Monday, November 23, 2009

Nak Jadi Blogger

Anak saya Rohayati ada berpesan, bahawa laman blog digunakan untuk penulisan sendiri. Bukannya "copy and paste". Semua orang boleh buat jika hanya "copy and paste" sahaja. Maknanya tulisan sendiri. Itu yang sepatutnya dilakukan oleh seorang blogger. Bukan ambil orang punya dan tampal dalam blog sendiri. Masaalahnya saya ingin gunakan laman blog ini untuk mempromosikan susu kolostrum Alpha Lipid Lifeline. Jadi apakah jenis penulisan yang sesuai dimuatkan disini selain dari berita dan perkembangans semasa yang berkaitannya.

Dengan kerana itu saya seltkan juga beberapa petikan dari buku2 yang saya baca. Semoga dapat memberi sedikit pengetahuan kpd pembaca sekelian.

Baiklah. Kalau begitu saya nak cuba bercerita mengenai cermin. Sejenis perkakasan yang dipakai untu melihat dengan mendalam khususnya muka diri sendiri. Sekiranya ada sesuatau yang tidak memuaskan seumpama di lubang hidung, tepian mulut dikiri dan dikanan, misai dan janggut, sideburn dan bahagian muka yang lain.

Sekali peristiwa , saya bersama dua orang kawan bertugas luar stesyen. Peristiwa ini berlaku di tahun 1983, ketika saya ditempatkan di Pusat Rekod Kakitangan Kerajaan, JPA, di Tingkat 6 Wisma PKNS, Jalan Raja Laut.KL.

Ketika sedang berihat di Melaka, kami bertiga berbual hal-hal yang berlaku hari ini dan juga hal-hal di pejabat. Dengan tiba-tiba si mamat kawan saya ni, yang terlalu perasan dirinya teramat "perfect and very knowledgeable", merungut-rungut memberitahu bahawa semua staf di pejabat tidak ada kesesuaian berkawan dgn beliau. Si A ti dak sesuai, Si B begitu, Si C begini, Si D tak pandai itu, Si C tak boleh ini.

Percakapan beliau itu membuatkan saya naik meluat. Dengan spontan saya memintas cakapnya. Saya katakan sekiranya semua orang tidak sesuai berkawan dengan kita, menunjukkan ' "something must be wrong with ourself". Dengan kerana itu, eloklah kita mencerminkan diri kita sendiri. Cari dimana silapnya kita sehingga semua orang tidak sesuai bersahabat dengan kita.
Muhasabah diri kata bahasa sekarang

Mendengar kata-kata saya, beliau terus bangun masuk bilik dan terus tidor, sehingga saya bertemu semula dengan beliau esok pagi.

Banyak udang, banyak garam
Banyak orang, banyak ragam.

Amacam? Bolehkah saya menulis sebegitu?

Sunday, November 22, 2009

Segulung Harapan



Hujan yang merantai

Dihujung jendela kaca

Rentak bunyinya ku amati

Percekan basah dilantai yang damai


Hujan yang merantai

Dihujung jendela kaca

Mengganggu tenangnya hari

Mengacah angin petang yang ganas


Pelayaran hidup ini

Bagaikan angan yang melayang

Kepergian bukan kehilangan

Kesedihan hanya disanubari


Ditepian kuala bertemu

Malam didatangi siang

Mana kuasa yang mampu menolaknya

Ciptaan Yang Maha Kuasa


Ramai yang menghancurkan laluan hujan itu

Demi akur mewarnakan hidup

Menjadi wabak segulung tanah

Kini dikarang menjadi janji yang kering


Tuhan ku Yang Maha Tinggi

Bicaralah dikamar

Berikan sebuah kurnia

Tiap detik yang ku doakan.

************

GAMBARAN KOTA MEKAH TAHUN 2020



CHANNEL NEWSASIA

Berita dari Channel NewsAsia Yahoo
19 November 2009
Singapura: Seorang pensyarah Senior fizik berusia 39 tahun dari Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) rebah semasa latihan dan meninggal kemudiannya.

Dr Roland Su Jong Hea sedang melakukan latihan di "Fitness gym" di Prince George's Park Residences dan rebah pada Selasa lalu. Dalam kenyataan NUS mengatakan CPR dilakukan serta merta pada pensyarah tersebut.
Berita Lanjut Dari Channel NewsAsia Yahoo

Persoalannya adakah kita aktif? bersukan sentiasa, menjaga permakanan kita, minum air masak secukupnya?

Kesihatan kita sebenarnya bagaimana???

Adakah kita peka dan perihatin pada kesihatan kita seperti mereka? seperti Dr Rolan su Jong Hea?

Tepuklah dada, tanyalah diri...


************

Saturday, November 21, 2009

MISTERI SOLAT SUBUH -SOLAT SUBUH SUATU UJIAN

Memang mudah lidah mengatakan kalimat ISLAM, namun begitu amat susah untuk menanamkan IMAN di dalam hati.

Al Quran Surah Al Hujuraat ayat 14: “ Orang2 Arab berkata ; “ Kami telah beriman” . Katakanlah wahai Muhammad: ‘ Kamu belum beriman, ( jangan berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu, berkatalah sahaja : KAMI TELAH ISLAM.” Dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah dan Rasulnya ( zahir dan batin ), Allah tidak akan mengurangkan sedikit pun dari pahala amal2 kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasehani.”

Kebanyakan ungkapan tidak selari dengan keyakinan hati. Begitu juga, beribu-ribu ungkapan lisan tidak sesuai dengan amalan. Mungkin yang benar dan jujur adalah mereka yang sama antara perkataan dengan perbuatannya. Perkataannya seiringan dengan apa yang ada di dalam hati.

Sedangkan orang munafik , secara zahir kelihatan baik, dan bersih. Namun hatinya keras bagaikan batu ( atau pun lebih keras lagi).

Allah mengetahui setiap sesuatu yang ada didalam hati. Mengetahui mata yang tidak jujur dan segala yang tersembunyi di dalam dada. Mengetahui orang yang munafik dari yang Mukmin, serta mengetahui pendusta dari yang jujur.

Namun, terserah pada kehendakNya ( Allah) untuk memberikan ujian2 tertentu , demi mengetahui rasa hati yang tersembunyi, serta menunjukkan siapa yang hanya pandai berbicara tetapi tidak pernah melakukan atau meyakini sesuatu, namun tidak merealisasikannya.

Tujuan ditampakkan rahsia hati itu kerana Allah SwT ingin menegakkan hujjah (alasan) atas manusia, agar dihari kiamat kelak tidak seorang pun merasa dizalimi dan teraniaya. Mereka diberi ujian . Akan tetapi sebahagian besar dari nya , mereka gagal dalam ujian tersebut.

Selain dari itu, Allah SwT ingin membersihkan orang Mukmin dari orang munafik dengan ujian, sebagai rahmat dariNya (Allah) bagi orang Mukmin, kerana percampuran antara orang Mukmin dengan golongan munafik akan melemahkan barisan, mengujudkan kacau-bilau yang akhinya membawa kepada kekalahan serta kehancuran.

Allah SwT berfirman perihal orang2 munafik di dalam Surah At-Taubah Ayat 47:-

“ Kalaulah mereka keluar bersama kamu, tidaklah mereka menambahkan kamu melainkan kerosakan dan tentulah mereka menjalankan hasutan diantara kamu, ( dengan tujuan ) hendak menimbulkan fitnah ( kekacauan) dalam kalangan kamu, sedang diantara kamu ada orang yang suka mendengar hasutan mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan orang2 yang zalim”.

Jadi, rahmat Allah SwT kepada orang Mukmin diiringi ujian. Ujian ini akan membezakan antara Mukminin dan munafik, jujur dan dusta.

Ia merupakan sunnah Tuhan. Allah Swt menjadikannya sebagai kayu ukuran, semenjakNabi Adam a.s. hingga hari kiamat. Allah berfirman dalam kitabNya Al Quran Surah Al-‘Ankabut ayat 1 -3:

“ Aliff, Laam, Miim! Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan berkata; ‘ Kami BERIMAN”, sedangkan mereka tidak di uji ( dengan sesuatu cubaan)? . Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengujiorang2 yang terdahulu daripada mereka, maka ( dengan uijian yang demikian ) , nyata apa yang diketahui Allah tentang orang2 yang sebenar-benarya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang2 yang berdusta.”

A. BENTUK UJIAN: Ujian memiliki ciri-ciri khusus;

Pertama: Ujian mstilah susah. Sebab, jika ia senangdan mudah, maka semua akan lulus, baik Mukmin mahupun munafik. Akhirnya, ia tidak dapat membezakan diantaraMukmin dan munafik.

Kedua: Ujian itu bukanlah sesuatu yang mustahil. Sebab, kalau ia sesuatu yang mustahil, maka kedua2nya akan gagal, baik Mukmin mahupun munafik.

Ketiga: Ujian ini mestilah seimbang. Ertinya , orang munafik sukar melepasinya. Namun , bukan bererti ia mustahil dilakukan sehingga terbuka kesempatan bagi Mukmin untuk lulus dalam ujian tersebut.

Ujuan Allah SwT untuk hambaNya bukan sedikit, bahkan ia berterusan sejak manusia mula mukallaf sehingga datangnya KEMATIAN.

Jihad dijalan Allah merupakan ujian. Bahkan jihad merupakan ujian yang berat, namun bukan mustahil dilakukan. Sebab, orang2 Mukmin boleh lulus dalam ujian ini. Sedang orang munafik tidak akan dapat melepasinya.

Infak dijalan Allah adalah ujian. Ujian ini sukar, bukan sesuatu yang mustahil. Orang Mukmin mampu melaksanakannya sedang orang munafik tidak akan mampu.

Begitu juga berbuat baik sesama manusia, menahan amarah, redha dengan hukuman Allah dan berbuat baik kepada orang tua juga merupakan sebahagian daripada ujian. Demikian seterusnya, hingga seluruh aspek kehidupan ( menurut pandangan ini ) adalah ujian. Allah berfirman di dalam Al Quran ,Surah Mulk Ayat 2: “ Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup ( kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu , siapakah diantara kamu yang lebih baik amalnya dan Dia Maha Kuasa ( membalas amal kamu ), lagi Maha Pengampun, (bagi orang2 yang bertaubat).”

Ujian ada pelbagai peringkat kesusahan. Seorang Mukmin mesti lulus dalam semua ujian untuk membuktikan kebenaran imannya dan untuk menyelaraskan antara lisan dan hatinya.

B. UJIAN YANG BERAT:

Sesungguhnya inilah ujian. Ujian yang sukar, namun bukan sesuatu yang mustahil. Nilai tertinggi dalam ujian ini ( bagi seorang lelaki) ialah solat Subuh secara rutin berjemaah di masjid.

Bagi perempuan pula, solat Subuh lebih tepat pada waktunya di rumah. Manusia dianggap gagal dalam ujian penting ini apabila mereka solat tidak tepat pada waktu yang telah ditetapkan oleh Allah Swt.

Ada berbagai cara manusia menunaikan solat fardhu. Ada yang mengerjakan sebahagian solat di Masjid, namun mninggalkan sebahagian yang lain. Ada yang mengerjakan solat sebelum habis waktunya tetapi dilakukan dirumah. Dan ada yang mengerjakan solat setelah waktunya habis.

Yang terbaik diantara mereka ialah yang mengrjakan solat wajib secara berjemaah di Masjid di awal waktu. Rasullullah SAW telah membuat pengukuran yang membezakan orang Mukmin dengan orang yang munafik.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA, dia berkata bahawa Rasullullah SAW bersabda yang bermaksud:

“ Sesungguhnya solat yang paling berat bagi seorang munafik ialah solat Isha dan solat Subuh. Sekiranya mereka ketahui apa yang terkandung di dalamnya, nescaya mereka akan mendatangi keduanya sekali pun merangkak. Sesungguhnya aku ingin menyuruh melaksanakan solat lalu ia dirikan, kemudian aku perintahkan orang lain untuk bersolat bersama dengan orang ramai. Kemudian beberapa lelaki berangkat bersama aku dengan membaw kayu , pergi ke suatu kaum yang tidak menghadhiri solat berjemaah sehingga aku berazam mahu membakar rumah mereka.” (HR Al-Bukhari dan Muslim).

Cuba kita bayangkan, betapa besar masaalah ini dan betapa besar bala yang akan menimpa , sehingga Rasullullah SAW (pemimpin yang dikenali dengan sifat kasih sayang dan kelembutan ) berazam mahu membakar rumah mereka.

Namun, penulis melihat pancaran kasih sayang dan kelembutan dalan kalimah tersebut. Dengan ungkapan lain, , Rasullullah sebenarnya ingin menyelamatkan umat dari api akhirat dan menakutkan mereka dengan api dunia. Meskipun antara api akhirat dan api dunia amat jauh perbezaannya.

Apabila Rasullullah meragui keimanan seseorang , Baginda akan memerhatikan solat subuhnya. Apabila didapati orang tadi tidak melakukan solat Subuh, maka benarlah apa yang Baginda ragui itu.

Ubai bin Ka’ab RA berkata: “ Rasullullah pernah solat Subuh, kemudian bersabda “ apakah kamu menyaksikan si fulan bersolat?’ Mereka menjawab “ tidak” . Baginda bersabda lagi: “ si fulan?” “ Mereka menjawab: “ Tidak”, maka banginda pun bersabda yang bermaksud: “ Sesungguhnya dua solat ini ( Subuh dan Isya ) adalah solat yang berat bagi orang munafik. Sesungguhnya jika mereka mengetahui apa yang ada dalam solat Subuh dan Isya , maka mereka akan mendatanginya sekali pun dengan merangkak”. (HR Ahmad dan an-Nasa’i).

Orang munafik tidak mengetahui kebaikan solat Subuh berjemaah dimasjid. Sekiranya mereka tahu, nescaya mereka akan pergi ke masjid , walau pun dalam apa jua keadaan , sebagaimana sabda Rasullullah: “ Mereka akan mendatanginya, sekalipun dengan merangkak”.

Alangkah baiknya kalau ada seorang lelaki yang tidak mampu berjalan dan tiada orang yang membantunya bergerak, namun dia tetap berkeras mahu pergi ke masjid. . Dia merangkak dan merayap di atas tanah untuk mendapatkan kebaikan solat subuh berjemaah.

Sekiranya kita mengetahui betap besarnya nilai Solat ini, kemudian kita saksikan ada orang yang meninggalkan solat Subuh di masjid, maka kita akan mengetahui betapa besarnya musibah yang telah menimpa mereka.

Ini bukan menuduh mereka yang tidak mendirikan solat Subuh berjemaah di masjid sebagai munafik. Penulis bukan berkuasa menghukum orang lain . Allah Maha Tahu setiap keadaan setiap Muslim. Namun penulis mengutarakan perkara ini agar kita dapat memperbaiki diri sendiri, orang yang kita cintai, anak2 kita serta sahabat kita.

Kalau seorang meninggalkan solat ini dengan sengaja, maka kesengajaan tersebut adalah bukti nyata dari sifat kemunafikannya. Barang siapa yang ada pada dirinya sifat ini, hendaklah dia segera bermuhasabah untuk mengelak hayat hidup diakhiri dengan su’ul khatimah ( kesudahan yang keji). Oleh itu, marilah kita mohon kepada Allah agar mengurniakan kepada kita semua kaum Muslimin, kesihatan , keselamatan dan husnul khatimah (kesudahan yang baik).

Dr. Raghib as-Sirjani.

Thursday, November 19, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA



Hari raya aidil adha 1430 hijrah pada hari Jumaat 27 Nov 09 yg akan datang. Sehubungan dgn ini saya mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua Muslimin dan Muslimat yang mengikuti blog ini.

Saya berdoa kepada Allah semoga Allah mengurniakan Haji Mabrur kepada semua Muslimin dan Muslimat yang menjadi Tetamu Agong tahun ini di Tanah Suci. Semoga disaat Allah turun di Arafah nanti menemui tetamu2Nya kelak , Allah akan memperkenankan semua doa dan permohonan mereka.

Masih teringat ditahun lepas, ketika saya berada di sana. Air mata jatuh bercucuran , mengenang diri yang kerdil ini, yang penuh dengan salah dan salah, dosa yang seumpamanya. Lalu saya mengadu kepada Allah. Allah itu Maha Mendengar dan Maha Pengampun. Mohon dikurniakan kehidupan yang lebih baik sehingga kematian menjemput saya.

Saya berdoa semoga Allah Yang Maha Agong akan menngundang saya lagi di tahun2 yang akan datang. Amin!!!!!!!

*********

Wednesday, November 11, 2009

Halal Tour To Beijing





Alhamdulillah selamat sampai balik ke tanah air pada 9 Nov
.

Semasa pesawat Air Asia X AK5218 mendarat di KL , para penumpang bertepuk tangan kerana pendaratan yg baik sekali dilakukan oleh pilot tanpa gegaran yang selalu dialami.

Shukur kpd Allah kerana telah mengkabulkan hasrat penulis untuk menjejak kaki ke bumi China. Bila penulis merujuk kpd Ustaz Azmi tentang hadith Rasullullah yg menasihati supaya kita menuntut ilmu hingga ke negeri China, sebenarnya kata Ustaz, hadith tsbt adalah hadith yg lemah. Apa yg sebenarnya ialah " Tuntutlah ilmu hingga ke hujung dunia" Rasulullah tidak pernah sampai ke China. Yang sampai ialah seorang sahabat iaitu Saad bin Abi Waqas r.a.

Semasa dalam pesawat, penulis bertemu ramai rakyat Malaysia dari beberapa daerah seperti Kuala Kangsar, Sungai Petani, Ipoh, Johor Baru, dan Kuala Lumpur.

Sampai di Tianjin Bhai International Airport jam 7.25 pagi 4 Nov ( waktu di China sama saja dgn waktu di Malaysia).

Pemandu pelancung bagi rombongan kami ialah En. Johan, seorang pemuda bangsa China suku Han. Beliau yang berkacamata fasih berbahasa Melayu Indonesia. Sepanjang perjalanan beliau memberi penerangan berbagai maklumat. Beliau membertahu penduduk Kota Beijing berjumlah 13 juta manakala jumlah basikal pula ialah sebanyak 9 juta. Ada basikal yang manual dan juga yg menggunakan bateri. Setiap bateri boleh dicaj semula dan tempoh penggunaan setiap 10 jam perlu dicaj semula. Knderaan sepeda ( basikal sangat popular dan nejadi kegunaan utama bagi yang kurang mampu). Juga tidak terdesak didalam kesesakan jalanraya.

Jarak diantara Tianjin dgn Beijing sejauh 130km mengambil masa 2 jam bagi perjalanan dengan kereta dilebuhraya. Perajlanan dgn keretapi hanya 1/2 jam sahaja. Beliau juga menasihati supaya berhati-hati dgn pertukaran matawang Yuan China kertana banyak wang palsu yg diedar dipasaran. Beliau menunjukkan contoh wang Yuan palsu dan yg asli dengan penerangan mengenai tanda-tanda dan perbezaannya..

Johan juga menunjukkan kad prepaid untuk buat panggilan telefon ke Malaysia. Kami semua membelinya.

Suhu di Tianjin semasa sampai ialah 2 darjah C. Salji telah turun pada 1 Nov lepas. Sepanjang jalan masih kelihatan sisa salji yag masih bertompok-tompok dipinggiran jalan. Di Beijing suhu boleh mencecah dibawah paras -2C dan boleh meningkat ke paras +5C.

Sepanjang perjalanan kami dapat melihat rumah-rumah kediaman dan kebun sayor-sayoran. aku juga nampak sekumpulan burung murai sedang bermain-main ditepi jalan. Johan memberitahu tanah-tanah adalah milik kerajaan. Rumah yg dibeli adalah sebagai sewaan selama 70 tahun. Selepas tamat tempoh tsbt boleh dilanjut lagi dgn bayaran tambahan yang tertentu.

Sesampai di Beijing kami dibawa ke sebuah Muslim restoran untuk breakfast/lunch ( brunch). Kemudiannya kami di bawa ke Muslim supermarket dan juga kami melawat ke Masjid Tua Niujie lalu solat Zohor dan Asar jamak disitu.

Dari masjid Niujie kami berangkat melawat Tiannamen Square dan Forbidden City. Penulis kagum sekali dengan pemandangan sekitarannya yang cantik dan bersih. Ramai pelancung berkeliaran disitu dgn berbagai aksi. Berjalan dan berlari dgn kamera ditangan mengambil gambar itu dan ini. Tidak ada pun orang yang meludah kesana-sini.

Selepas meninjau dan bergambar di Tiannamen Square, kami melintas jalan melalui laluan bawah tanah menuju ke Forbidden City pula. Johan memberitahu bahawa istana Forbidden City mempunyai 9,999 bilik-bilik yang disediakan untuk gundik-gundik dan anak-anak perempuan. Anak lelaki apabila mencapai usia 11 tahun keatas akan disuruh tinggal di bilik yg disediakan diluar istana bersama-sama pekerja-pekerja yg lain. Dalam Forbidden City terdapa 5 buah istana semuanya. Selain dari tembok yag tinggi yg mengawalnya, ianya di lindungi oleh pengawal-pengawal dan sungai yang melengkonginya.

Selesai melawat Forbidden City, kami dibawa pula untuk menionton Acrobatic Performance. Para acrobatnya terdiri dari ana-anak dan pemuda-pemuada pada umur yg terlalu muda. Kata Johan , mereka berasal dari Provinsi Szechuan yg dulunya dilanda gempabumi. Mereka dilindungi dan dibawa ke Beijing untuk membena hidup baru. Persembahan mereka kami rakamkan melalui digital camera masing-masing. Selesai pertunjukan kami dibawa makan malam sebelum balik ke hotel.

Khamis 5 Nov,

Kami bergerak pula untuk lawatan ke Great Wall of China. Johan membacakan sebuah pepatah China yg berbunyi" Kalau anda bukan ditempat yang besar anda bukannya pahlawan" . Kesimpulannya kami akan menjadi pahlawan sebaik kami berjaya menawan Tembok Besar Negeri China.

Johan juga mengulang kembali kenyataan bahawa satu-satunya buatan manusia yg dpt dilihat melalui pandangan dari bulan ialah Tembok Besar China. Johan menasihatkan supaya jangan panjat terlalu tinggi da berhati-hati ketika mengambil hambar. Jangan sampai tergelincir. Pernah berlaku pelancung yg jatuh dan mati kerana gagal mengawal diri ketika bergambar.

Tembok ini pada peringkat dibena dari tanah dan lumpur. akibatnya sering runtuha apabila dilanda hujan lebat dan air yang deras. tetapi semasa pemerintahan Dinasti Ming , tembok ini mula menggunakan batubata yg lebih kukuh. Panjangnya 6,700km dan tinggnnya mencecah 880meter dari bawah keatas gunung Warak.

Tembok ini dibina oleh berbagai golongan rakyat dari rakyat biasa, tentera dan banduan-banduan penjara. Kanak-kanak berumur 18 tahun keatas akan dikerah dalam pembinaan tembok ini. Sekiranya ada kematian, mayat-mayat akan ditanam dibawah tembok tersebut.

Ada peristiwa sedih berlaku yg berkitan dgn binaan tembok besar ini. Seorang suri rumah yg baru 3 hari berkahwin, suaminya telah dipanggil untuk kerja pembinaan tembok. Walau pun baru 3 hari berkahwin. beliau telah mengandung anak sulungnya. Setelah penantian yg lama dan suaminya tidak juga balik, beliau nekad untuk pergi mencari suaminya. Dgn kesukaran yg amat sangat, tambahan lagi bentuk kaki perempuan China yang telah dibedung sejak kecil, beliau berjalan mencari suaminya. Beliau kemudiannya mendapat tahu suaminya telah mati.

Hal ini disampaikan kepada Maharaja dan Maharaja bersedia memenuhi permintaan perempuan itu untuk mengadakan upacara balasungkawa untuk suaminya . Perempuan itu yg memakai kalongan batu jade yg berharga dilehernya dari pemberian suaminya, berstuju dgn pelawaan Maharaja, dgn syarat ianya dibuat ditempat yg tertinggi sekali dan Maharaja hadir bersama dalam upacara tersebut. Apa yg berlaku pd hari upacara balasungkawa itu, ialah perempuan itu terjun bunuh diri dari tempat yg tinggi itu.

Kebanyakan anak perempuan akan dibendung kaki mereka sejak berumur 3 tahun. Tujuan pembedungan ini untuk menghalang mereka dari keluar rumah meningggalkan suami mereka.
Kami masuk ke Great Wall melalui pintu gerbang Badaling. Tembok besar yang mula dibena kini berusia 2,000 tahun dan yg terbaru berusia 700 tahun.

Selesai lawatan ke Great Wall kami melawat pula ke Beijing Bao shu Tong Sci-Tech Pharmacentical Co Ltd. yang mengeluarkan ubat salap, ubat gatal, terbakar dan ubat bawasir. Factory ini sudah beroperasi sejak 20 tahun yg lalu. Mereka mengeluarka produk batu PIAB yg kata nya sangat mujarrab untuk mengubati penyakit-penyakit. Cawan (mug) dan rantai tangan yg di jual disitu berkhasiat mengubat penyakit sekiaranya minum menggunakan mug tersbut. Rantai pula dipakai pada pergelangan tangan kiri, yg katanya mempunyai kaitan saraf tangan dan jantung manusia.

PR yg bertugas sangup memegang rantai besi yg dibakar panas dan jari beliau yang melecur lalu disapu dgn salap dan kemudian pulih semula dalam masa yg singkat saja. Penulis membeli ubat salap, minyak angin dan rantai tangan batu PIAB. Ada juga yg membeli mug.

6.11.2009 ( Jumaat )

Selepas sarapan pagi, kami berbelanja di sebuah shopping complex. Kami diberi masa 2 jam unutuk berbelanja. Selepas itu kami makan tengahari sebelum berangkat menunaikan Solat Jumaat.

Selesai solat Jumaat kami dibawa melawat Summer Palace ( Istana Musim Panas ). Maharaja dan Maharani menggunakan istana ini di musim panas sahaja diantara bulan April dan Oktober untuk bercuti dan menyambut harijadi mereka. Pemandangan sekitarnya sangat indah. Luasnya kawasannya ialah 290 hektar dan paling bsesar di Pusat Beijing. Pembenaan bentuk bangunan sama dengan Forbidden City. Untuk melawat keseluruhan kawasan memerlukan satu hari penuh. Tiga suku bahagian darinya ianya tasik buatan manusia dan tanah yg dikorek dijadikan bukit yang dikenali sebagai Bukit Dirgahayu. Istana Winter Palace pula kena bakar sehabisnya selama 3 bulan diserang oleh musuh-musuh dari bahagian utara. Kami memasuki istana ini melalui pintu timur dan keluar juga melalui pintu yang sama. Nampaknya kalau ahli rombongan tercicir dari kumpulan mereka, amatlah sukar untuk mengesan semula kedudukan mereka kerana pelawat terlalu ramai dan kawasan yang luas pula.

7.11.2009 Sabtu:

Hari ini kami dibawa melawatke tempat yang diberi nama DR. Tea. Kilang yang memproses chinese tea. Ada berbagai jenis teh yang di tunjukkan dengan di tunjukkan cara minumnya dan juga khasiatnya. Selepas itu kami melawat kilang Freesky yang memproses mutiara ( fresh water pearl). Dalam satu demonstrasi kami di tunjukkan jumlah mutiara mentah yg terdapat di dalam seekor shell iaitu sebanyak 20 butir mutiara semuanya. Lawatan selanjutnya ialah ke Pisat jualan kain sutera. Antara gambar-gambar yang di pamir disitu, terdapat juga gambar YAB Dr. Mahathir Mohamad bersama Presiden China. Disitu kita dapat melihat ulat-ulatsutera dan daun mulberry yang menjadi makanannya. Juga kami dapat melihat sutera mentah sebelum diproses menjadi kain.

Kami juga dibawa melawat ke Stadium Olimpik 2008 - Stadium srang Burung dan Kolam renang Blue Cube.

8.11.2009 Ahad
.

Hari ini kami berbelanja lagi. Sampai ada yg kehabisan wang Yuan China yg dibawa. habis membeli belah kami makan tengahari dan tunaikan solat Zohor dan Asar sekali secara jamak. Sebelah petangnya kami berlepas ke Tianjin. Kami bersiar-siar dibandar Tianjin sementara menanti makan malam. Selesai makan malam kami dibawa ke hotel untuk bermalam. Kmi diperlukan berada di lobi hotel esoknya Isnin 9 Nov jam 5.00 pagi untuk berangkat ke Tianjin Bhai International Airport.

9.11.2009 Isnin - Selamat Tinggal Beijing dan Tianjin.

Pesawat Air Asia X berlepas meninggalkan Lapangan terbang Tianjin pada jam 8.20 pagi.

Tak jauh seluang melaut. Akhirnya balik ke tepi juga. Itulah ibaratnya perjalanan ini. Bumi Malaysia ini tanah air kita. Tanah air datuk nenek kita dan tanah air anak cucu jenerasi kita yang akan datang. Jagalah sebaik-baiknya. Belajarlah hidup rukun dan damai, walau pun kita berbagai kaum dan berbagai budaya dan kepercayaan. Semuanya bergantung kepada pendekatan yg kita ambil. Buat baik berpada-pada. Buat jahat jangan sekali. Kalau asal benih yang baik. Jatuh ke laut menjadi pulau. Buatlah baik wahai kawan. Kedalam laut kamu campakkan. kalau tidak dikenal ikan. Tuhanmu tahu ia kah bukan?

********

Monday, November 2, 2009

From Kuching to Beijing




Insha Allah , penulis akan berlepas dari Bandaraya Kuching pada 3 Nov 2009 dalam rangka lawatan yang di rancang oleh Insight Holiday Sdn Bhd, Kuching Sarawak.

Satu majlis suai-kenal telah diadakan pada Sabtu 31 Okt di pejabat Insight Holiday, Jalan P.Ramlee Kuching, memberi peluang peserta mendengar penjelasan awal mengenainya dan juga kesempatan berkenalan antara mereka. Keseluruhan ahli rombongan seramai 12 orang.

Jadual lawatan yang diatur ialah seperti berikut:

Hari pertama Selasa 3 Nov

Berkumpul di Kuching Int Airport jam 3.30 ptg. Perlepasan pada jam 1735 dengan Air Asia AK5211 ke Kuala Lumpur dan ETA KL pd 1915. Dari KL kami menggunakan Air Asia Xtra -D7-2612 ke Tianjin pada jam 0100 dan dijangka tiba di Tianjin jam 1915.

Hari Ke-2 Rabu 4 Nov

Sampai di Tianjin, segera berangkat ke Beijing. Konsentrasi lawatan hari pertama di Beijing ialah Tiananmen Square, Forbiden City, bersolat di Masjid Niujie ( masjid tertua di Beijing) , Pertunjukan fasyen di Famous Silk Centre. Juga lawatan ke Muslim Supermarket. Kami juga akan dibawa membeli-belah di Fresh Water Pearl Center, dan menonton Acrobatic Show.

Hari ke-3 Khamis 5 Nov

Lawatan sehari penuh ke Tembok Besar yang menjalur sepanjang 600km dijajaran gunung yg hanya satu-satunya buatan tangan manusia yg dapat di lihat melalui pemandangan dari bulan. Satu cabaran bagi setiap pelawat untuk memanjatnya. Juga lawatan dan beli-belah di Jade Centre dan Crystal Shop. Bersambung dgn lawatan ke Medical Cream Center.

Hari ke-4 Jumaat 6 Nov

Melawat Summer Palace. Menikmati rawatan urut tradisi Free Foot Massage di Chinese Medicine Center, Masjid Ma Dian, Tianya Market, rehat di Hardrock Cafe dan lawatan ke Sunny Gold Street.

Hari ke-5 Sabtu 7 Nov

Lawatan ke Jewelry Shop, bersantai minum teh di Tea House. Lawatan ke Nandoya Mosque. Kami juga akan melawat ke destinasi tarikan pelancung yang terkini iaitu Perkampongan Olympic yang terdapat padanya Bird's Nest Stadium dan Water Cube. Lawatan lain ialah ke Yashow Market.

Hari ke-6 Ahad 8 Nov.

Berlepas semula ke Tianjin Airport untuk ke KL. Penerbangan kali ini ialah dengan D7-2613 ETD 0800 dan ETA KL pada 1435. Penerbangan KL - Kuching pula ialah dengan AK5218 ETD1940 dan ETA 2125.

Lawatan dilengkapi dengan seorang tour guide yg boleh berbahasa Melayu Indonesia. Dalam perbualan penulis dgn En. Henry @ Insight Holiday, cuaca di Beijing semalam dihiasi dengan rantaian salji yg turun menjunam menyiram bumi. aduh sejukkkkkkkkkknya.

Semoga lawatan ini mendapat rahmat dari Allah swt jua.

**********

Sunday, November 1, 2009

LIFE'S LITTLE INSTRUCTION (4)


(i) Be cautious about lending money to friends.
You might lose both.

(ii) Never waste an opportunity to tell good employees
how much they mean to the company.

(iii) Buy a bird feeder and hang it so that
you can see it from your kitchen window.

(iv) Never cut what can be untied.

(v) Waive a children on school buses.

************