, imam dari Masjid Bandaraya Kuching.
Latihan ini dipersetujui 3 kali seminggu selepas solat Maghrib. Latihan pertama pada hari Rabu yang lalu dan latihan yang keduanya pada malam ini. Al Hamdulillah.
Pokok utama untuk mencapai kejayaan kata Ustaz ialah: Kita mesti istiqamah. " Apa maksud istiqamah itu Ustaz?" saya bertanya: " "Konsistensi!", jawab Ustaz.*************
Assalamu'alaikum semua pembaca blog ini.
Tahun 2010 adalah tahun kedua saya menceburi dunia MLM memperdagangkan susu kolostrum Alpha Lipid Lifeline. Saya telah mencapai level Manager, oleh kerana berjaya mengujudkan 3 orang Supervisor.
Tetapi level ini belum lagi memberikan kesan gigitan yang mendalam kerana gerakan dan tempuran tidak selancar yg diharapkan. Tetapi saya mempunyai keyakinan bahawa produk ini tidak akan terjebak ke jurang seperti yg berlaku dgn beberapa produk yg lain yg hanya menjadi catitan sejarah dan perbualan sahaja.
Saya berhasrat untuk membina sebuah ladang yang luas dgn hasil yang berterusan. Dgn ini saya mengajak penyertaan anda. Hanya anda perlu melabur dgn membeli 30 tin. Perniagaan hanya boleh dimulakan diperingkat ini sahaja. Tiap satu tin boleh digunakan untuk tempoh sebulan dan hayatnya untuk tempoh 3 tahun.
30 tin boleh tahan sampai 30 bulan. Kalau nak munim sendiri saja.
Anda di Semenanjung saya di Sarawak? Sik jadi hal. Saya orang Semenanjung. Rumah tetap saya di Kepong , Selangor. Sarawak, Sarawak juga. Sarawak dan Semenanjung semua bagai aur ( pokok buluh) dengan tebing, saling memperkukuh antara sama lain. Tebing tidak akan roboh dan pokok buluh tidak akan hanyut. Kan baik begitu.
Ishhhh. Macam mana ni? .
Untuk menjual produk ini kpd orang lain, kita sendiri mesti menggunakannya. Kalau diri sendiri dah pakai dan dah tahu kesannya, takkan nak biarkan isteri/suami , anak, ibu-bapa dan kaum keluarga yg lain menderita sakit tak sembuh-sembuh. Mulakan jualan kpd saudara-mara dan jiran-jira tetangga. Begitu juga dengan ahli jemaah masjid dan surau serta kekawan ditempat kerja. Kalau jadi cikgu, anda boleh menolong murid-murid yg selalu lemah berpenyakit dengan membuat rekomen kpd ibu-bapa supaya gunakan susu ini sebagai sarapan pagi anak-anak mereka.
Tapi ingat. Jangan bagi barang dan ambil duit kemudian. Ini amalan salah. Kekadang terpaksa juga.
Dah nampak jalankan? Jangan makan semua dan jangan habiskan semua. Simpan 10 tin sebagai stok. Permintaan akan menyusul bertalu-talu selepas ini. Mahal? Tak mahal. Selama ini pun duit dah habis banyak. Tapi penyakit tak sembuh , badan tak pernah sihat, nak buang air besar pun susah, tidor tak boleh lena, sakit lutut bertali arus, urat-urat dibetis dan paha tak pernah surut.
Rebutlah peluang ini.
Produk ini mempunyai latarbelakang business yg kukuh dan keberkesanan kepada pengguna yang ampuh dan menjadi kenyataan. Semua pelanggan saya menzahirkan rasa syukur kpd Allah kerana dipertemukan dgn produk yg mereka car-cari selama ini. Lain-lain perubatan dan produk supplementary yg digunakan sebelum ini, tidak sehebat Alpha Lipid Lifeline.
Memang banyak pancaroba saya tempuhi, bukan kerenah pengguna , tapi kerenah mereka yg hanya ingin mengena orang lain. Ingin turut serta dlm perniagaan ini , tapi modal hanya atas angin, barang diambil dan mereka kemudiannya diam mendingin.
Insha Allah, Allah Yang Maha Pemurah sentiasa menemani hamba-hambanya Nya yg sabar dan berhati ikhlas. ******
Setiap nabi yg diutuskan oleh Allah s.w.t. untuk mengajak manusia menyembah Tuhan Yang Esa dan melakukan kebaikan dan menjauhkan kemungkaran, diberikan oleh Allah s.w.t. mukjizat.
Mukjizat adalah satu fenomena luarbiasa yg ditunjukkan oleh nabi kepada manusia untuk meyakinkan manusia bahawa ajaran yang dibawanya itu benar. Apabila manusia menyaksikan mukjizat tersebut mereka menjadi yakin kepada ajaran yg dibawa oleh nabi.
Ini dapat dilihat pada peristiwa Nabi Musa a.s. berhadapan dengan ahli sihir Firaun. Nabi Musa a.s. telah diperintahkan oleh Allah s.w.t. supaya mencampakkan tongkatnya dan tongkat tersebut menjelma menjadi ular yang lebih besar drpd ular-ular ahli sihir Firaun malah menelan semua ular-ular tukang sihir firaun.
Apabila tukang sihir Firaun menyaksikan kehebatan mukjizat Nabi Musa a.s. , mereka terus beriman kpd Nabi Musa a.s. sehingga menyebabkan kemarahan Firaun.
Tukang sihir Firaun beriman kpd Nabi Musa a.s. , setelah menyaksikan mukjizat Nabi Musa a.s. , begitu yakin kpd mereka , sehingga berani menerima risiko ancaman Firaun yg mahu menghukum mereka dengan hukuman yg berat. Peristiwa ini telah dirakam didalam al Quran surah Ta-Ha ayat 69 & 70:
(69) " Dan lemparkanlah apa yg ada ditangan kanan kamu , niscaya ia akan menelan apa yg mereka perbuat. Sesungguhnya apa yg mereka perbuat itu adalah tipu daya tukang sihir ( belaka ). Dan tidak akan menang tukang sihir itu, dari mana sahaja ia datang."
Nabi Musa pun mencampakkan tongkatnya menjadi ular yg lebih besar lalu menelan semua ular-ular ahli sihir Firaun:
(70) " Maka keadaan yang yg demikian itu menjadikan ahli-ahli sihir itu segera merebahkan diri dengan bersujud , sambil berkata: Kami telah beriman kepada Tuhan yang telah mengutuskan Nabi Harun dan Nabi Musa".
Nabi-nabi yang lain seperti Nabi Isa a.s., Nabi Soleh a.s. , dan Nabi Muhammad s.a.w. juga diberikan mukjizat dalam bentuk pancaindera atau hissi kerana ia boleh disaksikan dengan pancaindera iaitu dilihat dengan mata oleh mereka yang ada bersama-sama dengan nabi ketika mukjizat itu berlaku ketika itu.
************
Al-Quran adalah kalam Allah s.w.t. yg diturunkan kpd Nabi Muhammad s.a.w. menerusi perantaraan Malaikat Jibril a.s.. Nabi Muhammad s.a.w. merupakan seorang yang ummi iaitu tidak tahu membaca dan menulis. Surah yang pertama iaitu Surah Al Alaq diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. pd 15 Ramadhan ketika Nabi berumur 40 tahun.
Al-Quran diturunkan secara beransur-ansur selama 22 tahun , 2 bulan dan 22 hari berdasarkan kepada keperluan pada masa itu . Ia dibahagikan kepada 114 surah dan mengandungi 86,430 perkataan dan 323,760 huruf2 Arab. Jumlah ayat di dalam Al-Quran ialah sebanyak 6,236. Untuk memudahkan pembacaan Al Quran , ia dibahagikan kepada 30 bahagian.
*********
In ancient times, a king had a boulder placed on a roadway. Than he hide himself and watched to see if anyone would remove the huge rock. Some of the kingdom's wealthiest merchants and courtiers came by and simply walked around it. Many loudly blamed the king for not keeping the road clear , but none did anything about getting the big stone out of the way. Then a peasant came along , carrying a lot of vegetables. On approaching the boulder, the peasant laid down his burden and tried to move the stone to the side of the road. After much pushing and straining, he finally succeeded.
As the peasant picked up his load of vegetables, he noticed a purse lying in the middle of the road where the boulder had been. The purse contained many gold coins and a note from the king indicating that the gold was for the person who removed the boulder from the roadway.
The peasant learned what many others never understand: Every obstacles presents an opportunity to improve one's condition.
*******