BERSALIN DALAM PERAHU
|
|
HAJAT seorang wanita untuk melahirkan bayinya secara sempurna di Hospital Sri Aman, Sarawak, semalam berakhir di perahu panjang.
Ini kerana setibanya wanita berusia dalam lingkungan 30-an itu di Jeti Batang Lupar bersama ahli keluarganya, dia mengadu sakit perut secara tiba-tiba sebelum selamat melahirkan bayi perempuan seberat tiga kilogram kira-kira pukul 11 pagi.
Kelahiran bayi itu banyak dibantu oleh ahli keluarga wanita itu yang berasal dari rumah panjang dekat Kaong, Skrang. Wanita dan bayinya kemudian dihantar ke Hospital Sri Aman.
No comments:
Post a Comment