Tuesday, February 17, 2009
Malahan mengikut catatan sejarah Islam, para sahabat Nabi turut terkena serangan penyakit ini dan ada di antara mereka menderita kerana sukar tidur untuk jangka masa yang panjang.Al-araq merupakan gejala penyakit yang biasanya dihidapi oleh golongan manusia yang mengalam tekanan (depression ) akibat dibebani pelbagai masalah hidup.
Tekanan ini menimbulkan ketegangan mental dan fizikal yang kesannya ketara dialami sewaktu hendak tidur.Apa yang ketara berbahaya apabila seseorang itu diserang al-araq ialah sekiranya ia tidak dikawal dan dirawat dengan sempurna kesan penyakit ini akan merebak dan menjadi bertambah serius.
Maka tidak hairanlah sekiranya kita mendengar cerita ada antara penghidap penyakit ini tidak dapat melelapkan mata selama bertahun-tahun. Penyakit ini dialami oleh kebanyakan manusia. Cuma bezanya bergantung pada kadar masa yang dialami.
Bahaya penyakit ini ialah kemungkinan ia merebak hingga menyebabkan berlakunya gangguan kesihatan termasuk di peringkat mental.Bayangkan apa yang bakal terjadi kepada mereka yang menanggung beban al-araq ini selama bertahun-tahun? Tentunya kesan ketara akan terlihat kepada fizikal pesakit ini.
Kaedah moden banyak menganjurkan kepada pengambilan pil tidur yang diedarkan di farmasi -farmasi dengan pelbagai jenama. Malahan para doktor juga mengesyorkan ubat tidur sebagai salah satu cara untuk membantu meredakan ketegangan yang dialami oleh pesakit.
Mengapa tidur yang sepatutnya dimiliki sebagai kenikmatan hidup itu sukar diperolehi? Inilah antara beberapa persoalan yang sukar dikupas.Semakin banyak kajian dan analisa dibuat maka jawapan yang ditemui ialah semakin banyak pula ubat-ubatan dirumus untuk membantu manusia yang menderita al-araq mendapat kembali keselesaan untuk tidur. Bagaimanapun harus diakui bahawa masaalah untuk mendapatkan tidur tetap berlaku.
Al-araq dianggap oleh semua golongan perubatan sebagai antara penyakit yang sukar ditangani, malah dari masa kemasa jumlah penghidapnya semakin meningkat. Tekanan dalam kehidupan harian yang semakin meningkat dalam pertarungan hidup dalam dunia yang semakin kompleks ini turut membuatkan berlakunya peningkatan kes-kes tersebut.
No comments:
Post a Comment