Tuesday, September 8, 2009

KEWAJIPAN MEMBAYAR ZAKAT FITRAH


Bayar Zakat Fitrah

Diriwayatkan dari Umar bin Nafi’ dari ayahnya dari Ibnu Umar ia berkata ; Rasulullah telah mewajibkan zakat fitrah satu sha’ dari kurma atau satu sha’ dari sya’iir atas seorang hamba, merdeka, laki-laki, wanita, anak kecil dan orang dewasa dari kaum muslimin dan beliau memerintahkan agar di tunaikan / dikeluarkan sebelum manusia keluar untuk solat ‘ied. ( H. R : Al-Bukhary, Abu Daud dan Nasa’i):

Aku memang tidap abaikan kewajipan ini. Untuk tahun ini aku telah pun jelaskannya kepada Ustaz Nazri, Imam Satu Masjid Darul Barakah, Taman BDC ( bukan ABC) .

Dalam pembacaan aku, maksud perkataan sha' itu ialah satu jenis alat sukatan semacam cupak-gantang gitu....sukatannya mungkin tak sama dengan sukatan cupak-gantang yang biasa dipakai didaerah kita disini.

Wallahua'lam..elok bertanya kepada jauhari kalau nak tahu akan maknikam.

Yang dimaksudkan dengan maknikam ini ialah satu jenis batu permata yang sangat tinggi nilainya tidak setanding berbanding dengan batu-batu yang lain.

Yang dimaksudkan dengan jauhari pula ialah seorang yang arif /pakar mengenai kajian, perbezaan dan nilai batu-batan permata dan sekarang ini orang yang ada kepandaian sebegitu dikenali sebagai germatologiest gitu..


*******

No comments:

Post a Comment