Hari raya akan menjelang tidak lama lagi. Kalau tak hari Sabtu mungkin Hari Ahad 20 September 2009.
Saya ingin memohon ampun dan maaf sekiranya saya ada menyentuh peribadi seseorang, tersilap kata dan terkasar bahasa dalam saya berceloteh melalui dunia cyber ini. Niat dihati hanyalah untuk berkongi idea dan pengalaman yang mungin boleh menjadi satu kebajikan yang mendapat keredhaan Allah jua.
Tahun ni saya akan balik beraya di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Akan berlepas dari Kuching dgn MH2517 jam 4.05 ptg hari in Jumaat. Lepas solat Jumaat lah tu. Singgah KL dulu. Lepas tu baru bertolak ke Penang by road. Driving-lah tu. Traffic jam- lah tu.
Jemputlah datang ke rumah. Tak jauh dari Mengkuang Dam. Beberapa hari kemudian balik semula ke KL dan akan berlaboh di Taman Ehsan, Kepong. Selangor.
Ingat nak jumpa kekawan lama. Nak pekena nasi kandar Kudus bin Abdul kat Jalan TAR tu. Sedappp!.
Semoga kita dipanjangkan umur dan akan berjumpa bulan Ramadhan pada tahun hadapan pulak. Ramai juga yang jumpa Ramadhan tahun lalu. Tapi tahun ini dah tinggal nama saja. Dah di panggil kembali mengadap Allah Azza wa Jalla. Semua yang bernafas akan bertemu dengan mati. Tak ada tempat nak sembunyi.
Dalam doa aku selepas solat Subuh tadi aku baca seperti berikut:
" Wahai Tuhanku! Perbaikanlanlah keagamaan dan ketaatanku kepadaMu yang menjadi benteng urusan hidupku. Perbaikanlah urusan keduniaanku yang menjadi punca penghidupanku . Perbaikanlah urusan akhiratku yang menjadi bekal perkembalianku. Jadikanlah hidup ini menambahkan setiap kebajikan kepadaku dan jadikanlah kematianku itu sebagai suatu kerehatan untukku dari segala kejahatan. Amin!!"
No comments:
Post a Comment