15 SEPT 09 - SURAH YUSUF AYAT 01 HINGGA 14
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasehani.
1. Alif, Laam, Raa.(*377). Ini ialah ayat-ayat Kitab Al-Quran yang menyatakan kebenaran.
2. Sesungguhnya Kami menurunkan Kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab. , supaya kamu (menggunakan akal untuk ) memahaminya.(*378)
3. Kami ceritakan kepadamu ( wahai Muhammad) seindah-indah kisah(*379) dengan jalan Kami wahyukankepadamu Al Quran ini, padahal sebenarnya engkau sebelum datangnya wahyu itu, adalah dari orang-orang yang tidak pernah menyedari akan halnya.
4. (Ingatlah peristiwa) tatkala Nabi Yusof(*380) berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang, matahari dan bulan ; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku".(*381)
5. Bapanya berkata: " Wahai anakku! Janganlah engkau ceritakan mimpimu kepada saudara-saudaramu, kerana aku khuatir mereka akan menjalankan sesuatu rancangan jahat terhadapmu. Sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia.
6. " Dan demikianlah caranya Tuhanmu memilihmu(*382) , dan akan mengajar ta'bir mimpi, serta akan menyempurnakan ni'matNya kepadamu dan kepada keluarga Yaaqub: sebagaimana ia telah menyempurnakannya kepada datuk nenekmu dahulu: Ibrahim dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Mengetahui , lagi Maha Bijaksana.
7. Demi sesungguhnya! (Kisah) Nabi Yusuf dengan saudara-saudaranya itu mengandungi beberapa pengajaran bagi orang-orang yang bertanya ( tentang hal mereka untuk mengambil i'tibar).
8. (Kisah itu bermula) tatkala saudara-saudara Yusuf berkata sesama sendiri: Sesungguhnya Yusuf dan adiknya(*383), lebih disayangi oleh bapa kita daripada kita, padahal kita ini dari satu kumpulan (yang ramai dan berguna)(*384). Sesungguhnya bapa kita dalam keadaan tidak adil yang nyata".
9. (Ramai diantara mereka berkata): " Bunuhlah Yusuf atau buanglah dia kesuatu tempat yang jauh, supaya perhatian dan kasih sayang bapa kamu tertumpu kepada kamu semata-mata, dan supaya kamu sesudah itu menjadi orang yang baik dan berguna".
10. Salah seorang diantara mereka berkata"" Janganlah kamu membunuh Yusuf, tetapi buanglah ia ke dalam perigi, supaya ia dipungut oleh sebahagian dari orang-orang musafir ( yang lalu disitu ), kalaulah kamu tetap hendak menjalan rancangan kamu itu".
11. ( Mereka pun pergi berjumpa dengan bapa mereka) lalu berkata: " Wahai ayah kami, mengapa ayah tidak percya kepada kami tentang Yusuf, Padahal sesungguhnya kami sentiasa tulus ikhlas mengambil berat kepadanya?".
12. " Biarkan dia pergi bersama-sama kami esok , supaya ia bersukaria makan minum dan bermain-main dengan bebasnya;dan ssunguhnya kami akan menjaganya dengan sebaik-baiknya".
13. Bapa mereka menjawab: Pemergian kamu membawanya bersama sangatlah mendukacitakan daku, dan aku pula bimbang ia akan dimakan oleh serigala, ketika kamu lalai dari menjaganya".
14.Mereka berkata: " kalau dia dimakan oleh serigala, sedang kami ramai bilangannya, sesungguhnya kami sudah tentu menjadi orang-orang yang rugi".
********
No comments:
Post a Comment