Insha Allah , penulis akan berlepas dari Bandaraya Kuching pada 3 Nov 2009 dalam rangka lawatan yang di rancang oleh Insight Holiday Sdn Bhd, Kuching Sarawak.
Satu majlis suai-kenal telah diadakan pada Sabtu 31 Okt di pejabat Insight Holiday, Jalan P.Ramlee Kuching, memberi peluang peserta mendengar penjelasan awal mengenainya dan juga kesempatan berkenalan antara mereka. Keseluruhan ahli rombongan seramai 12 orang.
Jadual lawatan yang diatur ialah seperti berikut:
Hari pertama Selasa 3 Nov
Berkumpul di Kuching Int Airport jam 3.30 ptg. Perlepasan pada jam 1735 dengan Air Asia AK5211 ke Kuala Lumpur dan ETA KL pd 1915. Dari KL kami menggunakan Air Asia Xtra -D7-2612 ke Tianjin pada jam 0100 dan dijangka tiba di Tianjin jam 1915.
Hari Ke-2 Rabu 4 Nov
Sampai di Tianjin, segera berangkat ke Beijing. Konsentrasi lawatan hari pertama di Beijing ialah Tiananmen Square, Forbiden City, bersolat di Masjid Niujie ( masjid tertua di Beijing) , Pertunjukan fasyen di Famous Silk Centre. Juga lawatan ke Muslim Supermarket. Kami juga akan dibawa membeli-belah di Fresh Water Pearl Center, dan menonton Acrobatic Show.
Hari ke-3 Khamis 5 Nov
Lawatan sehari penuh ke Tembok Besar yang menjalur sepanjang 600km dijajaran gunung yg hanya satu-satunya buatan tangan manusia yg dapat di lihat melalui pemandangan dari bulan. Satu cabaran bagi setiap pelawat untuk memanjatnya. Juga lawatan dan beli-belah di Jade Centre dan Crystal Shop. Bersambung dgn lawatan ke Medical Cream Center.
Hari ke-4 Jumaat 6 Nov
Melawat Summer Palace. Menikmati rawatan urut tradisi Free Foot Massage di Chinese Medicine Center, Masjid Ma Dian, Tianya Market, rehat di Hardrock Cafe dan lawatan ke Sunny Gold Street.
Hari ke-5 Sabtu 7 Nov
Lawatan ke Jewelry Shop, bersantai minum teh di Tea House. Lawatan ke Nandoya Mosque. Kami juga akan melawat ke destinasi tarikan pelancung yang terkini iaitu Perkampongan Olympic yang terdapat padanya Bird's Nest Stadium dan Water Cube. Lawatan lain ialah ke Yashow Market.
Hari ke-6 Ahad 8 Nov.
Berlepas semula ke Tianjin Airport untuk ke KL. Penerbangan kali ini ialah dengan D7-2613 ETD 0800 dan ETA KL pada 1435. Penerbangan KL - Kuching pula ialah dengan AK5218 ETD1940 dan ETA 2125.
Lawatan dilengkapi dengan seorang tour guide yg boleh berbahasa Melayu Indonesia. Dalam perbualan penulis dgn En. Henry @ Insight Holiday, cuaca di Beijing semalam dihiasi dengan rantaian salji yg turun menjunam menyiram bumi. aduh sejukkkkkkkkkknya.
Semoga lawatan ini mendapat rahmat dari Allah swt jua.
**********
No comments:
Post a Comment