Tindakan Orde Baru yang menindas
Presiden Suharto memulakan penekanannya terhadap kaum Cina kerana tuduhan simpati mereka terhadap pihak komunis. Beliau melarang penggunaan tulisan bahasa Cina, dan menutup semua pertubuhan Cina.
Pada tahun 1970 Suharto melarang bantahan pelajar selepas tunjuk perasaan yang meluas terhadap rasuah. Sebuah suruhanjaya mendapati bahawa rasuah sangat umum. Suharto bersetuju dengan hanya dua kes, dan kemudian menutup suruhanjaya tersebut. Rasuah kemudian merebak.
Suharto memerintah melalui pengawalan tentera dan penapisan media massa. Beliau menguasai kewangan dengan memberikan urus niaga yang mudah dan monopoli kepada saudara-saudaranya, termasuk enam orang anaknya. Suharto juga memainkan puak-puak tentera melawan antara satu sama lain, dimulai dengan mendukung kelompok Nasionalis dan kemudiannya mendukung unsur-unsur Islam.
Pada 1973, Suharto memenangi pemilihan raya umum dan dipilih kembali pada 1978, 1983, 1988, 1993, dan 1998. Beliau mengubah Undang-undang Pemilihan Raya Umum dengan mengizinkan hanya tiga buah parti yang boleh menyertai pemilihan, termasuk partinya sendiri, Golkar. Oleh kerana itu, semua parti Islam yang ada diharuskan bergabung menjadi Parti Persatuan Pembangunan, sementara parti-parti bukan Islam (Katolik dan Protestan) serta parti-parti nasionalis digabungkan menjadi Parti Demokrasi Indonesia.
Pada 1975, atas permintaan Amerika Syarikat dan Australia, Suharto memerintahkan pasukan Indonesia memasuki Timor Timur, bekas jajahan Portugal. Setelah Portugal bermundur, gerakan Fretilin telah memegang kuasa dan menimbulkan kekacauan dalam masyarakat Timor Timur sendiri. Amerika Syarikat berasa khuatir atas permintaan campur tangan Kesatuan Soviet oleh Fretilin. Kemudian, pemerintahan Timor Timur yang menyokong persepaduan dipasang oleh Indonesia meminta wilayah tersebut bersepadu dengan Indonesia. Pada 15 Julai 1976, Timor Timur menjadi sebuah wilayah Indonesia sehingga dialihkan ke PBB pada tahun 1999.
Rasuah menjadi beban berat pada 1980-an. Pada 5 Mei 1980, sebuah kelompok yang lebih dikenali sebagai Petisyen 50 menuntut kebebasan politik yang lebih besar. Kelompok ini terdiri daripada anggota tentera, politik, akademik, dan mahasiswa. Media Indonesia menapiskan beritanya dan pemerintah menangkap penandatangannya. Pada tahun 1984, selepas kelompok ini menuduh bahawa Suharto menciptakan negara satu parti, beberapa pemimpinnya dipenjarakan.
Catatan hak asasi manusia Soeharto juga semakin buruk dari setahun ke setahun. Pada 1993, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia PBB mendedahkan pelanggaran hak-hak asasi manusia yang serius di Indonesia dan di Timor Timur. Presiden Amerika Syarikat Bill Clinton mendukung resolusi tersebut.
Pada 1996, Suharto berusaha menyingkirkan Megawati Soekarnoputri daripada pimpinan Parti Demokrasi Indonesia (PDI), salah satu dari tiga parti rasmi. Pada bulan Jun, penyokong Megawati menduduki ibu pejabat parti tersebut. Setelah pasukan keamanan menahan mereka, rusuhan di Jakarta itu tamat pada 27 Julai 1996 (peristiwa Sabtu Kelabu) yang dikenal sebagai "Peristiwa Kudatuli" (Rusuhan Dua Tujuh Julai)
No comments:
Post a Comment